Iklan

Thanks Followers!

Memaparkan catatan dengan label Kelas/Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas/Kursus. Papar semua catatan

Sabtu, 13 April 2013

Kursus Buat Chocolate

Pada 7/04/2013, saya telah mengikuti lagi kursus, kursus itu ialah buat coklat. Bukan apa, tujuan nya adalah saja nak tahu dan nak belajar cara nak buat coklat. Kursus ini selama 1 hari je, di buat di K.Komuniti Bt Gajah, tapi ini sebenarnya di anjurkan oleh K.Komunit Gopeng. Pergi kursus ni yuran dia tak mahal pun, yuran + kos bahan RM25 aje. Ha murah tak? rasanya kalau pergi kursus kat luar atau tempat lain, mungkin mahal, tapi aku tak pasti le berapa. Aku pernah search kat google cari kursus ini yuran dia mencecah RM250, tapi mungkin jugak banyak perkara yang dia ajar dan banyak lagi bahan. yang aku pergi ni hanya basic saje dia ajar. Tapi senang aje rupenye buat coklat ni. Belajar basic selebihnya ikut kretiviti sendiri. Memang boleh buat business. 

Tanpa buang masa aku nak share le sedikit mana rope aku pergi belajar tu. Seperti biasa le aku datang mesti bawak camera punye, hihi.. bukan apa takut aku lupa step dia ajar. Dia ajar bukan kasi nota pun atau resipi, sendiri cari inisiatif le. Apa segala step semua pun aku ambil gambar. Masa first2 dia tunjuk cara tu aku yang dah start pegi ambil gambar, lepas tu baru yang lain ikut . ;)










Begini le kaedah nya, lepas belajar, rasa semangat nak cari bahan dan nak buat sendiri, rasa nak jual kat orang. Memang simple dan terlalu senang rupenye nak buat coklat ni, ingatkan susah le. Apa pun untuk hasil yang cantik kretiviti itu penting. tak kretif  tapi nak tiru design orang lain pun tak apa. Sebab coklat ni bila di decorate akan menjadi cantik dan menyelerakan.

Akan datang akan pergi lagi kursus. Tunggu la apa-asa kursus yang berfaedah insyallah aku akan join. :)

- END -

Ahad, 25 November 2012

Belajar - Masakan Nasi Briyani Daging



Saya budak baru belajar. ;)
Lambat sikit update, minggu lepas tarikh 17/11/2012 aku telah pergi ke kelas memasak. Masak apa? Masak Nasi Briyani  Daging + Ayam masak merah + Gading kurma  + Dalca
Kelas memasak ni di adakan di Kolej Komuniti Bt Gajah, Perak. Kelas ni di adakan 1 hari je dari jam 9pagi sampai jam 2petang. Habis masak balik la. Yuran dia hanya RM25 termasuk kos bahan. Lepas siap masak makanan pun boleh bawak balik.

Apesal ha aku nak kena pergi belajar masak? Tak reti memasak ke? Jawapan nye memang iye. So tak salah pergi kelas memasak ni. Tapi kebanyakkan yang datang ke kelas ni semua nak belajar cara masak nasi beriyani tu, banyak bahan di guna dan nak tahu cara nak masak nasi beriyani tu. 

Tengok la gambar kat bawah ni, memang banyak bahan yang di guna, bukan semua gambar dapat di upload, kalau nak ikutkan ade banyak lagi. Semua gambar-gambar ni aku tangkap dengan segala step yang di tunjuk, sebab bile dah balik rumah takut lupa. haha.  Bila rasa lupe, boleh tengok balik gambar. ;)

Untuk resipi-resipi semua ni akan di post pada entry seterusnya. Tunggu....!

antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak

Menumis untuk nasi briyani


Kaedah-kaedahnye, sediakan nasi dan lauk2 nye
 
;)

3 macam masakan yang di masak, hiasan ni di buat oleh chef yang ajar tu

Ahad, 22 Julai 2012

Belajar jahit tudung


Sangat excited bila nak pergi kursus jahitan tudung. Sampai dua malam termimpi-mimpi, tak tahu le kenapa sampai macam tu sekali. Kursus jahitan tudung selama dua hari yang di buat di kolej komuniti Batu Gajah, Perak. Belajar 2 jenis tudung. Kalau belajar under Kolej Komuniti memang murah, selama dua hari dan belajar dua jenis tudung bayarab nya hanyalah RM40 termasuk kain, peralatan pun mereka sediakan. Biasa kalau pergi belajar kat luar, mahal yurannya. Tak pe la nak belajar jangan berkira sangatkan, tapi untuk orang yang jenis pendapatan bajet-bajet sesuai sangatlah join kursus anjuran Kolej Komuniti ni.

Jom review ada apa kat dalam kelas jahitan tudung tu:-













add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...