Iklan

Thanks Followers!

Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Ahad, 27 Oktober 2013

Belajar masak - Mee Udang

Mee udang
Salam. Selamat berhujung minggu. Hari ini aku telah pergi kelas memasak mee udang dan char kue tiaw. Pergi kelas nak belajar ni sebab aku salah seorang penggemar char kue tiaw. Dah lama teringin nak tahu cara buat dia. Tak sangka tak la sesusah  mana membuatnya. Dalam kelas yang aku hadiri hari ada seramai 35 orang, ok la tak de la sesak sangat, tapi kalau nak di ikutkan sepatutnye peserta setakat 25 orang je. Tapi biasa la kelas memasak ni memang ramai yang berminat nak join, terutama wanita-wanita la.

Untuk entry kali ni aku nak share sedikit sebanyak gambar ketika mengikuti kelas masakan ni dan juga resipi nye sekali.

Ini adalah resipi2 nya. Aku tak dapat ini resipi sebenarnye sebab dah tak cukup. Emm boleh plak gitu. Tapi tak apa la, nak nyalin memang malas & tak ada masa nak nyalin time masak tu, jadi snap picture jela. Lagi nak suruh taip di ini blog ke? pun  aku malas.. haha.. kire boleh la ni kan. Lain kali la taip cantik2. :)
Resipi mee udang

Cara-cara membuat mee udang:-

Panas kan minyak
Tumiskan bawang yang di blen
Kacau hingga mendidih
Masukkan pula cili kering yang telah di kisar
Kacau hingga pecah minyak
masukkan udang kering yang telah di kisar
kacau.. kacau.. kacau
Masukkan gula secukup nye
Tambah air skit
bio kan dia ;)
Tambah lagi air
masukkan kiub ikan bilis
masukkan serai
masukkan sedikit santan
Garam jangan di lupe

menggelegak , dah masak la tu

Bila dah masak, ambil periuk kecil, ambil beberapa senduk masukkan  ke periuk tu

ok nampak tak ;)
siap sediakan kangkung
Jangan lupe celor mee

sedikan juga udang
Panas kan periuk tu dengan kuah tadi dan kacau kacau kacau... bersama mee, sayur dan udang

Tak payah lama sangat, asalkan udang tu lebih kurang masak , masukkan ke dalam mangkuk sedia untuk di hidang
Siap! sedia untuk di makan.


Ni entry bergambar je lebih, senang tengok je dah paham.. kott.. huhu.. Lepas ni boleh la try buat sendiri plak, sebab buat ni tak la susah mana... Yang penting sedap, memang rasanye sedap, tapi itu udang sudah tidur dalam itu kuah, sudah tak nampak ... :D

Untuk Char kuew tiaw, next post plak la.. ok bye2

Sabtu, 13 April 2013

Kursus Buat Chocolate

Pada 7/04/2013, saya telah mengikuti lagi kursus, kursus itu ialah buat coklat. Bukan apa, tujuan nya adalah saja nak tahu dan nak belajar cara nak buat coklat. Kursus ini selama 1 hari je, di buat di K.Komuniti Bt Gajah, tapi ini sebenarnya di anjurkan oleh K.Komunit Gopeng. Pergi kursus ni yuran dia tak mahal pun, yuran + kos bahan RM25 aje. Ha murah tak? rasanya kalau pergi kursus kat luar atau tempat lain, mungkin mahal, tapi aku tak pasti le berapa. Aku pernah search kat google cari kursus ini yuran dia mencecah RM250, tapi mungkin jugak banyak perkara yang dia ajar dan banyak lagi bahan. yang aku pergi ni hanya basic saje dia ajar. Tapi senang aje rupenye buat coklat ni. Belajar basic selebihnya ikut kretiviti sendiri. Memang boleh buat business. 

Tanpa buang masa aku nak share le sedikit mana rope aku pergi belajar tu. Seperti biasa le aku datang mesti bawak camera punye, hihi.. bukan apa takut aku lupa step dia ajar. Dia ajar bukan kasi nota pun atau resipi, sendiri cari inisiatif le. Apa segala step semua pun aku ambil gambar. Masa first2 dia tunjuk cara tu aku yang dah start pegi ambil gambar, lepas tu baru yang lain ikut . ;)










Begini le kaedah nya, lepas belajar, rasa semangat nak cari bahan dan nak buat sendiri, rasa nak jual kat orang. Memang simple dan terlalu senang rupenye nak buat coklat ni, ingatkan susah le. Apa pun untuk hasil yang cantik kretiviti itu penting. tak kretif  tapi nak tiru design orang lain pun tak apa. Sebab coklat ni bila di decorate akan menjadi cantik dan menyelerakan.

Akan datang akan pergi lagi kursus. Tunggu la apa-asa kursus yang berfaedah insyallah aku akan join. :)

- END -

Ahad, 25 November 2012

Belajar - Masakan Nasi Briyani Daging



Saya budak baru belajar. ;)
Lambat sikit update, minggu lepas tarikh 17/11/2012 aku telah pergi ke kelas memasak. Masak apa? Masak Nasi Briyani  Daging + Ayam masak merah + Gading kurma  + Dalca
Kelas memasak ni di adakan di Kolej Komuniti Bt Gajah, Perak. Kelas ni di adakan 1 hari je dari jam 9pagi sampai jam 2petang. Habis masak balik la. Yuran dia hanya RM25 termasuk kos bahan. Lepas siap masak makanan pun boleh bawak balik.

Apesal ha aku nak kena pergi belajar masak? Tak reti memasak ke? Jawapan nye memang iye. So tak salah pergi kelas memasak ni. Tapi kebanyakkan yang datang ke kelas ni semua nak belajar cara masak nasi beriyani tu, banyak bahan di guna dan nak tahu cara nak masak nasi beriyani tu. 

Tengok la gambar kat bawah ni, memang banyak bahan yang di guna, bukan semua gambar dapat di upload, kalau nak ikutkan ade banyak lagi. Semua gambar-gambar ni aku tangkap dengan segala step yang di tunjuk, sebab bile dah balik rumah takut lupa. haha.  Bila rasa lupe, boleh tengok balik gambar. ;)

Untuk resipi-resipi semua ni akan di post pada entry seterusnya. Tunggu....!

antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak

Menumis untuk nasi briyani


Kaedah-kaedahnye, sediakan nasi dan lauk2 nye
 
;)

3 macam masakan yang di masak, hiasan ni di buat oleh chef yang ajar tu

Khamis, 24 Mei 2012

Bengkel Jahitan Manik & Jahitan Langsir


Salam.. Lama tak update blog ni. Nak share satu perkara yang aku suka buat tapi baru sekarang ada peluang nak buat.  Aku teringin nak belajar menjahit, teringin nak jadi pandai menjahit. Sebab aku fikir kemahiran menjahit ni adalah satu kelebihan yang menguntungkan.


Bengkel Jahitan Manik


Pada 7hb Mei 2012, ada satu bengkel jahitan manik diadakan di kawasan Ipoh selama 1 hari sahaja. Ia adalah bengkel jangka pendek iaitu selama 1 hari sahaja. Sebelum ni aku memang ada menjahit manik kat baju sendiri cuma tak tahu teknik asa nya yang sebenar. Oleh itu bengkel ni satu peluang yang baik. Belajar teknik menjahit yang sebenar.


sebelum lukis dulu ;)



tak sempat nak siap




Contoh cikgu tu punye


Peserta-peserta

Dah siap







Bengkel Jahitan Langsir


Bengkel Jahitan Langsir pula diadakan pada 19 & 20 hb Mei 2012. Sebenarnya tak berapa minat sangat nak belajar jahit langsir ni. Tapi mak suruh pergi je belajar. Lepas dah belajar rasa seronok pulak tengok hasilnya, rasa excited & nak buat lagi. ;)


Contoh lansir yang siap



nampak sangat kekok menggunting ;)

Kat sini tempat belajar tu




Dah siap cantum... cume tak letak lagi rambu ramba

Yang ini patten box plate... kecik je sebab hanya buat untuk sample

Peserta-peserta


- END -




add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...