Iklan

Thanks Followers!

Ahad, 25 September 2011

Cantiknya koleksi kasut tumit tinggi, tapi......


Orang perempuan memang kebanyakkannya suka bergaya dan kelihatan cantik, pantang pulak tengok kasut yang cantik-cantik, kasut tumit tinggi pulak melambangkan elegantnya si pemakai. Memakai kasut tumit tinggi membuatkan perjalanan kaki seseorang itu tersusun dan terjaga, tak de la jalan berterabur je. Sebenarnya aku pun suka sangat tengok orang pakai kasut tumit tinggi. Bila tengok orang pakai rasa cantik sangat. Membuatkan aku nak memiliki nye juge.. ;)

Tapi bila pakai dan bila mula berjalan, uish susahnya nak mengawal gerak kaki ni, kena jaga ni, silap-silap boleh terpele'ot dan tergolek ni. Lama-lama bila pakai emm tak seronok pun, tak bebas, pergerakan terbatas. Itu pasal aku kurang koleksi kasut tumit tinggi, ada tu ada, tapi jarang sangat nak pakai sebab nya tak selesa. Tapi sebanarnya pakai kasut tumit tinggi ini adalah untuk bergaya walaupun sakit dan tak selesa, hakikat ni. "Untuk cantik kena lah sakit"

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris, kasut tumit tinggi ini akan menyebabkan:-
  •  Masalah kesihatan kerana dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya
  • Kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan
  • Jika dipakai bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
  • Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
    Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. 
  • Tekanan terhadap saraf dan tisu kaki yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya. 
  • Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan. 
  • Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.   
*** Info: jiwang.org

Jom lihat koleksi kasut tinggi yang cantik lagi extreme :-

Merahnya makngah

Cantik dan tertarik. teringin sudah...

Macam ni pun adaa... Kasut mengarut-ngarut

Kasut ni sesuai untuk orang yang nak nampak tinggi dari biasa
Confirm tak stabil bila pakai

Cantiknya, boleh buat kasut kawen

Pergh.. macam ni pun ada... gile gayat

Ni mainan ke kasut..?
 
Kasut platform ni aku suka, stabil skit

Hui.. berapa inchi ni...?

Tapak yang berkaca



- end -

Tiada ulasan:

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...