Iklan

Thanks Followers!

Khamis, 18 Ogos 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun ..... (muhasabah diri)



Innalillahiwainnailaihirojiun seorang kenalan saya masa sekolah dulu yang telah pun meninggal dunia  semalam akibat kemalangan. Saya tahu pun daripada kawan-kawan yang maklumkan di facebook. Bila dapat tahu je berita tu agak memeranjatkan, tak sangka, cepat nya dalam usia yang muda dia telah pergi. Membuatkan aku terdiam seketika dan berfikir. Kematian memang menginsafkan. Ia membuatkan aku supaya berfikir dan sedar bila-bila masa sahaja tuhan akan tarik nyawa kita. Tak ada siapa dalam dunia ni tahu bila kita akan mati. Mungkin esok, lusa atau sepuluh tahun lagi. 

Kalau kita tahu bila tarikh kita mati pasti bakal arwah semua berlumba-lumba nak bertaubat dan yang masih rasa umurnya panjang terus melakukan dosa dan larangan Nya, suruhan Nya pula akan terus di abaikan sehingga di rasakan mati itu akan tiba esok.

Anggaplah yang kita akan mati esok, dan berkemungkinan kita akan mati tak lama lagi. Takutnya. terasa diri ni tak layak ke syurga Mu kerana terlalu banyak berdosa.

DOA TAUBAT

إلهى لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم

 Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Ssesungguhnya Engkaulah pengampun
Dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar.

- end -

Tiada ulasan:

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...