Iklan

Thanks Followers!

Rabu, 11 Mei 2011

Bayi berkepala dua

Bayi yang dilahirkan ini sepatutnya adalah kembar, tetapi jadi kembar yang tak menjadi apabila seorang wanita dari negara China telah melahirkan bayi ini yang mempunyai 2 kepala, 2 tangan, 2 kaki dan satu badan. Jadinya kembar ni tidak boleh dibedah untuk dipisahkan. Kesian plak bila memikirkan apa akan jadi bila bayi ini besar nanti.

Video:-


BEIJING - Seorang ibu melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di sebuah hospital di bandar Suining, wilayah Sichuan, China pada minggu lalu.

Bayi itu berkongsi dua tangan dan dua kaki dilahirkan menerusi pembedahan.

Kembar ganjil itu menghidap dicephalic parapagus kerana bayi berkenaan hanya berkongsi satu badan yang menyebabkan pembedahan untuk memisahkannya tidak boleh dilakukan.

Bayi seberat 4.05 kilogram dan tinggi 50 sentimeter itu dilahirkan selepas satu sel telur gagal untuk berpecah dengan sempurna dan dianggap jarang berlaku dengan kebanyakan kes seperti ini dikesan di Asia Tenggara dan Afrika.

Bagaimanapun, di Barat, pada 2009, Lisa Chamberlain dari Portsmouth melahirkan kembar Joshua dan Jayden yang berkongsi satu badan. - Agensi

***credit to carca marba 

-TAMAT-

Tiada ulasan:

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...