Sebenarnya aku juga mengalami masalah yang sama iaitu tak boleh nak sebut perkataan yang ada huruf R sejak dari kecik. Malu sangat bila ada orang kutuk kita yang tak boleh nak sebut dengan jayanya. Rasa macam nak nangis je, nak marah pon tak boleh, orang tetap nak kutuk jugak. Orang yang mengutuk tu seronok je gelakkan orang yang pelat R ni. Kadang-kadang mereka yang suka kutuk ni saja nak suruh kita sebut R, nak dengar sebutan R yang fail tu macam mana. "ce kamu sebut Ferero Rosher". Hadoi memang fail la rasanya bila nak sebut perkataan tu yang ada banyak huruf R. Bila sebut jugak lepas tu mereka akan gelak... HAHAHHAHA dan mengajuk balik cara sebutan kita yang salah tu... Dalam hati rasa nak mencarut je, .. Bengangnye... Tujuannya nak malukan orang.
Dari kecik lagi aku memang tak boleh sebut huruf R, dah banyak kali cuba dan praktis tapi tak boleh jugak, sampai aku fikir dah macam ni redho jela sampai bila-bila.
Tapi akhirnya.....pada tahun 2009... lidah ni dah boleh sebut R ;)
Kisahnya macam ni, dulu aku ni suke rekod suara kat phone, cakap la , nyanyi la, pastu dengar baik, lepas dengar gelak soang2 & delete balik..hehe... Aku selalu cuba sebut huruf R dan rekod dalam phone kemudian dengar balik, sebab nak tahu macam mana bunyi bila aku sebut huruf. Memang kantoi sebutan R. Aku cuba vibrate kan lidah, dan cuba dengar kat phone yang direkod.
Caranya vibrate kan lidah kat lelangit belakang gigi atas dan keluarkan bunyi "ttrrrrrrrrr".
Ok cube... cube lame2 & banyak kali. Kalau nak tau bunyi "r" tu ok ke tak, cuba record dan dengar balik. Sebab apa yang kita sebut dan apa yang kita dengar lain bunyinye.
Biasanya orang yang pelat "r" ni dia tak sedar bila dia sebut "r" bunyi "argh" (pelat). Itu sebab kalau nak tau cuba record dan dengar balik sebutan anda setelah keluarkan bunyi "tttrrrrrrr..."
Bunyi vibrate trrrrrrrr tu boleh menghasilkan bunyi R, bila dah tau buat bunyi "trrrrrrrrr", cuba tukar bunyi "trrrrrrrrrrrr" kepada bunyi "aarrrrrr". Itu macam ;)
Akhirnya dah tau dah nak sebut huruf R yang selama ini yang tak tahu tu. Dah bertahun lamanya tak tau rupanya itulah bunyi R. Kalau la aku tahu dari dulu itu bunyi R, dah lama aku reti nak sebut R. Syukur seronok rasanya, macam tak percaya sudah. Sebab benda ni kadang-kadang mengurangkan yakin diri bila nak bercakap dengan orang.
Lepas ni tak de lagi malaun2 & lahabau2 nak kutuk lagi. Mula-mula kekok jugak nak sebut R guna cara macam tu, lama-lama tu ok la, kadang tu ada jugak pelat R ni, sebab lidah tu dah terbiasa tak reti sebut sejak kecik. hehehe.. Syukur Alhamdulillah... (^_^)
Lisa Surihani pun pelat R kan, tapi dia buat tak reti je bile orang kutuk atau komplain. Mula tak perasan, mula perasan bila tengok cerite Lagenda Budak Setan. ooo rupanya lisa pelat R. Bila dia menjadi pengacara Mari Menari, memang terserah la sangat sangat pelat R nya.. Orang cantik pun leh pelat R. Sebenarnya berterima kasih kepada Lisa kerana membuatkan orang pelat R ni untuk lebih yakin diri. hehe..
Kepada anda yang pelat R, jangan la rasa terlalu rendah diri, sebab lisa Surihani yang cun tu pun pelat R tapi dia relek je kan. petua saya, cuba anda letakkan hujung lidah anda di lelangit yang hampir skit di gigi atas, dan cuba vibrate kan lidah tu, Cuba la.. Insyallah boleh punye. Sebab aku pun dulu pelat R.
-EnD-


