Iklan

Thanks Followers!

Selasa, 31 Januari 2012

Cita-cita masa dulu



Masa kecil dulu semua kebanyakan orang ada cita-cita. Apa tu cita-cita? Cita-cita bila dah besar nanti nak jadi apa. Masa kecil dulu tak tahu nak jadi apa cuma yang tahu pasal pekerjaan ialah Doktor, Guru & Jururawat. Antara 3 ni aku selalu pilih nak jadi Doktor tak pun jururawat. Tu jela jawapan untuk cita-cita masa kecik, memang tak ada lain dah. hehe..

Bila dah sekolah menengah, baru tahu ada macam-macam pekerjaan yang boleh dijadikan cita-cita. Disebabkan masa sekolah dulu aku minat pengiraan jadi aku minat nak jadi akauntan, subjek akaun pun minat jugak masa tu. Lepas tu bertukar pulak nak jadi Pegawai bank sebab suka tengok duit & nak kerja dengan duit, lagi pun macam best je kerja dekat bank. Pernah jugak aku punya cita-cita nak jadi ahli perniagaan yang berjaya.



Bercita-cita tu memang best kalau boleh semua akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Dari permulaan cita-cita tu lah kita akan buat pilihan untuk pilih course apa yang kita nak ambik bila nak sambung belajar lepas SPM nanti.
Pesanan kepada adik-adik di luar sana, JANGAN SILAP PILIH KURSUS. Pilih la kursus yang ada value bila dah keluar nanti.

Bila dah mencecah umur dewasa ni, bila di ingat balik ada beberapa perkara yang aku nak ulangi semula dan buat keputasan semula yang mungkin akan mengubah hidup ini. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah takdir dari Nya, aku hanya manusia yang perlu terima segala takdirnya dan bersyukur apa yang ada.

Yang lepas biarlah lepas, tak payah nak pandang belakang lagi. Tak terlewat lagi nak mencapai cita-cita. Boleh je lagi kalau nak ada cita-cita lain.

-sekian-

Jumaat, 13 Januari 2012

Budak 2 tahun bersembang dengan ibunya, keduanya adalah pekak - So sweet

Sangat comel bila tengok kanak-kanak 2 tahun ni bersembang dengan ibunya menggunakan bahasa isyarat. Nampak sangat clever ini budak walaupun dia ade kekurangan diri. Dah besar mesti cerdik pandai. Jom tengok video ni yang akan membuatkan kita tersenyum bersama. Mungkin juga ada rasa sedikit terharu ;)


- end -


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...