Salam.
Alhamdulillah, nak berkongsi berita gembira yang aku harapkan selama ini. Pada hari jumaat 5/8/14 aku terima surat tawaran perlantikan jawatan tetap Pembantu Tadbir (Kewangan). Hari jumaat tu aku kerja tapi surat tu diterima di rumah, mak telefon bagitahu berita gembira tu, bila aku dengar je rasa macam tak percaya je, mungkin mak aku salah tengok kot. Sebab sebelum ni keputusan interview aku ialah simpanan. Boleh rujuk entry ni KEPUTUSAN SIMPANAN. Tengah hari aku balik rumah sebab nak tengok surat tawaran tu. Alhamdulillah syukur memang betul tu surat tawaran dari SPA. Perasaan gembira yang tak tergambar rasanya bila terima surat tawaran tu, rasa macam mimpi menjadi realiti. Hakikatnya dah bertahun aku menunggu mengharapkan akan mendapat peluang seperti itu. Itu sesuatu yang baik untuk aku.
Syukur. Kegagalan yang lalu yang pernah aku lalui, tak bererti gagal untuk selamanya. Tak sia-sia aku sentiasa berdoa setiap hari memohon daripada Nya.
Walapun dah dapat surat tawaran . Tapi tempat untuk melapor diri belum diberikan lagi. Jadi bermakna aku tak tahu bila dan di mana tempat akan aku berkhidmat. Dapat kat mana-mana pun tak apa la. Kalau boleh dapat yang dekat lagi bagus. Tak apa la tunggu jela surat untuk lapor diri pula nanti.
Di dalam surat tawaran tu dia dah minta suruh buat pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun, surat setuju terima perlantikan. Masa lapor diri nanti kena la bawak surat-surat ni. Semua tu dah settle dan sekarang tunggu surat lapor diri. Bila dah melapor diri, bermula lah aku sebagai penjawat awam yang rasmi. Insyallah.
Selepas mendapat surat tawaran, pada hari isnin 8/9/14, aku dah pun serah kan surat perletakan jawatan aku kat tempat aku bekerja sekarang. Sudah 5 tahun lebih aku bekerja kat situ. Di situla tempat aku mendapat rezeki dan di situlah aku belajar banyak perkara dan mengenal manusia. Pelbagai juga kenangan suka dan duka. Mungkin selepas ini akan banyak lagi perkara yang aku akan tempuhi.
Ada lagi 5 hari aku akan bekerja tempat kerja aku sekarang, aku akan selesaikan apa tugas yang patut dan hari isnin nanti dah ada orang baru masuk untuk menggantikan tempat aku. Setelah 5 tahun dekat situ dan bila mahu meninggalkan tempat itu, perasaan sedih tu ada la jugak. Tapi sebenarnya ada something yang aku akan rasa kehilangan nanti. Jeng jeng jeng.
![]() |
| Surat Tawaran |

- end -