Iklan

Thanks Followers!

Khamis, 30 Ogos 2012

Lagu paling tak jemu nak dengar

Favorite Song Ever

Sangat suka dengar muzik! tapi tiada apa-apa kebolehan dalam bidang muzik. Aku cuma suka layan muzik yang sedap dengar di halwa telinga ni. Tak tahu nak kategorikan jenis muzik yang macam mana aku suka. Apa saja lagu yang sedap ke telinga aku maka aku akan suka la.

Tapi dalam banyak-banyak lagu ada satu lagu ni kalau aku dengar banyak kali tak boleh jemu punya, tak tahu la kenapa...haha..
Bile start dengar je lagu ni terus kepala aku terawang-awangan masuk ke dalam lagu ni tanpa aku sedari, huh dasat tul ;)

Dia punya melodi tu agak sedih, suara penyanyi tu tak ade la sedap sangat pun, suara suparno lagi. Tapi muzik dia boleh meresap dalam jiwa aku. Dalam phone aku, lagu ni la paling kerap di dengar tak boleh tanding dah dengan apa-apa lagu yang lain.

Ni la lagunya bertajuk: Sang-eo-reul Sa-rang-han In-eo (male version)

Lagu ni dari Korean drama bertajuk My Girl. Lagu ni memang sedih, dalam drama My Girl tu bila part sedih lagu ni akan keluar, time tu bile menonton sambil dengar lagu ni memang feeling habis jiwa ini, jiwa kacau sekejap. Lagu ni ada versi perempuan, tapi kurang sikit sedihnya, versi male lagi menangkap. Mungkin ini aku punye telinga la, kalau orang lain punye telinga mungkin tak sama apa yang aku rasa.

Inilah lagu yang paling aku tak jemu dengar sampai sekarang!



- end -

Super simple - Koleksi Jahitan Manik

Ni baju raya tahun ni

Setelah mempelajari kursus jahitan manik, apa lagi praktikkan pulak apa yang dipelajari tu kat baju sendiri untuk baju raya tahun ini.

Sebelum ni memang aku pernah jahit manik sendiri, hanya belajar jahit manik ikut dalam buku, teknik sebenar dan asas memang tak ade. Aku belajar sendiri dan pandai-pandai sendiri. Tak susah pun jahit manik ni, cuma memerlukan kesabaran untuk siapkannya, kerjanya agak remeh. Tapi bila dah buat hasilnya rasa seronok dan puas hati dengan hasil sendiri dan rasa macam nak buat lagi. Tahap kerajinan juga perlu. Kalau tengah mood tak rajin apa pun tak boleh. Huhu..

Pernah jugak aku ambik upah jahit manik, tapi aku dah pesan kat orang, aku cume reti jahit manik yang simple je, yang sarat-sarat aku tak berepa kreatif dan belum penah lagi buat. Teringin nak buat manik yang banyak-banyak yang penuh dari tengkok sampai ke perot. Tapi skill tu tak berapa nak ade.

Ambik upah pun dari orang yang kenal dan tak banyak cerewet je. ;D
Kalau orang lai tak berani kot.

Kat sini ade beberapa gambar jahitan manik yang penah aku buat.

Ni pun baju raya tahun ni

Masa mula-mula buat dulu, guna manik murah yang tak berkilat





Simple


Baju pakai masa konvo Politeknik 2009

Baju sendiri



- end -

Selasa, 7 Ogos 2012

Lirik Lagu: Wujud – Roman ft Mira Tilu & Amylea

OST 7 Ramadhan : Lirik Lagu - Wujud – Roman ft Mira Tilu & Amylea


 


Kau terasing
Di jiwaku bermimpi
Setiap nadiku
Kau wujud selalu
Kau syurga
Seindahnya dirimu
Hanya kerana
Cintanya kau wujud

(Chorus)
Kau adalah diriku
Dan aku adalah dirimu
Hanya Tuhan tahu
Apa ada depan nanti
Telah lama aku nantikan
Dari saat aku dipisahkan
Dari sinar bintang
Yang menghilang

Ku akui
Dia memang buatku nyatakan
Harap aku kan selalu denganmu
Ku menanti
Saat hadirnya aku semula
Yang seadanya
Ku telan masa

[Ulang chorus]

Maafkan aku
Kerna diriku
Tak pernah sempurna untukmu
Kau yang satu
Kau teragung
Hidup matiku
Kerana cinta
Cinta ada hanya untukmu
Bila tiba saatnya kan bertemu

[Ulang chorus]

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...