Iklan

Thanks Followers!

Ahad, 20 April 2014

Makan & melantak di Restoran Shabu shabu

Sebenarnya dari tahun lepas teringin sangat nak makan stimbot kat restoran Shabu Shabu. Tapi selalu fikir nak ajak sapa dan kalau ajak kawan nak ke dia orang. Macam teragak-agak jugak la aku ni.Tak pun nak ajak dia orang time buka puasa, sebab aku tengok banyak orang pergi berbuka puasa kat situ. Untuk tahun lepas punya makan berbuka puasa, dia orang dah setuju untuk makan buffet kat Hotel Syuen. So hasrat aku nak ke Shabu shabu terpendam jela. Tak apa la lain kali jela kan....

So baru-baru ni aku saja sembang dengan kawan aku sorang ni, nanti buka puasa tahun ni kita nak makan kat mana..? Tiba-tiba awal-awal dah fikir. Pastu aku pub cakap jom makan stimbot kat Shabu-Shabu nak? Lepas tu aku ada bukak email ade terima email notification dari Groupon, tengok-tengok ada offer buffet di Shabu-Shabu, harga dia RM24/pax. Apa lagi tak payah nak tunggu bulan puasa la. Lepas tu dia orang pun ramai-ramai setuju. Bagussss!!! Dalam hati aku "lepas jugak kempunan aku selama ni nak makan stimbot. hihi.." 
Yang best nya dapat pulak harga dia murah baik punya. Aku tengok offer kat Groupon tu semakin hari semakin ramai orang beli dan book hampir 3000 orang.

Restoran ni adalah halal restoran, tak perlu kuatir, kalau tak percaya boleh chek kat JAKIM. Makan sebanyak  mana yang mampu sebab dah bayar untuk sekepala itu pun kalau larat nak habis kan.
Makanan kat sini aku suka sangat sebab banyak pilihan, rasa nya sedap dan seafood dia pun fresh.

Mari stimkan dia sebelum pelahap 

Kerang-kerang

Ramai orang

Serius cakap benda ini pun sedap sangat. I like



Haish kacau je orang belakang tu.. haha.. kesian..
Masa ni kat luar tu banjir sebab lepas hujan lebat.











Look fresh




- END - 

Tudung yang di jahit sendiri

Nak kata minat menjahit terlalu sangat, tak le jugak. Tapi ikut mood jugak kadang-kadang bila tengah ada mood nak menjahit rasa mengelejat je jantung dan hati tu nak pergi cari kain dan menjahit. Tapi actualy aku bukan le pandai menjahit sangat, cuma buat masa ni aku suka nak jahit tudung sebab jahit tudung agak senang skit dari jahit baju.

Yang best nya bila dapat jahit tudung sendiri ini dapat la pilih corak, labuh bentuk yang kita suka. Lagi pun akan lebih jimat kalau jahit sendiri. Cuma masalah bila dah siap-siap jahit, bila nak menjahit tepi jenis halus tu kena la hantar ke kedai. Tapi ok la masih murah lagi kalau nk di bandingkan kalau beli, kan.

So ini tudung-tudung yang pernah aku jahit. Biasa-biasa je tak le cantik sangat ... kan...

masa ni 1st time belajar menjahit tudung
Ni la jenis tudung yang dah jahit tadi...(ini muka apasai..? abaikan..)

Percubaan menjahit tudung halfmoon. Guna kain jenis Chiffon.
Agak jarang, tak apa, sebab bila pakai guna cara lilit dan akan kurang nampak jarang.
Pola tu buat sendiri. Sebelum ni ada beli tudung halfmoon dari online shop.
So tekap jela yang beli tu dan jadikan pola, next time senang nak buat lagi tudung.
Best kan boleh pilih warna dan kain yang korang suka.
Masa beli online sebelum ni warna yang aku nak semua nya dah abis, tinggal kaler tak berapa nak cantik.
Dah siap dan gayakan

Teruja kot nak buat tudung sendiri. Tak apa walau pun belum cukup mahir tak pa pelan2 kayuh la saya.


- END -


Jumaat, 18 April 2014

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

Ingat! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Sumber from facebook

Khamis, 17 April 2014

Jarang sangat update blog...Haloooo.....

Halo halo... Assalamualaikum... Blog ni dh rasa  macam nak bersawang plak dah sebab dh jarang sangat saya update cerita dan menjenguk. Tak apa la... 

Dah tak tau nak cerita apa.. k bye bye...



add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...