Iklan

Thanks Followers!

Sabtu, 25 Jun 2011

Keputusan Maharaja Lawak 2011

Malam semalam, Jumaat 24 June 2011 berlangsung Maharaja Lawak akhir. Selama 13 minggu, maka terjawablah siapakah pemenang-pemenangnya. 



Hadiah-hadiah:
Pertama: Wang tunai (RM350,000) + trofi
Kedua: Wang tunai (RM250,000) + trofi
Ketiga: Wang tunai (RM150,000) + trofi
Keempat: Wang tunai (RM 50,000) + trofi


Pemenang-pemenang
Juara: Sepah
Muke sebelum di umumkan Juara. Cameraman macam dah tau je Sepah yang menang sebab time ni dah fokus kat muke mereka.
 
Muke terkejut lepas name Sepah diumumkan Juara.


Lepas pegang tahta Juara, muke bangga ;)
Tahniah Sepah, mereka sememangnye layak sebab tiap-tiap minggu lawak maintain dan terbaik.

Naib Juara: Jozan


Babak: Hang Tuah dan pencuri... ;)
Mesti ramai yang sangka mereka Juara kan, sebab peminat dia orang ramai sangat. Tapi lawak Jozan ada turun naik. Tapi mereka ni memang kelaka terutamanya si Johan. Terbaik ....


Ketiga: Nabil



Nabil, satu-satunya peserta solo. Lu best Bro... Dia memang banyak idea tapi kadang-kadang kering idea jugak bila lawak nya tiru lawak Jim Carrey. hehe.. Malam final tu aku suke bila patung spider-man yang selalu di usung tu sebenarnya orang kat dalam, memang tak di jangka. Superb!


Keempat: Jambu

Part comedy muzikal, Tauke cakap "Jangan rembat towel", Yus cakap "ehhh taakkk.." 
Macam penah rembat je. hahha.. kelako...


Jambu hanya dapat tempat keempat. Sebagai peminat Jambu, huhuu saya berasa sedeh skit. Bagi aku Jambu the best. Mungkin faktor kekalahan mereka sebab banyak sangat minggu mereka dah kering idea... hehe.. Masa pertengahan minggu Jambu naik, tapi bila nak last2 week lawak mereka dah kureng. Orang pun banyak dok hentam jugak, bile naik sume dok puji. Ape pun masa malam final, jambu best oke. ;)

-Best brooo-

Ahad, 19 Jun 2011

Maharaja Lawak The Finalis

Malam jumaat lalu telah mengumumkan 4 peserta layak ke final Maharaja Lawak 2011:


1. Sepah
2. Jozan
3. Nabil
4. Jambu


Mungkin seperti yang dijangkakan. Kumpulan Jambu diberi peluang kedua apabila nama mereka sepatutnya disingkirkan pada minggu ke 12 begitu juga dengan kumpulan R2. Tapi juri telah menggunakan imuniti untuk menyelamatkan Jambu dari terus tersingkir. Naseb baik.. kate ko.. Jambu memang best tapi sejak beberapa minggu lawak mereka dah kureng tak tau le nape. Harap final nanti sila la beri yang terbaik punyoo... Korang tu banyak penyokong tegar oke.


Sebelum menjelang final Maharaja Lawak pada 24 June 2011. Just nak share mana persembahan antara peserta yang paling terbaik dan terkelako dari minggu pertama hingga ke 12.


SEPAH
 Persembahan Sepah yang terbaik dari ladang. Mereka mendapat sorakan hebat dari penonton JB.
Jep Sepah lawak bila dia "haahh sempuutt..."

JOZAN
Persembahan terbaik dan terlawak Jozan ialah pada minggu ke 11 task pertama.
Adegan Zambre Rockers menonton TV baru, dalam TV tu ade si Johan. Memang kelako tak terkata. Hebat.. Superb. ;)


NABIL
Persembahan terbaik Nabil aku rasa di minggu muzikal. 
Dia punye persembahan ni nampak idea nya sangat kreatif dan sangat menghiburkan. I like this one.

JAMBU



Persembahan terbaik Jambu aku suka part dari minggu ni.Walaupun mengunakan bahasa tak faham tapi penonton boleh enjoy. Pelawak jemputan Acong sangat membantu persembahan Jambu.
Sampi juri pun tak terkata. ;)

- SAPAKAH JUARA? SAMA-SAMA KITA TUNGGU-

Selasa, 14 Jun 2011

Ayat ku telah di ciplak?


Hari ni terkejut tengok ada satu fan page dekat Facebook, dia copy paste ayat dari blog ni yang bertajuk Dulu aku pelat "R". Aku pun... Haaaa??? Blog tak femes aku ni pun ade boleh ade orang copy paste ambik ayat. Ni ayat yang dia letak:-

PERTAMA
"Mesti ramai kan yang sebenarnya gagal nak sebut huruf "R". Ha ce sebut ce sebut...  Kenapa ye tak boleh nak sebut huruf R, susah sangat le. Tak boleh sebut perkataan yang ada huruf R sebenarnya bukan sebab yang semua jadi tak boleh sebut. Ada yang cakap bila dah besar lagi la tak boleh nak ubah, takkan boleh nak sebut huruf R sampai bile-bila sebab lidah dah keras."

sama le

KEDUA
"Kepada anda yang pelat R, jangan la rasa terlalu rendah diri, sebab lisa Surihani yang cun tu pun pelat R tapi dia relek je kan. petua saya, cuba anda letakkan hujung lidah anda di lelangit yang hampir skit di gigi atas, dan cuba vibrate kan lidah tu, Cuba la.. Insyallah boleh punye. Sebab aku pun dulu pelat R."

Eh sama daa....

KETIGA
"lisa Surihani pun pelat R kan, tapi dia buat tak reti je bile orang kutuk atau komplain. Mula tak perasan, aku start perasan bila aku tengok cite lagenda Budak Setan. ooo rupanya lisa pelat R. Bila dia menjadi pengacara Mari Menari, memang terserah la sangat sangat pelat R nya.. Orang cantik pun leh pelat R. Sebenarnya berterima kasih kepada lisa kerana membuatkan orang pelat R ni untuk lebih yakin diri. hehe.."

haa sama....

Fan page tu sebenarnya untuk komuniti bagi orang yang pelat R. Bagus jugak page ni boleh sama-sama kongsi macam mana nak sebur huruf R dengan berjayanya. Aku tak marah langsung pun admin page ni copy paste ayat dari blog aku. Sebab aku tau blog aku tak femes pun. Bila terbaca ayat tu aku nak tergelak.. Sungguh... aku rasa cam kelakar... SEBAB BLOG AKU TAK FEMES.



Nota kaki: 
Aku pun ade gak copy paste dari blog orang lain dan share kat blog ni.  Tapi dari blog tu mesti dia pun copy cerita tu dari orang lain gak kan.. hehe agaknye le... Tapi kite copy sekadar nak share bende yang menarik jadi tak salah kan. Apehal nak marah??



-sudah-

Khamis, 9 Jun 2011

Menerima Kau Pergi

Sedih je dengar lagu ni tapi aku sangat suka lagu dan liriknya yang dinyanyikan oleh Irwansyah dan Acha. Mereka dulu pun pacaran.Setiap lirik detik lagu dan liriknya sangat bererti bagi aku, mengingat kembali saat jiwaku parah (tapi dulu la...) Now im ok ;) heeee...

Jom layan video ini dan di bawah lirik lagunya, sambil dengar nyanyi ikut sama macam karaoke (konon-konon)





Acha & Irwansyah - Menerima Kau Pergi (OST Andai Ku Tahu)
ku punya rasa tak terungkapkan
hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
berat menerima kau pergi
tanpa alasan juga kau buat aku.. bertanya...

beribu senandung yang ku nyanyikan
pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
kata termanis hanya untuk dia kekasih sepanjang hidup
ku masih merindukannya.. haa aa...

apakah ku amat berarti di mata engkau
telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri...

beribu senandung yang ku nyanyikan
pelipur lara basuhkan dahaga sukaku
kata termanis hanya untuk kekasihku
ku masih merindukannya.. haa aa...

apakah ku amat berarti di mata engkau
telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri...

namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, ku sendiri...

-Soley-Soley-

Karangan : Terima kasih Datuk

Karangan budak Sabah ni aku dah lama jumpa kat internet, saja nak kongsi dalam blog ni sebab bila boring boleh baca sebab karangan dia kelakar sangat. Budak-budak buat karangan dia punya imaginasi dasyat wooo.. haha... Teringat balik karangan aku dulu masa sekolah rendah pun mengarut jugak. Hehhe.. Ape pun jom layan karangan budak Sabah ini, bersiri dari part 1 hingga part 4, yang semakin lama semakin mengarut dah melarat, ceritanya dah macam bersambung-sambung dari karangan sebelumnya.










-TERHIBUR-

Rabu, 8 Jun 2011

Kisah Sung Bong Choi - mampu mengalirkan air mata




Wah sedey pulak tengok video ni.  Hidupnya merempat dan tak ade tempat mengadu. Betapa bertuahnya hidup ini sebenarnya jika nak di bandingkan dengan naseb Sung Bong Choi ni. Bila di tanya tentang keluarganya, dia cakap dari umur 3 tahun dia tinggal di rumah anak yatim, pada umur 5 tahun dia melarikan diri dari rumah anak yatim kerana di pukul, semenjak tu dia tinggal seorang diri dan merempat. Tak boleh bayangkan kalau hidup seorang diri di dunia ini. Tetapi kehebatan suaranya mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata. Hebat, air mata ku ini pun dah rasa bergenang. Video ini adalah Korean's Got Talent sebuah rancangan hiburan daripada negara Korea. Macam Malaysia Idol la jugak kan, tapi kat Malaysia tak ade lagi rancangan macam ni, kalau ade best jugak kan. Tapi apakah naseb Sung Bong Choi selepas menyertai rancangan ni, sebenarnya aku pun tak tahu, harap-harap ia dapat mengubah kehidupannya agar lebih baik.
Bukan semua orang dalam dunia ini di lahirkan bertuah, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan.

-ah sebak-

Sabtu, 4 Jun 2011

CONTEST FRIENDS FOREVER - close

Seronok join contest. Menang atau kalah belakang cerita, kalau ade rezeki adele yek.. hehe.. Contest kali ni Contest friends forever. Nak join klik sini untuk join



Saya telah siap sedia untuk mempertaruhkan gambar ini:-

-
-
-
-
-
yeehaaa..!!!
Wawa, Lia & Ija
  Ini adalah gambar kenangan saya dan kawan-kawan baik ku semasa kami pergi Pangkor. Seronok oo.. sangat enjoy. Ini lah saat yang tak boleh di lupakan sepanjang hayat, hanya gambar jadi kenangan. Gambar ni sebenarnya memang aksi spontan, tak sempat nak cover apa yang patot, time ni orang yang dok tengah tu rasa nak jatuh je sebab tak de tempat berpaut, paut mana dan (sempat) aje... Sambil tu tergelak-gelak tak boleh nak berhenti. 
Kita akan jadi friends forever walaupun sekarang kita jarang berjumpa dan berjauhan. 
Rindu korang ;(

 Saya tag:

Saya suka dan nak menang baju INI....Tajaan DropletHouse
 Sweet je baju ni. I like ;)


Tarikh Tutup: 19 Jun 2011 (Ahad), 11.59 malam. 


-wink wink-

Jumaat, 3 Jun 2011

Kematian Michael Jackson satu konspirasi?

Sedang ber"blogwalking", tibe2 aku terjumpe satu entri yang menarik untuk di kongsi bersama iaitu kisah tentang kematian Michael Jackson adalah satu konspirasi apabila Michael Jackson telah memeluk Islam sebelum dia meninggal dunia. Adakah dia seorang Islam sebelum dia meninggal dunia? Adakah dia dikebumikan secara Islam? Seperti di lihat di TV dia kebumi secara Kristian. Jom baca entri kat bawah yang aku dapat dari sini

Michael Jackson
Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Betul ke...??

Khamis, 2 Jun 2011

Mr iZzo 1st GiveAway free T-Shirt

Mr iZzo 1st GiveAway (close)


 
Hadiah: T-Shirt
Tarikh tutup: Tak tau (hehe)

Suka aku join contest. Gambar kat atas ni adalah header empunye blog. Nampak simple and sempoi je. 
Tapi saya rasa akan nampak lebih kemas kalau buat 2 column. Kalau letak 3 column pun oke, tapi kalau boleh biar post entry di bahagian tengah dan juga resize gadget mana yang patut yang nampak agak terlebih ruang.
Ini komen ikhlas saya.


cara nk join :
Klik sini
1) buat satu entri baru
2) letak header Mr iZzo (gambar atas tu) sebagai tanda kenalan..(^^,)
3) tulis tajuk " Mr iZzo 1st GiveAway free T-Shirt"
4) komen skit blog Mr iZzo ni..(komen yg membina ei)hehe
untuk sy baiki apa yg kurang..
5) dah siap nanti tinggalkan link anda di ruang komen..
tu jer..senang jer kan..
-wink wink-

Rabu, 1 Jun 2011

Kurus itu cantik?

 
Bentuk badan yang slim, kurus memang menjadi idaman para wanita mahu pun lelaki. Ramai orang berlumba-lumba untuk menguruskan badan walaupun badannya tak gemuk sangat. Ramai yang mengambil langkah kurang bijak dengan diet secara tak sihat. Teringat kawan masa di Khidmat Negara, badan dia ni cubby skit, tak la terlalu gemuk tapi dia selalu tak nak makan walaupun di Khidmat Negara tu bagi makan 6 kali sehari. Dia lebih rela makan cekedis dan megi sebab nak kurus. Makanan ringan..?? makanan yang tak sihat. Nak nasihat kan pun macam tak masuk aje, jadi  biar saja. Di sebabkan orang menganggap kurus itu cantik, jadi semua gigih nak kuruskan badan.


Orang nak kuruskan badan ni sebabnya ialah:
- Senang nak pakai baju apa saiz pun bole, senang nak pilih baju.
- Malu la perut menggelebeh.(kalau malu tutup aurat)
- Susah nak berjalan, peha pun berselisih (yang ini kesian)
- Kalau kurus nampak lebih cantik (ada betul)
- Kurus senang nak berlari, kurang letih.
- Kurus kurang dapat penyakit


Tapi kalau kurus sangat, lawa ke..? tengok macam ni:-





It scary right?
Tak nak la macam ni. Aku belum pernah kategori macam ni lagi. Ohh Titak. Dulu aku ingat aku ni  tahap yang kurus sangat, rupenye ade lagi kurus gila-gilaan macam ni.

Tapi aku respect orang yang berjaya turunkan berat badan secara mendadak. Walaupun aku tak tahu bagaimana cara sebenar mereka ini berjaya kuruskan badan, aku sememangnya tak boleh imagine ape amalan pemakanan dia orang sehingga jadi kurus. Biasanya yang aku dengar kalau nak kurus cepat jangan makan nasi. Betoi ke? Dua hari aku tak makan nasi dah lapo nasi dah mengelupor (kate orang perak). Macam mana ye kalau tak makan nasi dalam tempoh berbulan-bulan. Lama-lama aku boleh faham la skit-skit, sebenarnya ia agak menyiksakan dan perlukan tahap kecekalan dan kesabaran yang tinggi. Itu yang gua respect tu, sebab bukan semua orang mampu.

Kita tengok contoh Aizat Amdan (AF), dulu masa di AF bukan main besarnya badan dia, tapi.....

Dulu

Sekarang... ha hambik kurus gilerrr....

Berbeza sangat kan dulu dan sekarang. Dulu gemuk tak sapa nak pandang, biladah kurus saham tinggi ooo.. ;)
Kurus ke gemuk ke yang penting sihat, dan jangan lakukan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan. 
Amalankan cara hidup yang sihat.

-SIHAT-

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...