Iklan

Thanks Followers!

Memaparkan catatan dengan label kelas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelas. Papar semua catatan

Ahad, 27 Oktober 2013

Belajar masak - Mee Udang

Mee udang
Salam. Selamat berhujung minggu. Hari ini aku telah pergi kelas memasak mee udang dan char kue tiaw. Pergi kelas nak belajar ni sebab aku salah seorang penggemar char kue tiaw. Dah lama teringin nak tahu cara buat dia. Tak sangka tak la sesusah  mana membuatnya. Dalam kelas yang aku hadiri hari ada seramai 35 orang, ok la tak de la sesak sangat, tapi kalau nak di ikutkan sepatutnye peserta setakat 25 orang je. Tapi biasa la kelas memasak ni memang ramai yang berminat nak join, terutama wanita-wanita la.

Untuk entry kali ni aku nak share sedikit sebanyak gambar ketika mengikuti kelas masakan ni dan juga resipi nye sekali.

Ini adalah resipi2 nya. Aku tak dapat ini resipi sebenarnye sebab dah tak cukup. Emm boleh plak gitu. Tapi tak apa la, nak nyalin memang malas & tak ada masa nak nyalin time masak tu, jadi snap picture jela. Lagi nak suruh taip di ini blog ke? pun  aku malas.. haha.. kire boleh la ni kan. Lain kali la taip cantik2. :)
Resipi mee udang

Cara-cara membuat mee udang:-

Panas kan minyak
Tumiskan bawang yang di blen
Kacau hingga mendidih
Masukkan pula cili kering yang telah di kisar
Kacau hingga pecah minyak
masukkan udang kering yang telah di kisar
kacau.. kacau.. kacau
Masukkan gula secukup nye
Tambah air skit
bio kan dia ;)
Tambah lagi air
masukkan kiub ikan bilis
masukkan serai
masukkan sedikit santan
Garam jangan di lupe

menggelegak , dah masak la tu

Bila dah masak, ambil periuk kecil, ambil beberapa senduk masukkan  ke periuk tu

ok nampak tak ;)
siap sediakan kangkung
Jangan lupe celor mee

sedikan juga udang
Panas kan periuk tu dengan kuah tadi dan kacau kacau kacau... bersama mee, sayur dan udang

Tak payah lama sangat, asalkan udang tu lebih kurang masak , masukkan ke dalam mangkuk sedia untuk di hidang
Siap! sedia untuk di makan.


Ni entry bergambar je lebih, senang tengok je dah paham.. kott.. huhu.. Lepas ni boleh la try buat sendiri plak, sebab buat ni tak la susah mana... Yang penting sedap, memang rasanye sedap, tapi itu udang sudah tidur dalam itu kuah, sudah tak nampak ... :D

Untuk Char kuew tiaw, next post plak la.. ok bye2

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...