Iklan

Thanks Followers!

Ahad, 24 Ogos 2014

MISTERI SURAH ALFATIHAH

Surah Al-Fatihah


Sumber : Facebook

MISTERI SURAH ALFATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ...

Sabtu, 23 Ogos 2014

JADUAL PERTANDINGAN PIALA MALAYSIA 2014

JADUAL PERTANDINGAN  PIALA MALAYSIA 2014







p/s: Letak post ni untuk rujukan sendiri, nak tengok bila ada game.

Keputusan nya adalah...

Berkenaan dengan temuduga aku pada 9/7/14 dan keputusannya sepatut keluar dan boleh check online di spa.gov.my pada 18/08/14. Tapi tak tahu apa masalah keputusan nya keluar pada 19/08/14. Hari-hari aku doa banyak2 untuk berjaya dalam temuduga kali ini. Insyallah kalau ada rezeki syukur alhamdulilah. Masa nak semak keputusan dan masukkan nombor kad pengenalan tu, jantung rasa nak gugur sebab nervous teramat. 

Dan keputusan nya adalah. ....








> CALON SIMPANAN <

Reaksi aku, tergamam sekejap, walaupun tak di nyatakan aku berjaya tapi aku ada tersenyum sedikit sebab calon simpanan, masih ada peluang cuma tak tahu bila dan sampai bila. Ini semua ketentuan Allah s.w.t nak kasi, mungkin belum tiba masanya. Aku redha :)



Untuk maklumat jawatan, bila aku tengok statistik ni dalam bil yang dipanggail untuk temuduga kira nya aku di antara yang bertuah jugak la sebab tercalon dalam calon simpanan yang seramai 200 orang.Tapi tak apa aku percaya kepada rezeki Allah s.w.t. Kena doa banyak-banyak :)

Calon Simpanan
Berkenanan tentang calon simpanan aku tertanya-tanya adakah calon simpanan ni akan di panggil ke lantikan tetap atau macam mana? Apa kah nasib para calon simpanan macam aku ni. Mula la aku risau, risau kalau tak terpanggil.

Apa lagi aku pun google la tentang al kisah calon simpanan.


Ini salah satu info yang aku cari di google:-

Belum kesemuanya..Calon simpanan ini akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan.
Jadi, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang ada ini untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih.
Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Maknanya, mereka perlu menunggu dalam tempoh tersebut samada dipanggil untuk melaporkan diri untuk jawatan tetap di sektor awam atau tidak.

- sumber facebook


Aku belum terima surat atau email dari SPA tentang keputusan status calon simpanan ni. Kemungkinan tempoh untuk calon simpanan ni dalam tempoh setahun kalau tak ada panggil jawabnya tak ada la rezeki.

Kepada yang senasib aku yang dapat calon simpanan jangan la terlalu sedih, masih boleh cuba untuk jawatan yang lain. SPA tak ada masalah untuk calon simpanan pergi  interview dan apply jawatan yang lain. Teruskanlah berusaha dan berdoa supaya terpilih dan di murahkan rezeki.
Macam aku ni dah bertahun-tahun pergi temuduga SPA dan ini lah kali pertama aku dapat simpanan. Dan sudah tentu la masa temuduga yang terbaru ni aku harapkan aku berjaya. Tengok-tengok dapat calon simpanan, maknanya aku masih ada harapan. Harapan tetap ada walau pun tak tahu bila dan sampai bila, berdoa banyak-banyak. Yang penting sekarang teruskan kehidupan macam biasa, tak payah fikir macam-macam.

-SEKIAN-



Ahad, 17 Ogos 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP


GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP


Salam

Saya join Giveway ni sebab nak menang hadiah.. mana la tahu mungkin penyertaan saya ni akan terpilih... :)
Kalau tak terpilih tak apa, boleh berkenal-kenalan dengan bloger-bloger yang ada.

Siapa nak join boleh klik ke link ini giveaway-merdeka-penang-mari-baq-ang

Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Korang mungkin salah seorang darinya. Mari mari join kalau sudi.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Hilarious : Nak cantik...? Dapatkan cara perubahan wajah paling ketara :D

Tak tau apa nak cakap... 

This is funny :D





















Ini paling... wakakaa....!!
Sumber from Facebook

- END -

Ahad, 3 Ogos 2014

GiveAway 'Saya nak menang baju'

Saya join untuk GA ini :-



SYARAT-SYARAT :

1.Follow blog INI dan like page NI JUGAK
2.Klik link di bawah dan tunggu sampai habis loading..

                     IKLAN SATU       IKLAN DUA     IKLAN TIGA   IKLAN EMPAT

3.Buat 1 entry,letak tajuk ''GiveAway 'Saya nak menang baju',tempek banner dan linkkan ke sini.
4.Letak link entry korang di komen post ini sahaja.

HADIAH :



                                 Mencari SEORANG PEMENANG..menggunakan random.org..

- Sekian - 

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia


Salam 1 Malaysia.. Saya join Giveway ni :)

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014.

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang.

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 2
Topup RM5 x 2
Header Blog x 2
Watermark x 5
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2

Sabtu, 2 Ogos 2014

Berdebar & risau tunggu date 18/8/14

18 / 08 / 14


Apa yang risau sangat? Risau sebab tarikh tu adalah tarikh keluar keputusan temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) temuduga pada tarikh 09/07/14. Risau bila memikirkan aku ni berjaya ke tidak. Kalau ikut pengalaman aku yang berusia sekerang 28 tahun, dah banyak kali aku dipanggil temuduga oleh kerajaan. Kalau dengan SPA dah 5 kali di panggil interview dan 2 kali di panggil untuk peperiksaan. Buat masa ni semua pun status adalah gagal. Untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) ni dah kali ke 3 aku di panggil untuk di temuduga oleh SPA.

Kalau nak di ikutkan temuduga oleh kerajaan yang bukan under SPA pun aku pernah kena panggil, antara nya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Lembaga Lebuhraya, Lembaga Air Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, LHDN. Temuduga pulak ada yang sampai kena pergi ke Penang dan Putrajaya. Keputusannya adalah senyap dan gagal. Aku rasa macam dah leih 10 kali kalau nak ikutkan jumlah semua aku kena interview dengan kerajaan. Semuanya gagal-gagal belaka.

Tapi dalam hati aku tak pernah putus asa unutk apply dan apply terutamanya jawatan di SPA. Kalau untuk jawatan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain ni aku dah malas nak apply kecuali kalau ada cable untuk ada peluang akan dapat, kalau tak memang payah jugak la, melainkan kita ni betul-betul bagus dan mengikut krateria yang dia orang nak. Tapi kalau nak cuba tak salah.


Fobia interview
Ini memang pernah aku alami sejak aku kena satu temuduga di satu tempat ni di salah satu jabatan kerajaan yang aku ada maklum kat atas. Aku datang jauh-jauh untuk interview ni, siap tumpang rumah saudara kat sana dan saudara aku pun dah susah-susah hantar dan ambil aku pergi temuduga. Tapi bila sampai turn untuk di interview tu, tak tau la kenapa aku jawab carca marba, soalan yang patut senang je aku dah jawab salah dan langsung tak confident bila menjawab dan boleh nampak muka pemenuduga tu dah lain. Nampak sangat aku akan di reject. Lepas keluar dari bilik temuduga tu aku betul-betul kecewa yang teramat sangat, aku dah datang jauh-jauh dan dah susah kan orang, tumpang rumah orang, orang kasi aku makan, hantar ambil aku, tapi aku dah mensia-siakan. Tapi bila orang tanya aku jawab ok je, ada boleh jawab ada tak dapat jawab. Padahal lebih teruk dari itu. Masa tu aku rasa betul-betul macam bodohnya diri ini! 

Rasa tak suka  pergi interview!
Lepas kejadian aku interview yang lepas tu, aku ada lagi di panggil interview, masa tu aku terlalu risau dan takut teramat sangat nak di temuduga ni, risau tak boleh nak jawab macam interview yang lepas. Memang betul apa yang aku fikir dan ya... aku banyak tak reti nak menjawab soalan, macam banyak benda yang aku tak tahu dalam bidang tu, macam aku tak buat persediaan langsung untuk temuduga jawatan tu. Sekali lagi aku kecewa gila-gila.
Selepas tu aku dah tak suka nak pergi interview. Aku ada lagi di panggil untuk interview tapi ni bukan under SPA tapi kerajaan jugak la, masa tu kat Ipoh je, masa tu aku ambil keputusan tak nak pergi interview tu, aku dah tau aku akan gagal. Aku dah fobia! Mak aku pun bising le, sebab dia suruh pergi jugak, aku cakap aku dah tak yakin langsung. Lagi pulak kekosongan dia 1 je. huh!

Tahun lepas aku ada di panggil untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan). Masa tu rasa berharap sangat dan rasa inilah peluang terakhir (mungkin). Aku kena buat yang terbaik (konon). Buat research macam-macam sebab aku nak pastikan yang aku boleh menjawab dengan baik (konon lagi..) Tapi biasa la masa interview tu, lain yang kita duga akan di tanya dan lain yang di tanya masa temuduga tu. Ada satu soalan tu dia tanya yang telah membuatkan aku fail! (aku rasa la). Tapi masa tu aku masih lagi mengharap aku akan berjaya dan di beri peluang. Bila keluar keputusan nya : "Anda tidak Berjaya". Termenung sekejap, bagai di panah petir nak merima hakikat masa tu. Aku gagal lagi. Aku ingat aku akan berjaya dan dapat la peluang untuk aku berhenti kerja yang aku kerja sekarang. tambahan pulak kerja aku masa tu sangat memberi tekanan macam nak gila kat aku. Masa tu aku fikir kalau la aku dapat jawatan tu kan bagus, dapat la aku lepaskan kerja aku yang stress tu. 


Aku redha dan pasrah je, sebab belum rezeki aku. Ya memang aku sedih tapi apa nak buat terpaksa la aku terima dan hadapi jugak. Walau macam mana pun tekanan kerja yang aku hadapi tu ada berkurangan sedikit di sebabkan bila pertengahan tahun lepas (2013) aku di transfer ke Account Department sebagai pembantu akaun. Kerja yang aku buat sekarang ni Alhamdulillah tak terlalu membeban kepada aku sangat. Aku bersyukur, mungkin Allah s.w.t. dah dengar doa aku dan bantu aku. 

So sekarang bila aku dah kerja di Account Dept, ini memberi satu kelebihan sedikit untuk temuduga aku yang baru-baru ini, sebab ia bahagian kewangan. Soalan temuduga pulak ada bertanyakan soalan kewangan. 
Antara yang di tanya masa itu adalah:-
- Tell me about yourself (in English)
- Apa yang anda faham tentang belanjawan
- Issue semasa tentang kewangan
- Apa penting intergriti dalam sesuatu pekerjaan
- Tentang kerja lebih masa, patut ke di bayar extra? Apa pendapat
dan ada lain jugak la.....
Dan akhir sekali dia tanya ada apa-apa soalan nak ditanya? Atas nasihat sahabat aku sebelum ni ada beri tip, dia suruh tanya je apa saja kalau dia orang suruh tanya jangan cakap tak ada apa soalan nak tanya.
Dan soalan yang aku tanya balik kepada penemuduga itu ialah "apa pendapat encik tentang jawapan temuduga saya ni? kalau ada kekurangan mungkin akan datang saya boleh perbaiki" dan dia akan jawab.

Harap keputusannya
Jadinya keputusannya adalah 18/8/14, aku risau sangat kalau gagal interview ni lagi, macam mana ? Tak tahu macam mana nak menghadapi rasa kecewa tu. Kekecewaan yang sebelum ni pernah aku rasa sampai aku takut dan fobia untuk temuduga. Dasyat betul apa yang aku nak rasa tu. Lagi pulak umur aku sekarang dah 28 tahun, tak kan selamanya aku nak kerja kat kilang tu, aku nak jugak peningkatan kerjaya aku dan juga inginkan masa depan yang baik. Untuk mencari kerja lain dan dapat gaji yang lebih bukan senang.
Walau macam mana pun, apa yang penting sekarang aku dah berusaha lebih daripada sebelum ini, banyak kesilapan lalu yang aku dah belajar. Dan apa yang penting interview kali ni aku lebih dekat dengan Nya. Hari-hari aku berdoa sebelum interview agar di permudahkan ucapan lidah ku dan di terangkan hati aku nak menjawab soalan yang sepatutnya. Sebab doa adalah senjata paling kuat. Insyallah. 
Kalau sebelum ni bila dah dapat temuduga baru aku nak capai tikar sembahyang dan berdoa. Astafirullahalazim. Ya Allah banyak dosa aku. Insyallah sampai akhir hayat, aku akan terus bersujud dan sentiasa berdoa. Sesungguhnya Allah akan dengar doa hamba Nya. 
Walau apa pun keputusan 18/8/14 ni aku kena redha dan harap aku ada kekuatan untuk menerima sebarang kemungkinan. Kalau gagal  jawapannya mungkin akan ada hikmah disebaliknya dan mungkin juga akan datang perkara yang lebih baik lagi Allah nak kasi (Insyallah). Kalau berjaya, Syukur Alhamdulillah Ya Allah! Amin




- end -

Jumaat, 1 Ogos 2014

Pengalaman baru : Sebagai petugas 2014




Salam.

Petugas stadium. Ini adalah kerja part time yang aku sedang buat untuk tahun ni. Dari hujung tahun  lepas aku dah semangat dan dah nak sangat kerja sebagai petugas ni. Sebabnya hanya satu, aku nak cari duit lebih. Bertugas kat stadium bila masa ada perlawanan bola sepak sahaja. Kerja ni under PAFA (Persatuan bola sepak Perak). PAFA yang bayar gaji ikut hari. Alhamdulillah, aku rasa ni satu rezeki dari tuhan untuk aku tahun ni. 

Hakikat nya kerja ni memberikan aku satu pengalaman yang tak pernah aku rasa sebelum ini dan aku rasa seronok. Rasa seronok setiap kali nak ada game kat stadium. Rasa seronok bila dapat tengok perlawanan bola sepak secara live dari mata. Semangat oo... Daripada tak minat dan tak ambil tahu pasal bola sepak perak, sampai la semua pasal bola sepak perak aku nak ambil tahu. 

Kalau masa mula -mula tengok Perak  main aku tak hairan dan tak kisah kalau Perak kalah atau menang. Yang aku tahu habis kerja aku dapat gaji. Lama-lama baru aku tahu yang Perak kena menang untuk kekalkan dalam Liga Super untuk tahun depan. Kalau Perak jatuh ke tempat 2 tercorot dalam Liga Super tahun ni, Perak akan turun ke Liga Perdana untuk tahun depan. Perak tak pernah lagi turun ke Liga Perdana. Kalau ke Liga Perdana kemungkinan game akan main di waktu siang. Dan aku terfikir, tahun depan susah la aku nak buat kerja sebagai petugas ni lagi. Kena game waktu kerja macam mana...? Haa nampak tak aku sedang dan hanya fikir diri aku sendiri je... Ish ish tak baik...  Rezeki kan di tangan Allah s.w.t. Kalau tahun depan aku masih ada peluang aku untuk bekerja sebagai petugas belum tentu ada rezeki aku kat situ lagi. Aku redha jela apa pun. Tapi kalau di beri peluang memang nak lagi. :)

Masa mula-mula di beri taklimat untuk para petugas, masa ni belum tau lagi posisi bertugas aku kat mana, aku tengok kebanyakkan nye semua terdiri daripada lelaki. Dalam 80 orang hanya 4 orang saja perempuan. Aku tak fikir apa yang aku fikir mau cari duit lebih sahaja. Aku harap semuanya akan baik-baik aje. 

Lepas tu aku di panggil dan mereka tanya aku nak bertugas dekat mana sebab aku ni perempuan, kerja ni risikonya ada yang kene maki dan marah dengan orang. Ada jualan tiket, koyak tiket, padang, pintu A,B,D,E. dan lain-lain. Mula aku cakap  nak jual tiket (mungkin itu yang sesuai la), tapi dia orang cakap jual tiket risiko kalau duit kurang kena tolak gaji. Lepas aku dan sepupu aku tak berani nak ambil risiko kita orang cakap tak kisah la mana pun boleh. 

Sudahnya dia orang tempat kan aku bertugas kat pintu scan. Kat bahagian ni mungkin ada senang skit mungkin sebab orang tak ramai sangat, tapi boleh la tahan. Nasib aku dapat bertugas berdua dengan sepupu aku. Kerja ni kene jujur dan berjaga-jaga, tak boleh kasi orang masuk free, kalau ada orang nampak dan mereka complain, boleh kene buang. 

Ada jugak orang yang nak masuk free bile lepas game separuh masa pertama, tapi tak boleh le nak kasi masuk. Jenuh la dia orang merayu-rayu, tapi aku tak berani nak kasi masuk sebab takut orang nampak lepas tu orang complain dan lepas tu aku kena buang plak, ini kan salah satu sumber rezeki aku. Minta maaf sangat. Kalau mintak dengan orang lain dan orang tu kasi masuk itu aku tak tau le, mungkin orang tu berani nak kasi. 

Ada macam-macam pengalaman dan cerita boleh di kongsi. Buat masa ni, ini sahaja. Nanti kalau rajin update lagi.

Tak lama lagi akan menjelang Piala Malaysia plak. Tak sabo :)

Kat sini ada sedikit gambar untuk di share. Semua ini adalah kenangan :)

















-Tamat-









add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...