Iklan

Thanks Followers!

Memaparkan catatan dengan label Acara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Acara. Papar semua catatan

Ahad, 7 September 2014

Trip ke Stadium Darul Aman (Perak vs Kedah @ Piala Malaysia 2014)

Perjalanan menuju ke Kedah
Pada 03/09/14 di Stadium Darul Aman, Kedah. Perlawanan bola sepak antara Perak dan Kedah. Merupakan perlawanan yang penting bagi menentukan kelayakan ke suku akhir.
Perak dalam kumpulan B bersama kedah, Terengganu dan Sarawak.
Malam penentuan antara Terengganu,  Perak dan Kedah.  Perak harus menang atau seri untuk melayakkan ke peringkat suku akhir. 





Perjalanan dari Ipoh, tempat berkumpul sebelum naik bas di Stadium Perak. Bas telah pun bertolak pada pukul 11.30 pagi. Bas yang aku naik ni adalah bas yang terawal bertolak pergi ke Stadium Darul Aman. Untuk bas penyokong lain dia orang bertolak pukul 2 @ 3 petang.
Perjalanan yang ambil masa 4jam untuk sampai, mungkin sebab naik bas. Sampai kat Alor Setar pukul 3.30 petang, terlalu awal nak pergi ke Stadium. Jadi bas pun singgah ke Pekan Rabu dan ambil masa kat situ selama 2 jam. Pukul 5.30 baru bertolak ke Stadium Darul Aman. Rasa mati akal mula nya aku bila dia orang cakap pukul 5.30 baru bertolak ke stadium, sebab aku tak tahu nak buat apa kat Pekan rabu ni selama 2jam. Haish aku tak ade bajet nak bershopping pun. 






Tak apa la, aku pun jalan-jalan, lepas tu aku masuk Muzium Di Raja Kedah. bagus jugak ada jugak tempat aku nak melawat. Dan aku pun lepak-lepak dan makan minum skit, lepas tu baru naik bas.
Dan pukul 5.30 pm sampai la ke Stadium Darul Aman. Sampai awal boleh la jalan-jalan kat situ dan nak makan ke minum dulu la apa yang patut. Tak lama lepas tu baru la bas yang penyokong lain sampai. Semua nya ada 6 buah bas. Bila masa nak masuk ke Stadium kami masuk beramai bersama semua penyokong Perak yang lain.






 






Buat pertama kali nya aku menjadi penonton dan penyokong perak dan menyaksikan perlawanan penentuan tu dia stadium darul aman.  Selalunya kat stadium perak hanya jadi petugas dan dapat tengok perlawanan bila dan habis bertugas. Dalam pukul 10 baru boleh masuk untuk tengok bola. Memang teringin nak tengok perlawan bola sepak Perak main secara sepenuh masa, maksudnya dari mula sampai habis. Dan aku rasa inilah peluang untuk merasa menonton di stadium dari mula sampai habis game.
Disebabkan perlawanan kali ini adalah penentuan dari Perak dan Kedah, maka sambutan penonton memang penuh Stadium Darul Aman. Bas yang datang dari Perak sebanyak 6 buah bas yang semuanya adalah penyokong-penyokong tegar. Semua datang nak sokong pemain Perak dan mengharapkan kemenangan berpihak pada pasukan Perak.

  





Betambah semangat apabila dengan penyokong yang ramai dan juga semangat sorokan dari Ultras. Tanpa Ultras dari mana-mana pasukan, tak meriah la kan. Dengan Ultras ni lah meluahkan kata-kata semangat dan luahan perasaan, Ultras Perak  yang di beri nama Silver State Ultras (SSU). Respect dengan dengan semangat sorakan you alls. 




Jadi keputusannya Perak telah kalah 2 - 0 dengan Kedah, dengan ini Kedah layak ke peringkat suku akhir. Tahniah Kedah. Dan keputusan Terengganu dan Sarawak pula seri 0 - 0. Ikut mata Terengganu dan Kedah layak ke peringkat seterusnya. 

Sebagai penyokong kecewa memang kecewa, harapan semua penyokong nak melihat pasukan Perak layak ke peringkat suku akhir. Apa nak buat bukan rezeki, lagi pun main kat tempat orang lain. Main tempat sendiri ada kelebihan. Penyokong Kedah pulak ramai, penuh semua tempat duduk. Dah rasa macam tengok final game je. 

Tapi itu lah pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Walau pun kalah tapi aku enjoy dengan trip ini. Teringinnak pergi lagi untuk next time. Tapi tahun ni jangan harap la sebab Perak udah kalah. Tunggu tahun depan pulak la. Cuma aku harap tahun depan Pasukan bola sepak Perak akan lebih mantap lagi. 
Masalah pengurusan dan dalaman tak tahu sampai bila akan ada penyudahnya. Kami penyokong Perak nak kan perubahan pengurusan yang lebih baik untuk pasukan Perak. Jumpa lagi tahun depan dan nantikan Perak yang baru.

Dengan hati yang hampa kami semua telah pun pulang dengan hati yang kecewa. Dengan kepala aku yang dah sakit sebab menjerit dan terbau asap rokok orang yang tak ada otak. Habis kepala aku tudung dan baju aku bau asap rokok. Sabo jela. Nasib baik penadol ada boleh le telan untuk hilangkkan sakit kepala.
Bas sampai dengan selamatnya ke Ipoh pada pukul 3 pagi di depan Stadium Perak. Alhamdulillah. Esok pagi berkerja macam biasa. 












Sabtu, 23 Ogos 2014

JADUAL PERTANDINGAN PIALA MALAYSIA 2014

JADUAL PERTANDINGAN  PIALA MALAYSIA 2014







p/s: Letak post ni untuk rujukan sendiri, nak tengok bila ada game.

Ahad, 2 Februari 2014

AnnualLunch kami yang ..... :)

Salam 1 Malaysia. Setiap tahun company ini akan buat makan-makan untuk pekerja, selalunya akan di buat pada hari sebelum cuti Chinese New Year (CNY). Acara tahunan ini di panggil annual lunch. Orang biase annual dinner kat hotel-hotel grand dengan dress-up yang glamour. Tapi jadi le untuk company yang aku kerja ni buat kat kawasan kilang je. 

Untuk tahun ni aku berkerja kuat dan kerjasama dengan yang lain untuk jayakan acara ini. Maka nya jadi nya, pasti le keletihan setelah selesai, tapi tak apa la asalkan gembira walaupun ada jugak terdengar kata-kata orang yang kononnya nak boikot ini annual lunch kononnya kite order makanan dari catering cina yang tak halal. Haishh sabo jela , maleh aku nak carut kat blog ni, tak baik. ;p Sebelum nak cakap2 atau keluar pendapat tanya la dulu atau siasat la dulu, ni cakap pakai lutut. Takkan la kita orang yang Muslim ni nak order makanan yang tak halal. Haishh

Kita orang punya annual lunch ni menjadi-jadi keseronokannya di sebabkan kita orang adakan permainan dan cabutan bertuah selain makan-makan. Walaupun letih tapi sangat seronok. Yang penting kita enjoy! 
Jom tengok gambar yang kemeriahan yang tak seberapa ni ;-

Backdrop yang tak seberapa .. haha..
Tahun-tahun sebelum ni tak ade pun backdrop macam ni, ini tahun kita kasi ade, nampak gaya beria skit, konon bajet macam kat hotel. haha. Ok la tu kan 

Yang penting kerjasama
 Tu bukan dapat angpow, tu nak guna kertas angpow tu untuk buat decoration. Bajet hotel kannn.... ;P

"haa.. you org fikir la apa patut.. saya mau cekak pinggang saja... ;p"

Hadiah untuk cabutan bertuah

kerjasama tu penting kan

Ambil tempat masing2, atas meja dh siap2 kotak limau n air.
Ini tahun air dah siap letak kat meja, kalau tahun sebelum ni dia orang ambil sendiri dan suka tapau banyak2  & siap bawak beg plastik, sampai ada yang tak dapat minum.

Nampak tak bulatan tu, tu bukan bulatan UFO, tu bulatan jap lagi nak main musical chair.

Acara tiup tepung dah nak mula
Si mangsa tepung gomak yang dah kalah ;p
 Jenuh aku tiup bersungguh-sungguh nak menang, habis masuk mata, mulut & hidung... haha



Acara makan buah epal
 Acara ni paling lawak, tengok dia orang banyak susah mau makan itu buah epal. Dh ternganga nak makan buah epal, kesian pun ada. haha.

Acara main sepak bola

ehem ehem.. sy menang cabutan bertuah.. hihi

Musical chair
 Ini game saya main jugak, bajet nak menang kali ni sebab sebelum ni 2 tahun lepas kalah. Kali ni nak menang la konon nye. Tapi malang sekali kalah, sudah la kalah main pun sampai patah kerusi dan terduduk ke bawah sebab rakus sangat nak duduk kat kerusi. Malu aku sudah la kurus pun boleh sampai patah kerusi.. huhu ~~~


Yang menonton pun bersemangat

Yang ini untuk best worker.
 Untuk best worker saya tak dapat sebab saya ada late. Bukan late datang kerja tapi selalu suke balik awal. Haish...

di sini la tempat kami annual lunch.... :D

- Sekian - 

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...