Iklan

Thanks Followers!

Ahad, 27 November 2011

Produk yang bahaya dan disenarai hitam oleh Kementarian Kesihatan Malaysia

 
Just nak share info yang penting kepada semua. Isu ni dah pernah keluar dalam berita harian tentang produk kesihatan, pelangsingan dan kecantikan yang di katakan mempunyai bahan kimia merbahayakan kesihatan kita. 


Bila baca senarai produk yang telah disenarai hitam kan, wah terkejut tengok sebenarnya ada produk yang aku pernah guna sebelum ni rupanya ada bahan kimia yang merbahaya. Oh no... Nasib baik sekarang dah tak gunakan lagi.

Just sharing :-


INFO dari - berita harian
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
·  Kintop
·  Body Beaus
·  BMI-9 Xylimming Capsule
·  Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
·  Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
·  Obexlim
·  Slimax Coffee
·  Beaute Fit Body Contour
·  Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
·  357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
·  Makjun Taufiq Dua Istimewa
·  Majun Dua Istimewa
·  Ginseng Jin Fui Wan
·  Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
·  Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
·  Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
·  Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
·  Makjun Syafiq 3 Istimewa
·  Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
·  Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
·  Eriesya Spa Beauty Cream
·  Atika Beauty Renewal Cream
·  Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
·  Ratna Sari Whitening Night Cream
·  Tia Amelia Krim Jeragat
·  Chantique Whitening Night Cream
·  RZAC White Pearl Cream
·  Nuriz Day and Night Cream
·  Elite Rias Er Cream
·  R&Z Whitening Night Cream
·  Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
·  Pigmentation Recovery Complex
·  Zara Rejuvenation Cream
·  Natasya Krim Herba Gold
·  De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
·  Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
·  Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
·  Qian Tong Dan
·  Raja Ubat Resdung
·  Coral Plus UA 350MG

Ahad, 20 November 2011

Honey - JYP (Video + Lyric )

Honey -VC


Park Jin Young @JYP

Entah kenapa saya ni semakin suka dengar lagu dari Korea. Dulu asalnya suka cerita drama Korea je. Dari drama Korea tu, lagu OST dia kebanyakkannya best-best belaka. Asal best je cari & download masuk phone.Lepas tu bile dengar lagu dari bebrapa penyanyi k-pop, best jugak. 


Lagu Honey ni di nyanyikan oleh penyanyi Korea,JYP (Park Jin Young). Lagunye best dan catchy. Dengar banyak kali pun jemu lagi. So layan jela. Sapa yang tak berapa suka lagu dari K-Pop maap la ye... 


Saya pun bukan lah  peminat k-pop terlampau, asal lagunya best, kita layankan aje... ;)


Honey - JYP



Honey - JYP  (Video + Lyric )

Oh,HONEY~
Geudaereul cheo-eum bon geu sungan nan umjigil suga eopseotji
Geudae geu areumdaun moseup nan neokseul ilkoya maratji
Geudae-ui areumdaun geu misoga nareul sarojabatji
Hey geogi geurae jagi wenmanhamyeon naege oji uri yeogieseo
Duri meotjin bameul hamgge haji

Oh Honey, oh baby eojjeom areumdapgido haji naege-oji nareul mitji jeoldae huhoehalli eopji

Geudae-ui geu sekshihan nunbit oh nareul tto barabwatji
Nunbichi majuchineun sungan nan sumeul shwilsuga eopseotji
Geudaeyamallo haneuri naeryeojushin jinjeonghan Honey ji
Hey geogi geurae jagi wenmanhamyeon naege oji uri yeogieseo
Duri meotjin bameul hamgge haji

Oh Honey, oh baby eojjeom areumdapgido haji naege-oji nareul mitji jeoldae huhoehalli eopji

Now everybody party!

Naegero georeo-oneun geudae nan barabolsuga eopseotji georeo-oneun
Geudae-ui moseup neomu nunbushigi ttaemuniji
Ijeseoya biroso na na saeroun sarange nuneultteungeoji
Hey geogi geurae jagi wenmanhamyeon naege oji uri yeogieseo
Duri meotjin bameul hamgge haji

Oh Honey, oh baby eojjeom areumdapgido haji naege-oji nareul mitji jeoldae huhoehalli eopji

Hey geogi geurae jagi wenmanhamyeon naege oji uri yeogieseo
Duri meotjin bameul hamgge haji

Oh Honey, oh baby eojjeom areumdapgido haji naege-oji nareul mitji jeoldae huhoehalli eopji


- end -

Ahad, 13 November 2011

Ombak Rindu - Sinopsis / OST / Scene


Filem Ombak Rindu yang di adaptasi daripada sebuah novel hebat nukilan Fauziah Ashari, diterbitkan oleh Alaf 21. Jalan ceritanya sangat best. Saya ni bukan lah peminat novel, tapi novel ni bila dah start baca, memang tak dapat nak stop, sebab jalan cerita nya yang mantap. Memang best!

Serius tak sabar untuk tengok novel ini akan di adaptasi ke filem pulak. Cerita yang harus tonton. Harap-harap filem ni akan hebat seperti novelnya dan jalan cerita tak di ubah.
Sama-sama kita serang panggung 1 Desember 2011.





Sinopsis Ombak Rindu

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. 

Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. 

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah. 

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. 

Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.


OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira 


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Filem ini dibintangi oleh:-
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.


Scene Ombak Rindu:-















- end -

Isnin, 7 November 2011

Segmen : Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan - CLOSE

Saya pilih doodle ni sebab dia pakai baju kaler purple ;)


Agak segan nak join segmen ni mule2, tapi macam menarik je nak senarai ciri-ciri lelaki idaman ku. Tak pernah lagi sebelum ni ada senarai ciri-ciri lelaki idaman. Agak susah nak definasikan, sebab susah nak dijelaskan kenapa lelaki itu sungguh menjadi lelaki idaman ;)

Saya nekad saya join:-


Nak join klik sini -------> fizgraphic



Ciri-ciri Lelaki Idaman:-


1. Beriman
    Ini yang paling penting. Lelaki yang macam ni boleh mendorong dan membimbing aku ke syurga Nya, Insyallah.

2. Tahu menghormati orang lain.
    Tak kira orang tua atau muda, dia mesti tahu cakap dengan baik dan menghormati orang lain dan juga menghormati perasaan orang.

3. Seorang yang  cool
    Cool bermaksud, dalam apa situasi dia tak mudah melatah, menuduh dan naik marah dengan cepat. Aku paling suka lelaki yang sangat cool.

4. Keluarga yang besar.
    Sebab aku tak mempunyai ramai adik-beradik, kalau boleh aku nak tumpang kemeriahan keluarga nya besar.

5.Tinggi
   Saya suka yang tinggi, Tinggi budi pekerti, tinggi kesopanan. Kalau boleh yang  semua lah tinggi. Disebabkan aku pendek jadi aku suka lelaki tinggi.

6. Kurang bercakap
    Tak suka yang banyak cakap, tapi tahu bercakap mana yang perlu sahaja dengan bijak. Tak mau yang pendiam tapi nampak dungu (hehe...)

7. Wajah Chinese look
    Alahai comelnya kalau mukanya Chinese look. Mungkin sebab aku suke tengok Korean & Japanese drama, jadi aku dah tertarik dengan lelaki muka yang ala pelakun Korean & Japanese ni ;P

8. Romantik
    Aku seorang yang tak romantik, jadi aku nak seorang yang romantik dari dalaman yang tak terlalu menonjol, dia seharusnya tahu macam mana nak cairkan hati aku dengan caranya tersendiri.  (ewah...)

9. Pemurah
    Tak kedekut, semua ciri kat atas ni tak guna kalau dia kedekut. hehe.. Mestilah murah hati, murah dengan senyuman, murah nak bagi pertolongan, pendek kata dalam semua hal dia tak berkira, Tapi haruslah berjaga-jaga jangan sampai di ambil kesempatan.

10. Berharta

      Ini memang idaman ni, bukan sebab mata duitan tapi hakikatnya semua orang nak hidup senang dan terjamin kan. Berharta bukan setakat ada basikal je, sekurang-kurangnya dia pandai nak cari duit dan fikirkan masa depan dan kumpul harta.

*** Complete 10 ciri-ciri lelaki idaman. (Jenuh fikir..hehe)

P/s: Bukan lah terlalu memilih ikut ciri-ciri ni, tapi berangan-rangan tu perlu, nak dapat belum lah tentu, kalau dapat untong la ~~ Kalau tak dapat ikut semua ciri-ciri ini, dapat ikut skit pun jadi la ~ Terima apa adanya.



-done-

Ahad, 6 November 2011

Lirik lagu : Berdua Bersatu - Forteen

First time dengar lagu ni memang menarik, best. Lagu ciptaan KRU rupenye, patut la. Bila bila dihayati liriknya, kisahnya pasal apa ye?emm.. 

Apa maksud liriknya:-
"Walaupun melawan arus..." 

"Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar..."  


"Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas..." 



Jom layan ...


Berdua Bersatu - Forteen


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Chorus
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
 

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...