Iklan

Thanks Followers!

Ahad, 29 Mei 2011

Jom layan JAMBU

okong Jambu... Jom layan video Maharaja Lawak .Jambu  adalah pesrta Maharaja Lawak yang paling kelakar aku rasa. Lawak mereka tetap kelakar, walaupun takde content yang nak disampaikan. Lawak mereka tersendiri. Tengok muke Yus & Tauke je aku dah rasa kelakar. Harap-harap Jambu yang akan menang Maharaja Lawak. Pertandingan yang menyengitkan, saingan sengit mereka adalah Jozan, Sepah & Nabil.
 Persembahan setiap minggu yang tidak menghampakan, bagi aku mereka sangat kreatif. Setiap minggu mesti tak miss nak tengok Maharaja Lawak.
Ape pun Good Luck for Jambu.
Jom layan Video Jambu di Maharaja Lawak:-

Muka Legend Hati Kiut

Jom layan video daripada Kumpulan Jambu:-
(video akan di update dari episod ke episod hingga ke final)

Minggu Pertama:
Tengok kat sini Jambu Paling Klako

Khamis, 26 Mei 2011

Kerja sangat letih dan stress

Stree ye kak...
Kerja tak berpangkat tinggi tapi kerja dikerah macam nak mati. Masa selalu aje tak cukup nak settle semua kerja. Nama aje kerja duduk dalam office. Ye memang, memang duduk dalam office dan buat kerja office. Hanya jawatan kerani, tapi sangat meletihkan setiap kali balik kerja rasa nak pengsan. Aku kerja kat bahagian sales, jual barang tapi duduk di dalam office aje hanya sebagai clerk. Ambik order, mintak order dari store, kemudian store hantar barang dan barang yang store hantar aku kene hantar sendiri ke tempat lagi satu tu. (dalam kilang jugak la). Masalahnya kadang tu barang tu berat, besar. Tapi nak tak nak aku kene jugak hangkut barang tu dari satu tempat ke satu tempat. Hari-hari rasanya kene ngangkat kotak. Kadang-kadang orang push nak barang cepat, kerja pun jadi kelam kabut. Bila lambat atau salah bagi barang kene pulak marah. Barang tak ade stock kene marah. Aku faham, dia orang yang kat sana tu dah kene marah dengan customer dia orang bila barang lambat supply. Yang ini aku tak ade runsing sangat, dah memang dari start keje lagi memang selalu jadi macam ni. Tapi yang buatkan aku tension ni, kerja aku di tambah-tambah lagi oleh mereka yang tak faham. Aku dah tak terdaya nak buat sorang. Betul2 rasa nak lari je. Tengok le kalau sampai satu tahap aku tak tahan memang aku akan lari. Aku tak boleh tension lepas tu orang asyik nak marah. Mau gila ni.. Tunggu pulak nanti bulan 6 atau 7 nanti kawan aku nak pergi beranak (betul menyusahkan), tengok la kerja dia mesti akan tolak ke aku nanti. Aku betul2 rasa tak mampu dah sekarang ape tah lagi nak ditolak kerja orang lain kat aku. Sabar jela. Letih le bersabar. Tengok la nanti... 

Mood : spoil

Isnin, 23 Mei 2011

Birthday ke 25

HaPpY BiRtHdAy To Me.. hehe..

23 Mei 2011 adalah ulang tahun kelahiran ku yang ke 25. Pejam celik pejam pelik dah 25 tahun. Kejap je masa berlalu. Dah tua.. (hampeh...) --- Tapi stil nampak mude.. ceh..

Sempena birthday ku ini, mari layan video ini:-

Ape wish untuk birthday tahun ini? Harap akan di murahkan rezeki banyak-banyak dan hidup bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu bab jodoh pulak... alamak.. hehe yang ini belum lagi walaupun dah berusia 25 tahun, kalau orang lain umur macam ni dah beranak pinak dah. Kalau ade, adelah okeh..hehe..
Apa yang aku harapkan ialah akan di murahkan rezeki. Contoh: naik gaji... naik pangkat (mesti le dengan naik gaji)... mendapat pekerjaan yang lebih baik.. supaya aku boleh mengembirakan mak ayah dan mereka boleh bangga.

Terima kasih kat kawan sekerja (Stacy, Abby, Kak Su, Kak Roza, Kak Ijan, Kak Ira dan Yan) sebab pakat2 belikan kek birthday ini... Ia memang lazat dan sedap...wow!! I like.


- WINK WINK-

Ahad, 22 Mei 2011

♥CONTEST ! Mencari Follower Bertuah :)) - close

 ♥CONTEST ! Mencari Follower Bertuah :))


1. Save banner di bawah ni dulu..



2. Buat satu entry bertajuk seperti dalam banner tu..

3. Ikut syarat syarat dalam banner tu dan publish entry kamu. 
tu saja.. =)

4. Kalau boleh, letak link entry qish ni pada banner contest dalam entry awok tau.. 

5. Untuk sahkan penyertaan, pastikan awak jangan lupa tinggalkan 'link' entry ni di blog qish nanti.. ingat tau ! =)

6. Tarikh tutup adalah seperti dalam banner di atas.. =)

7. Mohon help awak untuk promote contest ni pada kawan2 juga ya..

Nak Join Klik sini ;)

Tag-tag:-


-SEKIAN-

Khamis, 19 Mei 2011

Keychain Giveaway by Luna Lanun - close




Nak join klik kat sini blog LUNALANUN


Syarat-syarat penyertaan:
  • Menjadi FOLLOWER blog Luna Lanun.
  • Buat satu ENTRI mengenai giveaway ini.
  • Letakkan BANNER giveaway di atas dalam entri kamu.
  • LINK entri kamu kepada entri ini.
  • Tinggalkan link entri pada ruangan KOMEN entri ini.
  • Letakkan banner giveaway pada SIDEBAR dan linkkan ke entri Luna Lanun.
-Wink Wink-

Give-away Contest - FromKualaLumpur.blogspot.com (close)




ouh tewas.. not lucky ..huhuu ~ ~ ~

-WINK WINK-

Sabtu, 14 Mei 2011

Bahaya Panadol


Kenali panadol @ paracetamol
Panadol atau paracetamol ialah sejenis dadah kumpulan analgesik (penahan sakit) yang sangat popular digunakan di seluruh dunia untuk meredakan sakit kepala,demam,sakit-sakit ringan dan sengal-sengal badan. Ia digunakan hampir 80 buah negara di dunia. Ia amat selamat jika digunakan dalam dos yang betul. Malah Panadol yang digunakan di Malaysia telah pun disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Panadol adalah dari jenis bukan NSAID. Dalam dos normal, Panadol tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.


Adakah anda di luar sana mengamal makan panadol untuk menahan sakit? Ya saya pun mengamalkan nya apabila tak boleh tahan sakit. Sebab tak boleh nak fikir cara lain yang boleh menahan sakit. Panadol lah ubatnya. Saya kerap sakit kaki sejak kecil lagi, sakit yang melenguhkan kaki. Sakit ni betul2 akan menggangu aktiviti harian saya dan sakit ini saya memang tak boleh menahannya, jadi saya terpaksa mengambil panadol, telan 1 biji pun dah mujarab sangat. Selagi tak makan selagi tu sakit tu takkan hilang. Itulah masalah. Pergi mana-mana mesti nak kene ada panadol sebab sakit ni tak tentu bila dia nak datang.

 
Tapi tahukah kamu akan bahayanya. Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Panadol juga kabarnya boleh merosakkan ginjal dan hati. dari sumber yang saya peroleh mangatakan bahawa panadol yang ditelan akan tinggal di dalam tubuh badan kita sekurang-kurangnya 5 tahun. Bayangkan kalau tiap2 hari kita makan panadol, mesti dah bersepuk panadol di dalam perut kita belum dihapuskan.

Gambar sekadar hiasan


Walaupun kita banyak mendengar keburukan tentang penggunaan Panadol dalam jangka masa yang panjang namun ia masih belum disahkan secara klinikal. Malah tiada kajian-kajian khusus tentang keburukan Panadol. Kalaulah ia berbahaya tentulah kementerian terlibat sudah mengharamkannya.Tapi dos yang berlebihan boleh bertukar jadi racun. Jadinya kalau sakit sangat tak perlulah makan ubat berlebihan. 
 


Info kat bawah ni saya dapat tenang alternatif lain :  

Rabu, 11 Mei 2011

Bayi berkepala dua

Bayi yang dilahirkan ini sepatutnya adalah kembar, tetapi jadi kembar yang tak menjadi apabila seorang wanita dari negara China telah melahirkan bayi ini yang mempunyai 2 kepala, 2 tangan, 2 kaki dan satu badan. Jadinya kembar ni tidak boleh dibedah untuk dipisahkan. Kesian plak bila memikirkan apa akan jadi bila bayi ini besar nanti.

Video:-


BEIJING - Seorang ibu melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di sebuah hospital di bandar Suining, wilayah Sichuan, China pada minggu lalu.

Bayi itu berkongsi dua tangan dan dua kaki dilahirkan menerusi pembedahan.

Kembar ganjil itu menghidap dicephalic parapagus kerana bayi berkenaan hanya berkongsi satu badan yang menyebabkan pembedahan untuk memisahkannya tidak boleh dilakukan.

Bayi seberat 4.05 kilogram dan tinggi 50 sentimeter itu dilahirkan selepas satu sel telur gagal untuk berpecah dengan sempurna dan dianggap jarang berlaku dengan kebanyakan kes seperti ini dikesan di Asia Tenggara dan Afrika.

Bagaimanapun, di Barat, pada 2009, Lisa Chamberlain dari Portsmouth melahirkan kembar Joshua dan Jayden yang berkongsi satu badan. - Agensi

***credit to carca marba 

-TAMAT-

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...