Iklan

Thanks Followers!

Isnin, 24 Oktober 2011

Sup Cendawan ala Pizza hut

Resipi dari seorang kawan, dia ajar macam mana nak buat sup cendawan macam kat pizza hut tu. Favorite  tuu... Akhirnya tau dah nak buat sendiri, boleh la makan puas-puas dengan banyaknya.. ;p

 

Cara nak buatnya, senang je...

Bahan-bahan:-


Bahan kisar
½  jag air
½ cendawan dalam tin (airnya dibuang)
tepung gandum setengah cawan

Bahan-bahan lain
½ jag air
½ cendawan dalam tin di potong kecil
½ tin susu cair
2 kiub ayam
3 ulas bawang kecik (dikisar/ditumbuk) - untuk menumis
Sedikit garam 
Minyak masak


Cara-caranya:-

  • Kisarkan semua bahan untuk di kisar.
  • Panaskan kuali, kemudian tumiskan bawang.
  • Masukkan bahan yang dikisar,
  • kemudian masukkan ½ jag air, ½ susu cair, cendawan yang dipotong, kiub ayam,
  • dan akhir sekali letakkan sedikit garam.
  • Masak hingga mendidih.

Siap!





p/s: Sedap kalau dicicah dengan roti.


*** Sebenarnya saya ni tak pandai masak sangat, mungkin ulasan cara-cara nak buat tu nampak macam kurang pro, maap la ye... ***

- end -



Tiada ulasan:

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...