Iklan

Thanks Followers!

Jumaat, 29 Julai 2011

SUJI SUJI GA CONTEST~AKU DAN BAJU KURUNG - close

SUJI SUJI GA CONTEST~AKU DAN BAJU KURUNG - close

Jom join contest ni kalau anda ada koleksi baju kurung yang cantek dan posing yang menarik.

 

Nak join klik sini ---> suji-suji

 

Oleh itu saya mempertaruhkan gambar ini:-

 Baju kurung ini dipakai buat pertama kalinya semasa di kenduri kawan saya.
 Saya suka pakai baju kurung. Tapi jarang pakai, selalu pakai hari jumaat, itu pun kadang-kadang tak pakai, lagipun bekerja swasta, selalu pakai seluar.
Dulu masa study kat Politeknik, memang tiap-tiap hari pakai baju kurung, sebab baju kurung adalah fesyen yang selamat. Kalau pakai seluar dan kemaja, kadang-kadang baju atau seluar tu ketat dengan mudahnya akan melanggar piawaian plak... huhu... 

Tag2:-


Tarikh Tutup;
05/08/2011
at 1500

-end-

Rabu, 27 Julai 2011

Contest Muka Ayu tanpa ber-makeup - close

Join klik sini


Haha join conetst lagi.. wakaka... Contest Muka ayu tanpa makeup..


Gambar yang dipertaruhkan:


ceng.. ceng..ceng... (cewah.. suspen kunun..cet..)
-
-
-
-
-


 Ayu ke?? hehe. Serius tak ayu kalau tak make up sebenarnya. Tapi sempana contest ini, saya cari gambo yang ayu abis dh ni haa tanpa makeup... Harap-harap dapat menambat hati penganjur. ;)

Tag2:-
bunga


Tarikh tutup: 11Ogos 2011 dan akan diumumkan pada  14HB

-end-

Contest Aku, Cermin dan Talipon Bimbit - close

 Contest Aku, Cermin dan Talipon Bimbit




Serius... ni perkara yang saya suka lakukan iaitu ambil gambar dalam cermin. Jadi dengan bangga saya ingin join ini contest le. 

Join klik sini ---->  cumakudankamoo

Gambar yang dipertruhkan:-





Contest ni bermula dar 25 May 2011 hingga 22 August 2011

Tag2:-

-end-

GIVEAWAY : WIRDA WARNA - close

 

 Grand Prize

 

 Join klik sini :----> WIRDA WARNA

 

This giveaway open from 26 of July till 25 of August 2011

  

Tag2:-

  Kaizen

atika


- end-

**GIVEAWAY** Koleksi BegTangan Hana - close




Cantek la beg ni kan, kalau dapat untung le... ;) Nak join klik sini: ---> koleksi beg tangan hana

Tarikh tutup : 15082011

Ahad, 24 Julai 2011

Ahad, 17 Julai 2011

CONTEST SAYA DAn KACA MATA - close

CONTEST SAYA DAn KACA MATA

Jom join contest. Contest lagi. Untuk suka-suka. Seronok beb join contest walaupun tak menang. Kalau menang lagi la seronok. Tak gitu..?

Banner

Kawan-kawan disayangi, jom join contest ni klik CONTEST PERTAMA

Gambar berkaca mata yang di pertaruhkan:-
-
-
-
-
-
-
-
-
GAMBAR 1
Ini adalah diri ku... hehe sewaktu kecil. Mungkin ini adalah cermin mata yang pertama saya pernah pakai semenjak di lahirkan ke dunia ini, itu sebab saya memilih gambar ini untuk dipertaruhkan.
Cermin mata ni sebenarnya masih ada lagi walaupun dah 25 tahun. Ada kat rumah atok.

GAMBAR 2
Gambar ke 2 dipertaruhkan (penganjur kata lebih tak pe..hehe).
Cermin mata hitam tu sebenarnya adalah cermin mata pertama pernah saya miliki. 
Saya bukan seorang yang suke berkaca mata, tapi cermin mata ini di belikan oleh kawan baik saya.
I like ;)

Dengan besar hatinya saya tag kawan-kawan saya:-

tarikh tutup :: 31 JULAI 2011

Jumaat, 15 Julai 2011

Bergembira ke Pulau Pangkor ;)

Pada Sabtu lepas 9/07/2011, seperti di rancangkan dengan kawan-kawan sekerja kami semua pegi PULAU PANGKOR, Perak... Yeehahhha... Sebenarnya dah banyak kali dah pegi Pangkor ni dari sekolah rendah lagi. Dulu pergi dengan family. Ate teman ni orghang peghak, jadi tempat percutian yang paling best dekat situ ialah Pulau Pangkor. Lain kali nak pergi lagi la kalau ada peluang, best sangat,

Tiba di jeti Lumut, dalam pukul 3. Bawak beg kecik aje, malas nak bawak beg beso2. Ni pun dah berat dah.
Dah sampai tempat penginapan Pangkor Puteri Resort.
Tempatnya serius best, selesa ;)
Di dalam bilik kami berlepaking ;)


Nice place you see ;)
tumb up !

Bermula permainan air. Paling teringin nak naik menatang ni. Namanya Banana Boat. Best giler, first time naik terjerit2 sebab gayat je rasa..haha..

Masa ni kami naik boat round tour Island, lepas tu pegi snorkelingtengok ikan kecik2.

Ini chalet 5 Star. Island Pangkor. Kaya banyak duit boleh dok sini.

Seronok naik boat bila time dia bawak laju, tapi bile dia berhenti, kepala pening. Mabuk laut.

Pulau tarzan.. eh bukan bukan.. Ni aksi meroyan..haha

Tempat ni nampak cantek kan. 

Usha-usah barang ;)

Bye-bye ;(
Sudah mau pulang...

Rabu, 6 Julai 2011

Apply SPA lagi !


Tak serik?? Memang. Akan aku mintak lagi selagi daya. Untuk masa depan jugak. Kalau aku dapat keje gov mak ayah aku mesti suka sangat. Kalau tahun ni tak panggil, tahun depan akan aku mintak lagi. Kalau tahun depan tak ade panggil, tahun lagi satu mintak lagi dan begitu lah seterusnya. Walaupun orang kate "eleh orang melayu skit2 nak keje gomen". Aku lak cakap " lantak le, hidup lain-lain, untung naseb pun tak same"  ;p
Selain kerja dengan gomen, aku minat berniaga sendiri, tapi tu le modal dan pengalaman tu tak ade. Bila tengok ada kawan2 yang ada buat business sendiri aku memang kagun melihat mereka, kalau la aku ada business sendiri...(berangan). Berangan itu perlu! Cakap pasal business kalau aku diberi peluang (ade modal dan dorongan) tak akan aku lepaskan peluang itu. Dalam hidup ni tak semua orang beruntung, jadi BERUSAHA GIGIH, CEKAL & TABAH ITU PERLU ;)

-Sudah lah sudah... Tak mau serik-

Isnin, 4 Julai 2011

Petua hilangkan Parut Jerawat

...model... time muke clean n clear sebab sinaran cahaya lampu minyak tanah ;p

 Nak share petua untuk hilangkan jerawat kat muka. Sebab jerawat sering bertempek di wajah ku. Sakit hati dan tekanan je bila tengok jerawat ni merosakkan penampilan ku. haiisshhh!! Nak beli produk mahal macam SKII dah tak mampu. Jadi aku saja search petua nak hilangkan parut jerawat.
Jadi jom layan:-


Petua 1
Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu. (tapi muka agak pedih)

Petua 3
Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4
Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6
Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7
Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Petua 8
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka dan biarkan kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih.

Petua 9
Ambil beberapa ketul asam jawa. Bancuh dengan air, kalau boleh biar pekat likat dan jangan terlalu cair. Selepas itu sapukan kepada muka macam masker.


Sumber: Dari internet

-Selamat mencuba dan semoga selamat-

Ahad, 3 Julai 2011

Impian nan Harapan



Besar sungguh harapan mak ayah nak melihat anak-anaknya berjaya. Menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk anak-anak merealisasikan impian mak dan ayah mereka. Hidup ini tak seuntung & seindah yang di sangka, untuk menggapai apa yang di impikan memerlukan doa dan usaha sungguh-sungguh. Mampukah aku merealisasikan semua ini untuk kedua orang tua ku? Itu lah jasa yang perlu aku balas terhadap mereka yang selama ini telah membesarkan aku dengan cara dan daya mereka sendiri. Apa segala kekurangan dan kelemahan mereka aku terima jika nak dibandingkan pengorbanan dan kesusahan mereka membesarkan anak-anak. Aku tak akan berasa malu dengan mereka cuma aku nak suatu hari nanti mereka akan berbangga dengan aku dan aku nak menyenangkan hidup mereka. ITU AJE! Jangan sesekali ada manusia yang cuba menghina ayah dan mak. Aku tidak akan memaafkan itu manusia. 


Ada satu perkara membuatkan aku ralat dan aku nak sangat tebus bende tu. Caranya mungkin agak sukar, terlalu tebal rintangan dan halangan sebab tak semua orang di lahirkan beruntung. Adakala kesungguhan itu perlu untuk kita mencapai apa yang di ingini. Tapi sekuat mana aku untuk melepasi rintangan itu? aku sendiri tak tahu. Tapi suatu hari nanti aku aku cuba buktikan dan berusaha juga sampai berjaya untuk mencapai impian mak dan ayah. IMPIAN mak ayah sebenarnya adalah impian aku.

-EnD-

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...