Setiap kali tahun baru mesti kita akan bersemangat dengan azam tahun baru. Apa pulakk dah jadi dengan azam tahun lepas, adakah tercapai? Imbas kembali apa azam aku tahun lepas erk...
Azam 2012 (tahun lepas)
- Tahun ni nak cari duit banyak-banyak -----> (tak berapa nak tercapai... alhamdulillah rezeki ada)
- Nak mencuba sesuatu yang baru dan berfaedah, nak mencuba kalau tak pandai nak belajar, dah bosan kerja makan gaji dan buat benda yang sama setiap hari. ----->(Masih mencuba sampai sekarang, tapi masih belum berjaya)
- Harap juga untuk tahun 2012 akan dibukakan pintu hati untuk benda yang baik. Insyallah. -----> (alhamdulillah harap pintu hati ini akan terus terbuka)
- Nak tingkat amal ibadah yang selama ni dah leka, semoga semua urusan dipermudahkan. Insyallah. -----> (Alhamdulillah semakin banyak perubahan dan perlu lagi di tingkatkan)
- Nak Samsung Galaxy Tab 10.1 ----->(belum memiliki, hati pun dh berubah..haha..)
Azam 2013
- Nak dapat kerja yang lebih baik, dan keluar dari tempat itu dengan cara yang baik dan hati yang gembira.
- Nak kahwin (hehe..) walaupun tak ada apa-apa perancangan dan calon. (Harap tahun 2013, akan jumpe le.. haha...)
- Trip pergi Langkawi menjadi. Harap-harap dapat dan sempat untuk kumpul duit.
- Nak kurangkan tabiat berinternet (Serius ni agak susah, haha... tapi tak apa kita coba)
- Nak beli phone baru, android. (Mungkin dalam masa terdekat, tengah survey)
- Semoga di murahkan lagi rezeki dengan lebih banyak
- Ingin memantapkan lagi ilmu masak dan menjahit ke arah satu kerjaya. huh
Kenangan tahun 2012.
Kalau di kenang, banyak juga kepahitan dan ada juga kegembiraan. Pada thaun 2012 aku penah gagal setelah mendapat peluang kerja, ia sesuatu yang menghantui dan megecewakan. Beberapa kali gagal dalam interview membuatkan aku rasa macam fobia je nak pergi mana-mana interview. Terus terang sampai sekarang aku masih terasa dan sampai sekarang ia masih berbekas di dalam hati aku. Sekarang aku rasa kalau aku dapat peluang pergi interview, aku takut nak pergi, takut gagal! Tapi dalam hati masih ternanti-nanti untuk mendapat panggilan interview. Aku sedang cuba berlawan dengan perasaan sendiri. Ya Allah kuatkan lah hati aku.
Abaikan perkara perit yang lepas, harap tahun 2013 akan menjadi lebih baik, dan jangan lagi toleh ke belakang kerana di belakang akan menghalang untuk berjaya.
Semoga di permudahkan.
Tahun 2013.
Cuba untuk fikir masa depan yang baik. Nak belajar sesuatu yang berguna, nak belajar menjahit sampai cekap. Insyallah akan ku coba. haha. Bila dah reti nanti boleh le amik upah :) Boleh buat duit. Cita-cita masa sekolah dulu nak jadi ahli perniagaan. Sebenarnya kalau andai kata aku tak berjaya untuk masuk kerja di jabatan kerajaan, aku prefer untuk bekerja sendiri. Pengalamana kerja makan gaji tak seronok.
Harap aku akan temui apa yang aku nak cari.
-sekian-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan