Iklan

Thanks Followers!

Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan

Ahad, 17 Ogos 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP


GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP


Salam

Saya join Giveway ni sebab nak menang hadiah.. mana la tahu mungkin penyertaan saya ni akan terpilih... :)
Kalau tak terpilih tak apa, boleh berkenal-kenalan dengan bloger-bloger yang ada.

Siapa nak join boleh klik ke link ini giveaway-merdeka-penang-mari-baq-ang

Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Korang mungkin salah seorang darinya. Mari mari join kalau sudi.

Ahad, 3 Ogos 2014

GiveAway 'Saya nak menang baju'

Saya join untuk GA ini :-



SYARAT-SYARAT :

1.Follow blog INI dan like page NI JUGAK
2.Klik link di bawah dan tunggu sampai habis loading..

                     IKLAN SATU       IKLAN DUA     IKLAN TIGA   IKLAN EMPAT

3.Buat 1 entry,letak tajuk ''GiveAway 'Saya nak menang baju',tempek banner dan linkkan ke sini.
4.Letak link entry korang di komen post ini sahaja.

HADIAH :



                                 Mencari SEORANG PEMENANG..menggunakan random.org..

- Sekian - 

Ahad, 2 Februari 2014

Segmen "Saya Nak Tudung Bawal Roses"

Salam. Dah lama rasanya tak join apa-apa segmen di blog. Tiba-tiba ternampak satu segmen yang  menarik jugak nak join, hadiah dia pun menarik. Dengan ini saya berbesar hati nak join adik Nabila ni punya segmen. Hari ni hari last day.Siapa nak join cepat-cepat :)



Segmen ni berlangsung pada hari ini 31/1(Jumaat) hingga 2/2 (Ahad) dan pada hari Isnin ni akan diumumkan pemenang!!

HADIAH
1) 5 Top reffral : Akan mendapat sehelai tudung bawal roses Airis dan sehelai tudung bawal plain.
2) 5 Random: Akan mendapat sehelai tudung bawal roses Creamy.

DoneFollow : Nabila Biela dan Cik Lyeen
Done share di FB : https://www.facebook.com/nzl.lia

- Sekian -

Isnin, 7 November 2011

Segmen : Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan - CLOSE

Saya pilih doodle ni sebab dia pakai baju kaler purple ;)


Agak segan nak join segmen ni mule2, tapi macam menarik je nak senarai ciri-ciri lelaki idaman ku. Tak pernah lagi sebelum ni ada senarai ciri-ciri lelaki idaman. Agak susah nak definasikan, sebab susah nak dijelaskan kenapa lelaki itu sungguh menjadi lelaki idaman ;)

Saya nekad saya join:-


Nak join klik sini -------> fizgraphic



Ciri-ciri Lelaki Idaman:-


1. Beriman
    Ini yang paling penting. Lelaki yang macam ni boleh mendorong dan membimbing aku ke syurga Nya, Insyallah.

2. Tahu menghormati orang lain.
    Tak kira orang tua atau muda, dia mesti tahu cakap dengan baik dan menghormati orang lain dan juga menghormati perasaan orang.

3. Seorang yang  cool
    Cool bermaksud, dalam apa situasi dia tak mudah melatah, menuduh dan naik marah dengan cepat. Aku paling suka lelaki yang sangat cool.

4. Keluarga yang besar.
    Sebab aku tak mempunyai ramai adik-beradik, kalau boleh aku nak tumpang kemeriahan keluarga nya besar.

5.Tinggi
   Saya suka yang tinggi, Tinggi budi pekerti, tinggi kesopanan. Kalau boleh yang  semua lah tinggi. Disebabkan aku pendek jadi aku suka lelaki tinggi.

6. Kurang bercakap
    Tak suka yang banyak cakap, tapi tahu bercakap mana yang perlu sahaja dengan bijak. Tak mau yang pendiam tapi nampak dungu (hehe...)

7. Wajah Chinese look
    Alahai comelnya kalau mukanya Chinese look. Mungkin sebab aku suke tengok Korean & Japanese drama, jadi aku dah tertarik dengan lelaki muka yang ala pelakun Korean & Japanese ni ;P

8. Romantik
    Aku seorang yang tak romantik, jadi aku nak seorang yang romantik dari dalaman yang tak terlalu menonjol, dia seharusnya tahu macam mana nak cairkan hati aku dengan caranya tersendiri.  (ewah...)

9. Pemurah
    Tak kedekut, semua ciri kat atas ni tak guna kalau dia kedekut. hehe.. Mestilah murah hati, murah dengan senyuman, murah nak bagi pertolongan, pendek kata dalam semua hal dia tak berkira, Tapi haruslah berjaga-jaga jangan sampai di ambil kesempatan.

10. Berharta

      Ini memang idaman ni, bukan sebab mata duitan tapi hakikatnya semua orang nak hidup senang dan terjamin kan. Berharta bukan setakat ada basikal je, sekurang-kurangnya dia pandai nak cari duit dan fikirkan masa depan dan kumpul harta.

*** Complete 10 ciri-ciri lelaki idaman. (Jenuh fikir..hehe)

P/s: Bukan lah terlalu memilih ikut ciri-ciri ni, tapi berangan-rangan tu perlu, nak dapat belum lah tentu, kalau dapat untong la ~~ Kalau tak dapat ikut semua ciri-ciri ini, dapat ikut skit pun jadi la ~ Terima apa adanya.



-done-

Sabtu, 1 Oktober 2011

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...