Iklan

Thanks Followers!

Selasa, 21 Februari 2012

Pengalaman guna produk kecantikan.

Pengalaman guna produk kecantikan.
Gambar Hiasan.
Semenjak dari tingkatan 1 aku lagi mempunyai masalah jerawat di wajah. Masa tu aku dah pun baligh dah datang bulan. Tapi jerawat yang ada masa tu jerawat yang halus-halus. Masa tu aku tak pernah pakai apa-apa produk pun kat muka termasuklah pencuci muka, sebab aku fikir kalau pakai sama je.
Aku selalu merungut kat mak aku tentang masalah jerawat kat muka ni. Paling banyak & ketara kat bahagian dahi. Last-last mak belikan aku pencuci muka,  pencuci muka pertama yang aku guna ialah BIORE. Bila aku pakai aku rasa muka aku segarnyee~~~  dapat rasa hilang minyak kat muka. Suka nya masa tu.. hehe.. Tapi jerawat tetap tak hilang, tetap ade lagi kat muka.
Lepas pakai pencuci muka, aku dah start nak pakai macam-macam produk. Semua produk yang ada kat pasaran semua aku  nak try sebab terpengaruh dan tercari-cari produk yang sesuai, tapi hasilnya.... tak ade apa-apa, sama je.
Ade satu produk ni, bila aku pakai ketara jerawat aku naik, Temulawak. Aku pakai sekejap je.

Muka mengelupas & bertompok
Masa sekolah tingkatan 5, masa tu nak SPM, masa tu aku tengah pakai  produk Nivea. Dah beberapa bulan jugak la pakai Nivea ni. Tapi  lepas tu tak tahu kenapa muka aku mengelupas teruk dan kering sangat. Lepas cuci muka kulit menjadi tegang semacam lepas tu mengelupas. Tiap-tiap hari jadi macam tu. Masa kat sekolah kawan-kawan tak perasan sangat, bila aku bukak tudung, memang akan nampak muka aku dah jadi bertompok sebab dia mengelupas di tempat-tempat tertentu sahaja. Lepas aku habis SPM, memang aku tak nak keluar rumah sebab malu muka jadi macam tu. Tapi kadang tu kawan ajak keluar jugak sebab nak ajak temankan ke sana kesini la. Yang sedihnya bila ade orang tegur “eh napa muka kamu tu..? kamu pakai ape jadi macam tu..?” erghh.. rasa nak tutup muka dgn kain. Malu oo bila orang tegur. Masa lepas SPM memang aku tak nak kerja sebab inilah, lebih rela aku duduk rumah aje, makan tido.

Mak pula suruh pergi klinik dan farmasi, dia cakap cuba dulu ubat farmasi, dia orang tu tahu pasal ubat. Haa yela sangat tahu.. Orang kat farmasi tu bile tengok muka aku berkerut-kerut dia heran & banyak tanya kenapa boleh jadi macam tu... Lepas tu dia bagi ubat yang tak ade apa kesan langsung! Aku cakap kat mak aku, aku nak jumpa pakar kulit. Aku tak kira.. Lastnya pergi juga hospital gov, pergi klinik harian & kena buat apoiment Dr Pakar kulit. Bila jumpa pakar kulit aku lebih tenang, sebab orang yang tengok muka aku tu dia pakar & tak ade plak buat muka heran. 

Doktor suruh amik ubat hospital dan ikut apa yang disuruh. Aku sapu ubat hospital tu tak sampai 2 minggu muka aku dah OK!. Berbulan-bulan aku menanggung derita & malu, cuba ubat itu cuba ubat ini langsung apah tak bekesan. Sapu ubat hospital 2 minggu je dah hilang. Sampai sekarang aku tak pernah pakai produk Nivea. Aku tak tahu sama ada produk ni puncanya atau sebab lain.Misteri sudah.

Antara produk yang pernah aku pakai:-
Biore
Fair & Lovely
Temulawak
Hazeline Snow
Ponds
Clean n Clear
Nivea
Safi Balqis
Sabun papaya,
Natasya
Erisya
Avon
Shahirah
Vida Beauty
SKII
Olay
Alaisyah
Garnier
Skinz
Neutrogena
Loreal
Elysyle Essential

Muka aku jenis berminyak dan cepat naik jerawat, tambah bila nak datang bulan.
Kebanyakan produk yang aku pakai, kesannya sama je, tak ade kesan apa langsung, macam tu aje. Memang susah nak cari produk yang boleh berkesan yang tiada kesan sampingan.

Dalam banyak-banyak produk kecantikan yang pernah aku pakai yang ada nampak dan aku rasa perubahannya ada 2 produk iaitu:-


Erisya
Try pek percubaan, 1 kotak ada krim malam, krim siang, dan sabun. Lepas 2 minggu pakai rasa muka bersih dan licin , jerawat pun dah kurang skit. Ok la pada mulanya. Pek percubaan cume tahan 1 bulan je. Aku cuma pernah pakai 2 kali je. Lepas tu aku stop dan try produk lain, sebab terpengaruh dengan produk macam-macam. Sampai sekarang aku tak pernah pakai produk ni lagi.


SKII
Waa.. SKII kata ko... product mahal. Nak beli fikir 10 kali. Tapi tak salah mencuba kalau elok. Aku cuma try beli Facial Treatment Essence 75ml. 1 botol 75ml harga RM199.00.
Beli jugak la, mak aku cakap kawan dia dulu muka jerawat teruk gila, lepas pakai SKII hilang jerawatnya, seperti biasa aku terpengaruh dan aku nak cuba walaupun mahal. Kalau ikutkan orang tu rekemen pakai 1 set, tapi aku nak pakai essesnce tu je. 1 minggu pakai mula-mula muka naik jerawat sebab tu memang proses dia macam tu. Lepas tu memang boleh rasa kurang jerawat. Ini pengalaman aku la pakai SKII Facial Treatment Essence, kalau orang lain tak tahu la. Cuma produk ni mahal sangat. Tapi yang mahal ni la berkesan kat muka aku. Kalau orang tanya produk apa yang elok, memang aku akan cakap SKII. Tapi aku dapat pakai 1 botol je, sebab bila aku tengok muka aku dah ok skit, bila nak beli lagi kene fikir lagi 10 kali.
Cet!

Ada satu tahap rasa malas nak pakai apa-apa produk krim kat muka, cuma pencuci muka jela. Sebab pakai & tak pakai sama aje kan.

Tapi sorang kawan suggest pakai Elysyle Essential. Sekarang aku pakai Elysyle Essential, mula-mula ok tapi sekarang ntah ape kena muka aku naik jerawat balik. Kenapa aku pun tak tahu, tension betoi!
Ni yang rasa nak SKII ni haa.... kena kumpul duit dulu la ini macam.. ;(


P/S: Ni cuma pengalaman aku pakai produk kecantikan dari sekolah sampai sekarang. Tak ade niat nak kondem mana-mana produk.





9 ulasan:

Rara berkata...

hello :) ipoh mali jugak yer.. baru saja BW n follow :)

Unknown berkata...

Tq ;)
Ye Ipoh mali juge... ;)

ana zainuddin berkata...

wahh. nk share cite gak. cm kulit sy nie pn sme gak mcm akak. sy dh la jnis yg aktif. wktu skolah dlu mcm lpe jge muka. sy pula bdk kwd. lps hbs kwd muka ni dh truk jdnya. last skli ibu sruh pkai n99. 4 hari dh nmpk ksn dia ! jrawat xda, kulit pula dh putih suci mcm bby. tp skng dh xpkai. ada yg ckp krim tu x elok utk mse akn dtg. jrawat sy pn mula mencacak naik. agknya tu la ksn dia kot. skng sy pkai nixoderm. ubt hilang jrawat. trbaiklah pkai ubt ni. jrawat yg bru nk naik ke,parut ke, mmg akn kurg. korg yg ada mslh sme pn, try2 juga la gne. guna yg bks kecik dlu. murah je. cri la kt guardian or watson ye :)

Unknown berkata...

thanks sbb share.. bagus ke produk tu, boleh try tu.. ;)

Tanpa Nama berkata...

Waa! Ta sabar ase nye na beli! Macam mana care pakai dye kak?

haNnieyJuNe berkata...

Hye Hello Miss Lieyza :)

Just nak share, why not u just try produk Mary Kay? sejak sy menjd user, sy sgt berpuas hati dgn produk ni.. Lagipun ia hanye botanical based and xde bahan kimia yg merbahaya yg boleh menyebabkan penggelupasan kulit yg konon2nye dikatekan membuang sel kulit mati..
Kalo Miss Lieya berminat nak tahu lbh lanjut dan ingin mencuba consultation percuma kami, just contact me,
Independent Beauty Consultant Mary Kay, Hanani @ 010-9007480

Unknown berkata...

hi.. tq for sharing.. sy penah pegi bengkel kecantikan mary kay dan mencube di situ, sy tak pasti keberkesanannye.. kawan saya ade pakai. tapi harga produk agak mahal untuk orang seperti saya, thats why im not join mary kay.

buat masa ni sy tak pakai apa-apa krim, tapi sy ade makan vitamin c, produk from usana, mmg ade keberkesanan, jerawat saya tak teruk macam dulu..


Eyda Zara berkata...

hye apa kata cuba produk a-dha white series dan amalkan minum aura white collagen..banyk org dah cuba berkesan.kalau nk dpt harga borong dan murah leh sms 0125660394..untuk jerawat parah leh mkn ubt traditional yg sy jual.

sakuratulip berkata...

cuba try produk simple...sgt ok tuk kulit sensitif n oily skin...n dia free fragrance...:)harga dia pun reasonable...boleh cari dekat guardian @ watson

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...