Iklan

Thanks Followers!

Memaparkan catatan dengan label Movie/Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie/Drama. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2011

Ombak Rindu - Sinopsis / OST / Scene


Filem Ombak Rindu yang di adaptasi daripada sebuah novel hebat nukilan Fauziah Ashari, diterbitkan oleh Alaf 21. Jalan ceritanya sangat best. Saya ni bukan lah peminat novel, tapi novel ni bila dah start baca, memang tak dapat nak stop, sebab jalan cerita nya yang mantap. Memang best!

Serius tak sabar untuk tengok novel ini akan di adaptasi ke filem pulak. Cerita yang harus tonton. Harap-harap filem ni akan hebat seperti novelnya dan jalan cerita tak di ubah.
Sama-sama kita serang panggung 1 Desember 2011.





Sinopsis Ombak Rindu

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. 

Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. 

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah. 

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. 

Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.


OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira 


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Filem ini dibintangi oleh:-
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.


Scene Ombak Rindu:-















- end -

Ahad, 2 Oktober 2011

Beli DVD K-Drama - My Girl ;)

 
Agak tertarik minat aku nak beli DVD cerita Korean Drama yang ada dijual dengan harga yang murah. Drama yang paling aku suka pulak ialah My Girl, sebenarnya dah 2 kali tonton cerita ni, tapi aku nak beli DVD dia sebab nak buat koleksi dan nak tengok lagi. Sebelum ni drama ni aku tengok kat You tube, tapi sekarang link untuk tonton video tu dah tak ada. Bila nak tengok lagi dah tak boleh. Nak tengok My Soju pun boleh jugak tapi alahaiii slow giler lee...


So kalau ada siapa-siapa yang berminat nak beli DVD Korean drama yang korang suka boleh pegi kat FB  sini ----> Hbi Kpop Shop
Macam-macam cerita ada. K-pop stuff pun ada.  Harga nye murah kalau nak dibandingkan beli DVD Original. Sebenarnya DVD yang di jual tu tak ori pun, dia burn CD, cume boleh di pasang di komputer sahaja bukan di kaca tv. That's why le murah je ;)


Process pembelian, pilih dulu apa mau, lepas tu baca instruction order plak (baca jangan tak baca), lepas tu baru PM dia.


 Order satu je dulu, sebab first time order, tak tau lagi ok ke tak. Kalau ok next time boleh order lagi ;)

Hari ini jugak pegi buat payment deposit cash, dia hanya ada akaun CIMB je. Aku pulak tak ada akaun CIMB. Setelah bayar dan dapat resit, secepatnya tunjuk bukti kat dia, "Nah..! saya sudah bayar"


P/s: Tak sabar nak tunggu bila akan sampai, tapi process penghantarannya agak lambat katanya, penghantaran dalan 3 @ 4 minggu. Lambat kan? 
Tu pasal sebelum order kene baca dulu terms dia, dah setuju baru order.

- waiting -


Sabtu, 17 September 2011

Oh Korean Drama...

Korean Drama

Dari zaman sekolah lagi dah tengok Korean drama, dulu ada disiarkan di TV, waktu tu drama yang tengah popular adalah Winter Sonata & Autumn in my heart. Ceritanya memang best  & memang layan.

Sebab apa Korean Drama best?
- Korean drama sangat romantic dan menyentuh kalbu.
- Jalan cerita yang menarik
- Pelakonnya cantik, kacak dan cute miut ;)
- Bila tonton drama korea ni entah macam mana terasa diri pun dah termasuk dan terbuai bersama jalan cerita tu. (berangan konon2 heroin.. ;p)
- Permandangan yang cantik, rumah yang cantik, ada salji. Teringin nak duduk kat Korea.

Itu antara sebab yang aku suka, orang lain tak tau le. Mungkin sebab pun lebih kurang je kot erk..

Sebenarnya tak banyak  drama korea yang aku dah tengok sebab nya "no time". Kalau nak tengok pun banyak tengok secara online.
Kat internet boleh watch online. Antaranya:-
http://www.mysoju.com/
http://www.dramacrazy.net/
http://www.maaduu.com/
http://www.watch-drama-online.com/

Tapi nak tunggu loading memang makan masa dan lambat nak tunggu dia running habis. Rasa nak sangat tengok macam-macam cerita yang best tapi bila dia running video tu lama sangat, ala leceh sudah...

Sekarang ni memang mood tengah meluap-luap nak tonton korean drama yang best2x. Dekat FB ada orang jual DVD drama Korean secara online. Tunggu la nanti nak cari cerita yang best boleh beli ;p

Ni antara Korean Drama yang memang best yang aku dah tengok:-

Winter Sonata
 First drama Korean yang tengok

Autumn in my heart
Cerita yang paling sedih, banyak nangis. Ini drama menagih air mata oo...

Boy Over Flower
 Cerita ni memang best, ade versi Japan & Taiwan.
Versi Korea yang paling best dan menyentuh kelabu (kalbu)

Full House
 Ni pun best, funny  dan sedih

My Girl
 Fav. Rasanya ni drama paling aku suka. Best2x

Secret Garden
Drama ni sangat best & funny


My Fair Lady


- end -

Ahad, 17 Oktober 2010

Watching Korean drama "MY GIRL"

-My Girl-









Korean drama bertajuk My Girl. Mungkin ramai yang dah tengok. Cerite nya memang best, di rekemen oleh seorang kawan untuk tonton drama ini, just tonton secara online aje. Nak beli vcd/dvd mahal.. hehe... Cerite nya ade 16 episod, dalam mase 3 hari aku abis tengok dgn jaya nye... Siang dan malam ngadap itu jele.. buang mase betoi..hehe.. Tapi yang penting cerite dia memang best, ada kelakar, sedih, memang layan. Bila tengok terasa macam dah masuk dalam drama tu, membuatkan diri berangan-anagn kononnya nak jadi macam heroin dalam cerita ni. Hehe ;)


Ju Yoo Rin & Gong Chan

-Al-Kesahnye- 

Ok la nak cite pasal cite ni kan, kisahnye pasal seorang gurl ni name dia Ju Yoo Rin bertemu dengan sorang lelaki bername Gong Chan. Yoo Rin suke & pandai menipu untuk selamatkan diri dia bile ade masalah sebab ayah dia suke berjudi & berhutang. Goon Chan plak nak mencari adik sepupunye yang dah lama hilang, sampai datuknye pon sakit-sakit sebab nak sangat berjumpe dengan cucu perempuannye tu. Goon Chan dapat idea bila lihat sikap Yoo Rin yang pandai berpura-pura, jadi dia terfikir untuk gunekan Yoo Rin  menyamar menjadi sepupu dia yang lama tak jumpe sebab datuknya sangat nazak ketika itu, di fikiran datuknya hanya mahu bertemu dengan cucunya yang dah hilang itu, setelah dapat bertemu dengan cucunya itu, datuknya semakin sihat. Apabila datuknya semakin sihat, Yoo Rin terpaksa teruskan pembohangan menjadi cucu palsu dan dia semakin rapat dengan datuk dan juga family Goon Chan. Yoo Rin pula sukar untuk melepaskan dirinya daripada keluarga Goon Chan. Dalam masa yang sama tanpa Yoo Rin sedari, lame kelamaan  Yoo Rin rasa dia telah jatuh cinta kepada Gong Chan. Gong Chan pula tidak sedar dia pun sebenarnya ada hati pada Yoo Rin, sampai satu masa baru dia sedar dengan perasaan dia terhadap Yoo Rin sebenarnya adalah cinta bukan lah hubungan seperti sepupu..  Dalam bab cinta Yoo Rin tak boleh menipu diri sendiri, begitu juge dgn Gong Chan. Tapi  pada akhirnye identiti Yoo Rin sebagai cucu yang palsu terbongkar, akhirnya datuknya mendapat tahu dan menjadi sangat marah lalu Yoo Rin di halau keluar dari rumah. Datuknya memberi amaran supaya Yoo Rin jangan bertemu lagi dengan Goon Chan dan pergi jauh dari kelaurganya tanpa memberitahu Goon Chan kerana datuknya tahu mereka sedang jatuh cinta. Maka Goon Chan dan Yoo Rin terpaksa berpisah. Masa Yoo Rin kene pergi dari rumah datuknya, Goon Chan ingatkan Yoo Rin pergi sekejap saja, rupa-rupanya dia pergi untuk selamanya, bila dia tahu Yoo rin sebenarnya mahu tinggalkan dia, semuanya dah terlambat, Yoo Rin telah jauh pergi. Time tu sedey sangat... Lepas tu keluar pulak lagu dalam video ni.. mari layan.. Sedey ;(





Kalau nak tau feel betapa best ke tak cerita ni, kene tengok sampai habis. Ceritanya memang best, serius cakap..huhu.. Funny ade, sedey pun ade...Yang tang sedey tak tahan tu, jiwa ku turut parah..haha...
Pelakun dia plak boleh tahan.. sedap mate nak pandang...huhuuooii blur


Buat kek, sebab mereka dh termakan kek aunty dia org, so ganti balik n buat2 tak tau.. diam




Dalam kisah mcm ni mesti le kene ade org ketiga,, ha tengok tuu...
Yang tu kekasih la Gong Shan, tp Gong Shan tak de hati pun kat dia..


Oo0o0o.. so sweet..haha...


Mase ni kenape erk aku pun dh lupe... huhuu..



Ni lagu tema dia bes jugak, rentak hiphop lg... ok layan jugak...





-End-

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...