Wah sedey pulak tengok video ni. Hidupnya merempat dan tak ade tempat mengadu. Betapa bertuahnya hidup ini sebenarnya jika nak di bandingkan dengan naseb Sung Bong Choi ni. Bila di tanya tentang keluarganya, dia cakap dari umur 3 tahun dia tinggal di rumah anak yatim, pada umur 5 tahun dia melarikan diri dari rumah anak yatim kerana di pukul, semenjak tu dia tinggal seorang diri dan merempat. Tak boleh bayangkan kalau hidup seorang diri di dunia ini. Tetapi kehebatan suaranya mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata. Hebat, air mata ku ini pun dah rasa bergenang. Video ini adalah Korean's Got Talent sebuah rancangan hiburan daripada negara Korea. Macam Malaysia Idol la jugak kan, tapi kat Malaysia tak ade lagi rancangan macam ni, kalau ade best jugak kan. Tapi apakah naseb Sung Bong Choi selepas menyertai rancangan ni, sebenarnya aku pun tak tahu, harap-harap ia dapat mengubah kehidupannya agar lebih baik.
Bukan semua orang dalam dunia ini di lahirkan bertuah, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan.
-ah sebak-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan