Hari ini dah 10 hari kita berpuasa, tahniah di ucapkan kepada yang tak tinggalkan lagi puasa setakat ini. Begitu juga saya.. hehe.. Tapi hari ni tak tahu kenapa perut sakit macam memulas pun ada senak pun ada. pening-pening rasa nak muntah. Entah apa kena tiba-tiba aje, nak buat kerja pun dah tak fokus, asyik menahan sakit perut aja. Tak boleh jadi ni, rasa nak balik, nak rehat kat rumah.Yes! Nekad... Aku nak balik!
Tapi sebelum balik kene pergi klinik dulu, sebab kalau tak dapat MC, gaji ku kena tolak. Dah le gaji berapa sangat je lagi mau tolak kaa...? Harus lah pergi klinik dan dapatkan MC jugak, belanja perubatan pulak boleh claim maaa... heh heh..
Aku pilih untuk pergi klinik yang berdekatan, tak nak pergi klinik panel sebab jauh dari rumah, orang nak dekat dengan rumah sebab senang nak balik cepat sikit nak sampai rumah, tak gitu? hehe..
Tapi yang menghairankan bila dah sampai kat klinik perut dah tak sakit, adoi macam mana ni? Nak cakap sakit macam mana kat doktor. Ermm ingat nak cakap sakit perut cirit birit la, emm tapi dah macam menipu je dah le bulan puasa, kurang pulak pahala puasa ku nanti. aisshh.. Ahhh nekad la aku cakap aje tadi pagi sakit perut senak-senak (haa ni yang beno nye..) Doktor tu tanya macam-macam, itu la ini la. Nasib baik tak menipu kalau tak jawapan aku dah jadi tak logik aje. (boleh kantoi..)
Setelah check dan tanya macam-macam, doktor tu mengesyaki aku kena GASTRIK. Hadoi hambik kau biar betik! Macam mana gaya boleh kena ni?
Meh aku nak share sikit bagaimana aku boleh dapat GASTRIK ni, Doktor tu cakap sebab perut kosong dan juga sebab tekanan, apabila perut kosong bertambah pula dengan tekanan, badan kita akan mudah mengeluarkan asid, tu yang rasa sakit senak je perut. Selain tu rasa nak muntah dan juga pening. Doktor pun dah bagi ubat dan nasihat macam-macam, ini tak boleh makan itu tak boleh makan. Haa hambekk kau lagii...
Bila dah balik rumah, aku rasa macam dah tak sakit je perut, mungkin dekat rumah dah tak ada tekanan. Lebih baik berehat dan tidur, tu yang sepatutnya.
Mungkin sakit ni tak teruk sangat dan bukan selalu aku rasa sakit macam ini. Takut aku ada gastrik ni, sebab takut rasa sakit tu akan berulang dan rasa sakitnya sangat lah tak selesa.
- MC -

Tiada ulasan:
Catat Ulasan