Iklan

Thanks Followers!

Khamis, 28 April 2011

Join Contest Gambar Paling Cool

klik link di atas
(DAH DI TUTUP)
banner contest gambar paling cool
Nak join jugak, tak kire walau sape pun dia punye penganjur.. hehe.. Tak penah join contest, ni le petama kali join. Kalau menang ade dapat hadiah ooo... Ape ke hadiahnya masih dirahsiakan oleh pihak penganjur. Kalau boleh bio le hadiahnya percutian ke Eropah.. haha.. berangan je lebih. kui kui.. Mari join untuk suke-suke ;) Dah join pasti suke punye... ;)

Nak join klik sini

Gambar yang dipertaruhkan... jeng .. jeng.. jeng..

Rabu, 27 April 2011

Sebab apa jerawat tumbuh menjembikk-jembikk?



Jerawat! eeuw bencinye bila dah naik kat muka, menakutkan pun ada. Jerawat ni masalah kulit yang yang selalu merosak penampilan seseorang. Apakah faktor sebenar kewujudan jerawat di wajah atau mungkin juga di badan. Jom kita ketahui punca dan sebab kenapa jerawat tu muncul menjembik-jembik kat wajah kita yang dulunya bersih dan suci.

Tujuh sebab jerawat tumbuh yang perlu kita ketahui:-

Ahad, 17 April 2011

Watak - watak dalam Dragon Ballz


Dulu masa zaman sekolah, aku selalu layan cerita animasi Dragon Ballz yang ke udara pada hari sabtu dan ahad jam 9.30 pagi di TV2. Selalu kunci jam sebelum 9.30 sebab takut terlepas sebab bila cuti selalu tidur lewat. Sampai ada sekali tu , dah kunci jam dah bangu dan dah tercongok kat depan televisyen pukul 9.30 sambil terbaring, disebabkan ngantuk lalu aku tertidur, tapi tv pasang. Bila sedar balik tengok cerita dah abis... Adoooi...

Lama jugak aku follow cerita ni dari umur 15 tahun sampai umur 19 tahun baru la cerita dia habis. Tapi sayangnya masa cite tu last episod aku tak tengok. Adooiii..keciwanyaa....

Ni la karun kegemaran dulu masa zaman remaja dulu.. hehe. dari Goku kecik sampai la dia besar dan ada anak. Nak mengingatinya, jom imbas balik watak-watak popular dalam siri dragon ballz:-



Watak-watak utama dalam siri Dragon Ballz

SON GOKOU:Lebih dikenali dengan nama Gokou sahaja,inilah watak utama dalam semua siri Dragon Ball.Dibesarkan oleh datuknya(sebenarnya datuk angkat) iaitu Son Gohan di sebuah hutan yang terpencil.Nama sebenar Gokou ialah Kakaroct,berasal dari planet Vegeta dan berketurunan Saiya.Sebenarnya Goku dihantar ke bumi untuk memusnahkannya.Gokou dianggap sebagai seorang yang lemah dan oleh itu sesuai untuk memusnahkan bumi.Pada mulanya Gokou adalah seorang yang bengis,namun pada suatu hari dia telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada seketul batu.Detik itulah yang mengubah sifat Gokou menjadi seorang budak yang baik dan selalu membantu orang.Gokou pernah mati sekali ketika berlawan dengan Radietz tetapi dihidupkan semula dengan mutiara naga.

SON GOHAN:Inilah anak Gokou yang pertama hasil perkahwinan di antara Gokou dengan anak raja Gyamaou,Cici.Gohan pada mulanya bercita-cita untuk menjadi seorang pendeta,tetapi setelah kematian Gokou(di dalam perlawanan dengan abang Gokou;Radietz),Gohan diajar oleh Piccolo ilmu mempertahankan diri sebagai persiapan menunggu kedatangan dua orang lagi keturunan Gokou;Vegeta dan Nacpa yang akan datang ke bumi untuk memusnahkannya.Piccolo menyedari kekuatan terpendam Gohan dan mengajarnya cara-cara mengawal kekuatan tersebut.Lama-kelamaan Gohan sudah dapat memahirkannya dan bersama-sama membantu Gokou dan perwira-perwira Z(sahabat- sahabat Gokou) menentang kejahatan.

SON GOTEN:Son Goten adalah anak kedua Son Gokou dan adik Gohan.Goten tidak sempat melihat wajah Gokou sejak hari kelahirannya kerana Gokou telah mati dalam pertempuran dengan Cell.Goten dapat melihat wajah Gokou kali pertama ketika Gokou menyertai pertandingan kungfu antarabansa.Gokou telah diberi peluang untuk kembali sehari ke bumi dari alam barzakh.Goten muda setahun dari kawan karibnya,Trunks.Goten dan Trunks sejak kecil lagi hebat berlawan dan apa yang paling memeranjatkan Gokou,Vegeta dan Gohan ialah mereka berdua boleh berubah menjadi Super Saiyan pada umur yang begitu kecil.

Sabtu, 16 April 2011

Entri blog dikatakan tak menarik...? Sampah????


Salam, tadi baru jap ni, sedang aku berblog walking, aku terjumpe satu blog ni bercerita mengenai blog sampah. Ade ke blog sampah? Ape ke maknenye sampah tu? emm... Maknenye blog entri yang tak ade kualiti... erk... oooo... baru I tau. (!@#$%^&*)

Jumaat, 15 April 2011

Nak tengok Maharaja Lawak kena langgan Mustika





Minggu pertama & minggu ke 2 boleh syok2 tengok Maharaja Lawak kat Astro Prima. Untuk minggu ini hanya siapa yang ada melanggan Mustika aje boleh tengok kemeriahan kelawakan, kekecohan, kegelian perutan, kegilaan Maharaja Lawak. Haa sabo jele (kepada yang tak melanggan). Betol2 potong stim nak tengok Maharaja Lawak.

Tapi dulu kan masa Astro Mustika pertama kali diperkenalkan, masa tu lagi aku dah masuk itu pakej. Sebab pakej yang lain langsung tak amik macam HBO, ANIMAX, SPORT, National Geography. Hapah pon tarak. Mahal le nak amik sume tu. Tapi tak sangka pakej Mustika ni best jugak. Boleh tengok Maharaja Lawak sampai abis episod... huhu.. (eksyen plak post aku ni...)--- sorry!

Tak pe kalau takde langgan mustika, esoknye boleh tengok kat YouTube, mesti ade je yang pantes mengupload vidoe nya. (Sabo jele kepada Astro).

 -SEKIAN-

Ahad, 10 April 2011

usopbook - Usop wilcha punya laman sosial


Dasyat tol penangan si Usop Wilcha ni yang berlakun cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dan semenjak dia muncul kat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 minggu lepas, kebanyakkan blog sume dok cita pasal dia.

Tetiba tadi aku terjumpa picture di atas ni, bayangkan Usop Wilcha ada laman sosial macam facebook, itu le ropenya. haha.. Kelako kelako...

-KITA BAKOR-

Bagaimana proses telur tiruan?

Ada dengar tak sekarang ni isu telur tiruan? Pelik kan telur pun boleh tiruan. Surat khabar Kosmo telah mendedahkan cerita telur ayam tiruan di pasaran membuatkan rakyat Malaysia menjadi berhati-hati nak membeli telur. Sebab telur tiruan ni mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang terdiri dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon. Di mana kesan daripada memakan telur ayam tiruan dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

Video di bawah ni adalah macam mana proses telur ayam tiruan ini dibuat sehingga mengerupai telur asli. Proses video ini dilakukan di negara China. Orang negara China ni memang dasyat meniru barang asli menjadi satu barang tiruan sehingga sukar membezakan sama ada asli atau paslu. Yang heran telur pun boleh buat tiruan...






Sabtu, 2 April 2011

Jambu paling klako


Punye hari tu tak sabar sangat rasa nk tengok Maharaja Lawak Astro, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari jumaat lepas bermulalah Maharaja Lawak. Tapi tibe2 baru tgh syok nk tgk Maharaja Lawak, eem tetiba ada gangguan plak.. adoi.. tp bukan gangguan tv, adela gangguan lain.. emm serios hampee siot, dari kol 8.30 dah terpacak kat tv.. Jadinya keesokan harinya tengok ajela siaran ulangan.

Maharaja Lawak minggu kedua Jumaat depan di Astro Warna dan Astro Prima. Selepas minggu kedua, hanya Astro Warna akan menayangkan Maharaja Lawak. Jadi kena lah langgan Astro Mustika untuk dapat siaran Astro Warna. (naseb bek kat umah ade masuk pakej tu...huhu..)

Jom layan video lawak dari kumpulan Jambu, yang aku rasa mereka la yang paling lawak malam tu.. Serios nak pecah perot gelak...haha..



Jozan
Kesian mendapat kritikan hebat dari Mamat Khalid, mereka ni dah pro tapi buat lawak macam biase dia orang buat kat mane2 show.


Sepah
Boleh tahan, lebih baik dari Jozan.


XN3
Boleh tahan, ada jgk rasa nak gelak



Jihan
Biase2 aje...

Amir
Dia selalu cakap tak lancar. Kureng la dia...


Balas
Lawak di anggap terbaik, tapi suka buat lawak double meaning. "karipap" la, "pau" la... cet.. tapi tang tu pun orang dok suka depaa...

R2 & Man
Mereka ok, lagi pon masih fresh kuar dari Raja Lawak 5, idea pon fresh jgk...

Nabil
Tak sangka lawak masih seperti dulu.Good job... (salah tanggapan pada mulenye.. dia tak membosankan)

Alex
Asyik buat lawak pasal badannye.. Tapi suke tgk cara dia cakap... Sabah baa..

Wai
Teruk la sebab condemn member sendiri sebab lupa. Takde kerjasama.

Jambu
Paling lawak. aku suke.. hehe...Muke si Yus & Taukeh tu muke lawak...


This is my opinion, pendapat orang mesti lain2. Cume nak share pendapat je, bukan nak jadi juri pon.. hehe..

-SEKIAN-

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...