Iklan

Thanks Followers!

Memaparkan catatan dengan label Feeling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Feeling. Papar semua catatan

Ahad, 28 September 2014

Alhamdulillah rezeki - Surat tawaran perlantikan Pembantu Tadbir (Kewangan)


Salam.
Alhamdulillah, nak berkongsi berita gembira yang aku harapkan selama ini. Pada hari jumaat 5/8/14 aku terima surat tawaran perlantikan jawatan tetap Pembantu Tadbir (Kewangan). Hari jumaat tu aku kerja tapi surat tu diterima di rumah, mak telefon bagitahu berita gembira tu, bila aku dengar  je rasa macam tak percaya je, mungkin mak aku salah tengok kot. Sebab sebelum ni keputusan interview aku ialah simpanan. Boleh rujuk entry ni KEPUTUSAN SIMPANAN. Tengah hari aku balik rumah sebab nak tengok surat tawaran tu. Alhamdulillah syukur memang betul tu surat tawaran dari SPA. Perasaan gembira yang tak tergambar rasanya bila terima surat tawaran tu, rasa macam mimpi menjadi realiti. Hakikatnya dah bertahun aku menunggu mengharapkan akan mendapat peluang seperti itu. Itu sesuatu yang baik untuk aku.


Surat Tawaran

Syukur. Kegagalan yang lalu yang pernah aku lalui,  tak bererti gagal untuk selamanya. Tak sia-sia aku sentiasa berdoa setiap hari memohon daripada Nya.


Walapun dah dapat surat tawaran . Tapi tempat untuk melapor diri belum diberikan lagi. Jadi bermakna aku tak tahu bila dan di mana tempat akan aku berkhidmat. Dapat kat mana-mana pun tak apa la. Kalau boleh dapat yang dekat lagi bagus. Tak apa la tunggu jela surat untuk lapor diri pula nanti.

Di dalam surat tawaran tu dia dah minta suruh buat pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun, surat setuju terima perlantikan. Masa lapor diri nanti kena la bawak surat-surat ni. Semua tu dah settle dan sekarang tunggu surat lapor diri. Bila dah melapor diri, bermula lah aku sebagai penjawat awam yang rasmi. Insyallah.

Selepas mendapat surat tawaran, pada hari isnin 8/9/14, aku dah pun serah kan surat perletakan jawatan aku kat tempat aku bekerja sekarang. Sudah 5 tahun lebih aku bekerja kat situ. Di situla tempat aku mendapat rezeki dan di situlah aku belajar banyak perkara dan mengenal manusia. Pelbagai juga kenangan suka dan duka. Mungkin selepas ini akan banyak lagi perkara yang aku akan tempuhi.
Ada lagi 5 hari aku akan bekerja tempat kerja aku sekarang, aku akan selesaikan apa tugas yang patut dan hari isnin nanti dah ada orang baru masuk untuk menggantikan tempat aku. Setelah 5 tahun dekat situ dan bila mahu meninggalkan tempat itu, perasaan sedih tu ada la jugak. Tapi sebenarnya ada something yang aku akan rasa kehilangan nanti. Jeng jeng jeng.

- end -

Selasa, 12 November 2013

Reaksi bila kena puji.


Salam...puji pujian. Penah dengar tak lagu puji-pujian dari kumpulan Raihan. Teringat dulu masa sekolah rendah lagu Raihan masa tu sangat femes... Sampaikan sebelum nak tidur aku selalu nyanyi lagu tu dalam hati. 
Lirik yang terkandung dalam lagu puji-pujian:-

"Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah"

Saja je kat atas tu nak intro. Manusia ni biasa la ramai di kalangan kita yang suka terima akan pujian. reaksi yang sebenar yang patut kita ucapkan adalah ucapan "Terima Kasih... Alhamdulillah"

Ada sesetengah orang sudah biasa terima pujian, tak kira pujian macam mana pun (cantik ke kurus ke comel ke..). Macam aku bila ada orang kata aku kurus le.. err.. itu bukan pujian sebab nya aku memang dah kurus sangat. Pujian ke sindir.. hihi.. Ok tak ambil hati pun.

Satu hari aku pergi kerja pakai baju kurung, biasa hari jumaat je la yang aku akan pakai baju kurung, hari lain memang berseluar le. Bila dah berbaju kurung  maka terserlah la keayuannya ...Maka ada suara-suara memuji " eh lawa nya hari ni..." dalam hati aku mesti la fikir baju aku la yang lawa.. haaha..Dan aku buat muka biasa dan senyum :) Berterima kasih pun tak .. teruk aku ni..

Aku jarang berterima kasih bila ada orang puji aku. Bila ada orang puji aku, aku akan cakap "yeke? biasa je baju ni..." aku hanya fikir orang puji baju aku. 
Ini la reaksi biasa aku bila orang puji cantik..(aku hanya fikir baju aku yang cantik). Bukan nya apa, aku tau aku ni bukannya terlalu cantik, tahap biasa2 je, tapi syukur alhamdulillah, cuma aku tak nak terlalu terima pujian sampai nanti aku tak sedar diri, aku hanya nak berpijak di bumi yang nyata, tak nak la nanti bila orang puji skit aku pun perasan yang aku terlalu cantik, orang sekeliling pun nyampah. Kalau betul la muka cantik, bila di puji ucap la terima kasih dan senyum. Tak payah le jawab " Eh yekee.. hihii.. lawa ke aku ni..." huh lepas itu terus perasaan cantik manjang, sampaikan bila nampak segerombolan lelaki sedang bersantai akan sangka lelaki-lelaki tu akan usha, padahal tak..... (ni la penyakit perasan...)
Ada jugak yang bila di puji cantik, jadi perasaan dan terlalu suka sangat sampai bercerite kat kawan-kawan ada orang puji dia cantik.. haish perlu ke... Bukan le nak jeles, tapi tak perlu la kut.

Pujian kecantikan fizikal memang cepat buat orang perempuan excited. Kalau nak di ikutkan hati memang le seronok dan gembira dengan pujian tu, tapi jangan la sampai jadi terlalu perasan... Bila dah rasa diri terlalu cantik dengan lambakan pujian yang orang berikan, mula le cakap " laki tu suka aku, laki tu nak ngorat aku... dia tengah pandang aku... dan sebagainye.." Cuba la untuk malu skit dan merendah diri akan pujian yang macam tu, barulah kecantikan dari dalaman di nilai bersama cantik luaran.  

Begitu jugak pujian seperti "pandai la ko ni dapat pekse nombor 1..." Ha ni.. ini pujian memang boleh menjatuhkan  pada masa akan datang sebab bila dah rasa diri tu pandai pekse nombor 1, mula dah terlupa diri dah mula malas nak belajar , main2.. Maka nya bila final exam tak dapat dah nombor 1... Ekceli... bende ni pernah terjadi kat aku masa di tingkatan 4, periksa pertengahan tahun aku sendiri tak sangka dapat pekse no 1... haha... Sungguh lah berbangga dengan diri sendiri.. wow.. haha... Lepas tu bila pekse hujung tahun dah dapat no 4 @ no 5, aku pun tak ingat sangat dah. Ha hambik... tu la ingat boleh maintain ka.. hasih...

Untuk diri aku sendiri seboleh nya aku tak mau terlalu hanyut dengan puji pujian manusia.. cukup la bersederhana dan bersyukur.. Alhamdulillah :)





-END-

Ahad, 11 Ogos 2013

Aku hanya merancang tuhan yang menentukan


Sekarang tahuni (2013) umur aku dah memcecah 27 tahun, bukan le umur yang terlalu muda sangat, tapi umur yang dah matang dan dah boleh fikir mana baik dan buruk. Aku bukan budak-budak lagi, walaupun sebenarnya perjalanan aku masih jauh itu pun kalau umur aku masih panjang dan nafas ku masih ada dan jantung ku masih berdegup.

Banyak benda dalam hidup ni yang belum aku capai, banyak lagi impian yang belum terlaksana. Aku selalu tercari-cari ke mana hala tuju hidup aku, masa depan aku. Sebenarnya aku dah tahap bosan dengan kerja aku sekarang. Kerja yang berlambak yang tak boleh berhenti dan setiap hari dan setiap bulan buat perkara yang sama membuatkan aku teramat lah bosan. Jadi aku tersangat mengharap yang aku akan keluar dari situ suatu hari nanti, maksudnya aku keluar dari situ dan aku dah ada hala tuju, bukan terus berhenti je tanpa hala tuju dan sekarang aku ada terfikirkan sesuatu apa perlu aku buat dengan masa depan aku dan sekali gus akan akan keluar dari situ.

Walau apa pun aku hanya merancang dan aku harap apa yang aku fikirkan ni akan menjadi dan akan berjalan dengan lancar, aku akan tempuh jugak sebab aku fikirkan ini lah jalannya untuk diri aku sendiri, aku tak nak sampai ke tua aku kerja kat situ, sedangkan hati aku tak gembira. 
Cadangnya tahun depan aku nak belajar jahitan dan fesyen, aku nak ambil kursus ni sepenuh masa. Aku dah tengok kursus tu ambil masa setahun lebih nak habiskan dan lepas tu ada elaun RM300. Yuran pengajian dia tak lah mahal sangat, aku rasa ni peluang aku untuk belajar dan ini peluang aku nak ubah kerjaya aku, lagi pun aku memang ada minat menjahit. Aku dah boleh nampak masa depan yang baik kat situ walaupun aku tak tahu masa akan datang apa akan terjadi, sama ada aku akan berjaya atau tidak, walau apa pun aku akan buat yang terbaik, sentiasa berusaha dan berdoa. Ini seperti pertaruhan dalam hidup aku.
Cuma aku ada beberapa yang perlu aku settle sebelum aku pergi kursus tu. Kalau perkara tu tak settle memang masalah la aku. Tak pe Insyallah semua akan di permudahkan.
Buat masa ni, inilah rancangan aku untuk tahun depan setelah habis masak aku fikir. Walau apa pun aku hanya merancang dan hanya tuhan yang menentukan benda ini jadi atau tak untuk masa akan datang, sebab aku tak tahu apa akan terjadi. Mungkin akan lebih baik atau sebaliknya. Yang pasti nya yang baik tu datang dari Dia dan yang buruk tu datang dari aku sendiri.

"Ya Allah semoga semuanya di permudahkan dan hanya Kau lah penentu segalanya. Aku hanya hamba Mu yang mahu mengubah nasib untuk menjadi yang lebih baik. Amin.."



Rabu, 13 Mac 2013

Mood ke laut - Bersabarlah hati


Bengang, geram dan marah. Sejak bebrapa hari ni kebelakangan ni darah aku asyik nak naik je. Terlalu rasa banyak tekanan di tempat kerja. Semua nya nak bagi marah dan nak marah aku. Berhadapan dengan orang tak tak berbudi bahasa membuatkan aku sangat hilang hormat kepada orang itu. Macam mana nak rasa hormat orang kalau orang berbahasa kasar dan tak hormat kita, tapi tak ada la sampai nak pegi mencarut kat muka dia. Nak ikutkan hati memang rasa nak macam tu je. Semenjak dua menjak ni kepala otak aku pun dah tak berapa stabil, tahap kemarahan aku cepat je naik. Iman aku dah kurang sangat ni... Astaghfirlullahhalazim....

Aku ni bukan le jenis suka berkira bile tolong orang. Tapi aku berkire bile orang pun berkira dengan aku. Rasa berat nak tolong bila orang berkira. Lagi satu aku rasa fed up dan bosan bila ada orang asyik dan suka dan terlalu meminta tolong.  Sampai aku dah tak tahu nak tolak macam mana bila di minta tolong. Tapi kadang-kadang tak boleh tahan bila hal yang begitu remeh pun nak mintak tolong jugak, emm tak salah pun, tapi kalau keadaan dah tak ada pilihan dan keadaan terdesak aku akan cuba jugak la untuk tolong mana yang termampu. Tapi kalau boleh jangan la ambil kesempatan. Sebab nya bila dah tolong sekali akan mintak tolong lagi dan ini yang membuatkan aku tak suka. Aku sendiri pun tak suka nak susahkan orang melainkan keadaan terdesak dan tak ade pilihan, sebab aku sendiri pun tak suka bila aku di susahkan dengan tak semene-mene.

Bersabarlah hati


Selasa, 1 Januari 2013

Semangat baru tahun 2013



Tak terlewat rasanya nak ucap SELAMAT TAHUN BARU. Selamat tinggal kepada 2012 dan selamat datang kepada 2013. Yang semakin jauh dari hidup kita ini adalah kenangan, kita tak mungkin boleh patah balik untuk mengembalikan kenanangan. Yang semakin dekat dengan kita adalah mati, hakikat! ;)

Setiap kali tahun baru mesti kita akan bersemangat dengan azam tahun baru. Apa pulakk dah jadi dengan azam tahun lepas, adakah tercapai? Imbas kembali apa azam aku tahun lepas erk...

Azam 2012 (tahun lepas)
  • Tahun ni nak cari duit banyak-banyak  -----> (tak berapa nak tercapai... alhamdulillah rezeki ada)
  • Nak mencuba sesuatu yang baru dan berfaedah, nak mencuba kalau tak pandai nak belajar, dah bosan kerja makan gaji dan buat benda yang sama setiap hari.  ----->(Masih mencuba sampai sekarang, tapi masih belum berjaya)
  • Harap juga untuk tahun 2012 akan dibukakan pintu hati  untuk benda yang baik. Insyallah.  -----> (alhamdulillah harap pintu hati ini akan terus terbuka)
  • Nak tingkat amal ibadah yang selama ni dah leka, semoga semua urusan dipermudahkan. Insyallah.  -----> (Alhamdulillah semakin banyak perubahan dan perlu lagi di tingkatkan)
  • Nak Samsung Galaxy Tab 10.1  ----->(belum memiliki, hati pun dh berubah..haha..)


Azam 2013
  • Nak dapat kerja yang lebih baik, dan keluar dari tempat itu dengan cara yang baik dan hati yang gembira.
  • Nak kahwin (hehe..) walaupun tak ada apa-apa perancangan dan calon. (Harap tahun 2013, akan jumpe le.. haha...)
  • Trip pergi Langkawi menjadi. Harap-harap dapat dan sempat untuk kumpul duit.
  • Nak kurangkan tabiat berinternet (Serius ni agak susah, haha... tapi tak apa kita coba)
  • Nak beli phone baru, android. (Mungkin dalam masa terdekat, tengah survey)
  • Semoga di murahkan lagi rezeki dengan lebih banyak
  • Ingin memantapkan lagi ilmu masak dan menjahit ke arah satu kerjaya. huh
Kenangan tahun 2012.
Kalau di kenang, banyak juga kepahitan dan ada juga kegembiraan. Pada thaun 2012 aku penah gagal setelah mendapat peluang kerja, ia sesuatu yang menghantui dan megecewakan. Beberapa kali gagal dalam interview membuatkan aku rasa macam fobia je nak pergi mana-mana interview. Terus terang sampai sekarang aku masih terasa dan sampai sekarang ia masih berbekas di dalam hati aku. Sekarang aku rasa kalau aku dapat peluang pergi interview, aku takut nak pergi, takut gagal! Tapi dalam hati masih ternanti-nanti untuk mendapat panggilan interview. Aku sedang cuba berlawan dengan perasaan sendiri. Ya Allah kuatkan lah hati aku.

Abaikan perkara perit yang lepas, harap tahun 2013 akan menjadi lebih baik, dan jangan lagi toleh ke belakang kerana di belakang akan menghalang untuk berjaya.

Semoga di permudahkan.

Tahun 2013.
Cuba untuk fikir masa depan yang baik. Nak belajar sesuatu yang berguna, nak belajar menjahit sampai cekap. Insyallah akan ku coba. haha. Bila dah reti nanti boleh le amik upah :) Boleh buat duit. Cita-cita masa sekolah dulu nak jadi ahli perniagaan. Sebenarnya kalau andai kata aku tak berjaya untuk masuk kerja di jabatan kerajaan, aku prefer untuk bekerja sendiri. Pengalamana kerja makan gaji tak seronok.
Harap aku akan temui apa yang aku nak cari.

-sekian-

Isnin, 29 Oktober 2012

Stress dengan kerja


Salam satu Malaysia. 
Hari isnin hari malas sedunia, haha... 
Sebab dah cuti dua tiga hari jadi hari isnin mood memang dah lari. 

Hari ni nak story, nak habaq mai kat blog ini yang aku sekarang sangat sedang STRESSS bekerja. Sampai ke tahap ni aku rasa tak suka dengan kerja aku sekarang. Dah bosan dengan kerja tu. Tapi inilah yang aku rasa sekarang.

Bertambah-tambah runsing kepala hotak bile berkerja dengan orang yang bermuka-muka. Depan boss lain, depan kita lain. Kerja pulak dah semakin bertambah sebab orang yang dah behenti kerja tak ada pengganti dan pekerja yang ada la kena makan kerja tu. Kerja pulak di tolak-tolak. Bila mintak tolong dengan kita, tanya itu ini, jadi baik je ropenye, bila kita bertanya pulak, anggap kita ni macam tak tahu buat kerja je sebab asyik bertanya. Cara orang atasan pulak suka kasi tekanan dan semua benda nak cepat dan  berulang kali bertanya, nak dekat sepuluh kali cakapnya dalam satu hari. Gaya aje nak melangsi. Macam nak stress dengan orang-orang sekeliling. 
Sabarlah wahai diri ku Lia, biar orang buat apa yang dia orang nak buat tapi tunggu la kesabaran aku habis limit. 

Beberapa bulan ni, kerja aku memang dah tak boleh berhenti, nak kata sales company naik & banyak order tak jugak, biasa-biasa aje. Sekarang apa yang aku rasa, hari-hari aku berdoa supaya aku akan keluar dari tempat itu dan mendapat tempat yang lebih baik. 

Silap jugak dulu aku dah dapat peluang lain, aku tolak sebab company offer aku gaji naik, so aku yang mata duitan ni menerima sebab nak gaji banyak. Tapi masa kata nak gaji naik dan offer aku ke jawatan lain tu, janji nye lain, dan sekarang jadinye lain. Maksudnya aku akan di tawarkan buat kerja yang lain dan kerja yang aku buat sekarang akan ada orang baru yang akan handle. Tapi sampai sekarang tak ada orang baru, alasan nya mereka tak mahu ambil orang. Mungkin inilah akibatnya aku tamak masa tu, aku tengok offer yang lebih banyak. Patutnya aku dah tahu style mereka tu macam mana. Memang dari dulu mereka tak pernah pegang janji, hanya cakap saja itu ini. 

Aku dah kerja kat situ hampir 4 tahun, inilah tahap stress yang rasa teruk sekali. Stress + menyampah + bosan + runsing =  nak lariiiiiii!!!
Memang hati dah tak ada.



p/s: Tolong!!! nak cari kerja lain.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Hati terpenjara

Dalam hati ada penjara, hati terpenjara.



Bila ada sesuatu dalam hati nak meluahkan tak tahu nak meluahkan kepada siapa. Takut bila nak meluahkan apa yang dirasa seperti mahu mencerita buruk orang, jadi terpaksalah simpan dulu rasa ini. Tapi sangat-sangat berharap ada orang sudi mendengar luahan terpendam ini dan akan memberi respond yang positif dan akan memberi pandangan yang baik. Tapi kalau diluahkan rasa ni, mungkin akan mendapat dosa dan mungkin akan di kritik. Mana tahu.
Apa nak buat, pendamkan saje la rasa ini. Maksudnye kena redha dan terima apa sahaja yang ada, kalau rasa tak suka dan gembira dengan semua itu, mungkin itu adalah yang terbaik daripada yang lain-lain. Maksudnya juga kena terima apa saja sikap dan tindak tanduk orang sekililing  yang berdekatan tanpa rungutan lagi. 
Tapi hakikatnya agak sukar diri nak menahan. Jiwa ini akan rasa sedih sangat sebab terpaksa telan kan saja dan terima saja semua ini. Hakikatnye sekarang hati ini tertekan dan sangat tak gembira, tapi siapa yang akan peduli tentang hati itu. Hati dah terpenjara.



Khamis, 6 September 2012

Bila akan jatuh cinta

Bila akan jatuh cinta lagi?



Jatuh cinta. Kalau mula-mula dulu kenal dengan perasaan ini wow betapa indahnya rasa itu. Seperti rasa macam mandi tak basah, tidur tak lena makan tak kenyang, apa pun tak boleh. Haha. Rasa yang indah, mungkin. Satu perasaan secara semula jadi yang terjadi dalam diri kita. Ia nya datang secara tiba-tiba dan bukan lah sesuatu yang kita minta.

Tapi kalau sekarang bila perasaan tu datang, ia suatu perasaan yang agak menakutkan. Ia bukan lagi perasaan yang seronok, tapi rasa itu adalah satu perasaan yang akan memberi bala kepada hati. Sebab apa begitu? Sebab perasaan kecewa akan datang selepas jatuh cinta.

Hati ini tiada hak, hanya bakal untuk dikecewakan? Tak pasti sekuat mana hati dan setebal mana rupanya yang selama ini terlalu banyak rasa kecewa dalam hidup yang terpaksa dirasai. Bila rasa jatuh cinta dengan seseorang, seakan seperti sudah tahu suatu hari nanti kekecewaan akan berlaku dengan apa sebab sekali pun.

Bila akan jatuh cinta lagi? Emm hati berkata teringin tapi perasaan berasa takut. Takut kecewa akan berulang. Bila akan jatuh cinta dan bahagia?

Sabtu, 1 September 2012

Hatiku sedang berkata


Susahnya nak terima hakikat. Pedihnya nak telan kebenaran. Tapi itulah hakikat yang aku ni belum lagi bernasib baik dan ada rezeki. Tak mampu rasanya nak tanggung kekecewaan atas kegagalan ini. Kegagalan yang terulang lagi. Apa lagi aku nak harapkan dengan hidup ini, entah kenapa aku rasa hidup ini tanpa tuju lagi. Apa yang aku inginkan seringkali gagal dan tidak tercapai. Lemah rasa dada ini nak menerima hakikat hidup ini. Walau apa pun aku hanya mampu fikir satu perkara ni “Mungkin apa yang kita suka tak baik untuk kita, dan mungkin apa yang kita tak suka akan baik untuk kita, hanya Allah sahaja Maha mengetahui”
Mungkin apa yang lebih baik sekarang dalam hidup ini jangan mengharapkan apa-apa. Apa saja yang akan berlaku kita berserah saja.

Macam-macam nak fikir negatif dalam kepala ni, tapi aku cuba nak fikir positif. Mungkin dalam hidup ni ada silap aku yang menyebabkan aku kena hadapi dan tanggung rasa kegagalan dalam hidup ni. Aku dah rasa malu dengan masyarakat, tapi muka ni kena la buat kering dan hadapi jugak apa pun.

Tapi sebenarnya aku semakin lama semakin letih. Letih nak menanggug hati yang sering kecewa. Aku dah hampir terbiasa dengan rasa ni, tapi hakikatnya aku berasa letih dengan rasa ini.

Aku tak sangka aku akan gagal lagi.Entah apa perlu buat dan fikirkan lagi.

Sekarang aku rasa nak bangun semula dan melupakan segala kegagalan yang pernah aku alami. Terlalu banyak benda yang aku inginkan dan impikan tetapi belum lagi menjadi realiti. Dalam hidup ini memang terlalu sukar untuk mendapatkan apa yang di impikan. Aku mahu putus asa aja dengan semua ini. Tak mahu apa-apa lagi pengharapan. Apa yang ada tu adale, kalau dah tak ade aku redha.

Tak mahu fikirkan lagi semua ini, lebih baik fikirkan bagaimana nak tenang kan jiwa dan senang kan hati. Hanya orang yang beriman dapat tenang jiwa dan senangkan hati sendiri. Lebih baik aku menuju ke arah itu dan melupakan segala kesedihan jiwa. Mungkin dengan Nya aku akan lebih tenang dan faham apa kehendaknya dalam kehidupan ini. Kehidupan ini telalu misteri bagi aku untuk aku fikirkan lebih dalam. Kerana aku sendiri tiada jawapannya dengan apa soalan hidup yang sering bermain di fikiran aku tentang hidup ini.

“Inilah hatiku sedang berkata”

Firman Allah SWT:

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat kerana Allah akan menolong orang-orang yang sabar.” - Surah al-Baqarah (2) : 153.

From:-
My heart

Khamis, 30 Ogos 2012

Lagu paling tak jemu nak dengar

Favorite Song Ever

Sangat suka dengar muzik! tapi tiada apa-apa kebolehan dalam bidang muzik. Aku cuma suka layan muzik yang sedap dengar di halwa telinga ni. Tak tahu nak kategorikan jenis muzik yang macam mana aku suka. Apa saja lagu yang sedap ke telinga aku maka aku akan suka la.

Tapi dalam banyak-banyak lagu ada satu lagu ni kalau aku dengar banyak kali tak boleh jemu punya, tak tahu la kenapa...haha..
Bile start dengar je lagu ni terus kepala aku terawang-awangan masuk ke dalam lagu ni tanpa aku sedari, huh dasat tul ;)

Dia punya melodi tu agak sedih, suara penyanyi tu tak ade la sedap sangat pun, suara suparno lagi. Tapi muzik dia boleh meresap dalam jiwa aku. Dalam phone aku, lagu ni la paling kerap di dengar tak boleh tanding dah dengan apa-apa lagu yang lain.

Ni la lagunya bertajuk: Sang-eo-reul Sa-rang-han In-eo (male version)

Lagu ni dari Korean drama bertajuk My Girl. Lagu ni memang sedih, dalam drama My Girl tu bila part sedih lagu ni akan keluar, time tu bile menonton sambil dengar lagu ni memang feeling habis jiwa ini, jiwa kacau sekejap. Lagu ni ada versi perempuan, tapi kurang sikit sedihnya, versi male lagi menangkap. Mungkin ini aku punye telinga la, kalau orang lain punye telinga mungkin tak sama apa yang aku rasa.

Inilah lagu yang paling aku tak jemu dengar sampai sekarang!



- end -

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...