Iklan

Thanks Followers!

Khamis, 25 November 2010

Jodoh & kahwin

Cakap pasal kahwin, bulan 12 ni confirm ramai orang kahwin, bak kata ada sorang ustat tu, musim orang mengawan bulan 12... hehehe... ye beno le tu.. Tahniah di ucapkan kepada mereka yang dah kawen dan yang nak berkahwin. Selamat melayari ke fasa seterusnya. Kahwin muda ke, kahwin separuh tua ke, dah tua ke... Itu semua adalah jodoh. Bila tengok sorang-sorang orang-orang terdekat aku berkahwin, orang pun mula le tanya kat aku, " Lia, kamu bile lagi nak kahwin? " bile orang tanye kadang2 aku tersenyum aje, tapi kadang-kadang aku jawab " Haa.. esok aku kawen.." Dia orang tanya soalan yang bagi aku pelik untuk aku nak jawab. Kalau aku dah ada pacar boleh aku agak-agak nak jawab tu bila... hehe... Tapi yang tanye tu bukan tau aku dah ade ke belom... Saje nak test tanye le tuh. nyampah tauu... huh...
Gambar sekadar hiasan
Dulu aku ingat orang yang lawa ni akan cepat aje kawen, orang yang tak lawa mungkin akan lewat skit kawennye. sebab aku  rasa aku ni tak lawa... emmm ye le kot... Tapi... sapa cakap...?? Tengok artis la kan.. contoh yang ada... Nasha Aziz.. lawa sangat tu dia, tapi belum lagi dapat jodoh, mungkin nak ade tapi tak menjadi sebab jodoh tu tak ade.
Teringat aku dulu sorang kawan masa dekat PLKN 2004, masa tu masing-masing umor 18 tahun, baru lepas sebagai pelajar sekolah, nak mengorak langkah ke dewasa, budak ni badan dia besar & berkulit gelap skit, tapi dia sorang yang dah kawen n dah ada anak sorang plak tu. Haa terkejut jugak aku bile tau dia dah kawen n ada anak sorang. Inilah sebenarnya jodoh. Tengah keje ke, belajar ke, tengah PLKN ke, kalau dah jodoh tu sampai tu adala tu.  Cume cepat & lambat aje.
Sebenarnya aku  runsing bile orang tanya pasal bila aku nak kawen... tapi aku pikir balik.. haa ada sepupu aku tak kawen lagi.. haa ade lagi kawan aku tak kawen lagi.. haaa.. So bia jela kan kan...haha.. yang penting kene ingat ajal maut jodoh pertemuan semuanya terletak di tangan Tuhan.

- TAMAT -

Rabu, 24 November 2010

Lakaran Seikhlas Hati

Kat my phone ade satu applikasi boleh draw pic sebab my phone screen touch. Boleh lukis macam-macam. Aku lukis picture somebody tu kan, yang di lukis dengan seikhlas hati... tak di sangka gambar tu menjadi le plak,  lepas tu picture tu di "save" dan dihantar sebagai gambar. Tapi gambar tu tak di hargai pun. Di kata buruk plak. Tapi smart jugak picture tu walaupun tak le cantek sangat, jadi versi kartun. Lakaran tu dah di delete pun sebab tak di hargai, di anggap mengutuk plak, seriously tak ade niat pun mengutuk ke ape... cakap thanks pun ok jugak tapi.......
Dalam hati kecik pun berkata "buat kerja bodo je"


Boleh melukis-lukis



Rabu, 17 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Selamat hari raya korban kepada semua umat yang beragama Islam. Walaupun hari raya korban tak semeriah Hari Raya puasa, tapi raya tetap raya, makan tetap makan. Inilah peluang untuk menaikkan berat badan dengan makan berlebihan...hehehe... Itu plak tujuan aku.. ish2... 


Hari Raya Korban ini adalah bertujuan dan sempena:-

Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim yang mengorbankan puteranya Nabi Ismail ‘Alaihimassalam dengan menyembelihnya, akan tetapi Allah menggantikannya dengan kibasy. 
 Ia juga adalah untuk memupuk sikap keprihatinan terhadap masyarakat dengan memberi dagingnya sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya, meskipun pada asalnya ia bertujuan untuk memberi manfaat kepada penduduk Makkah dan orang yang datang ke sana untuk mengerjakan haji. Melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap nikmat hidup yang telah diberikanNya.

*** Bukakan hati lapangkan minda, inilah sebuah pengorbanan,. Pengorbanan itu besar ertinya. Apakah pengorbanan kita yang boleh kita lakukan? Pengorbanan biarlah kerana Nya. Hijrahkan diri.

Ahad, 14 November 2010

Duka & Pahitnya kehidupan

I'm nOt PeRfEcT

Hari ini adalah petang ahad yang membosankan. Tak tahu nak buat ape jadi aku nak tulis skit la kat blog. Tak tau nak tulis ape yang menarik, sume nye tak menarik, kalau ada yang baca rasa bosan pon.. hehe sorry le sebab kat blog ni hanya story pasal saya aje atau ape saje yang saye suke... huhu..

Gemok Time
Nak cite pasal berat badan, berat badan yang terlalu kurus selalu kene kritik hebat oleh pendengki2.. hehe.. Susah nak cakap gemuk kene kutuk kurus sangat pun kene kutuk. Manusia.. manusia.. memang le gitu  ye sikap nye.. Bersyukurlah dengan pemberian tuhan.
Tapi kalau nak ikutkan kesahnya dulu masa sekolah menengah aku ni tak le di kategorikan terlalu kurus, berat aku masa tu 43 kg, tinggi 151cm(same ngn skg tinggi..). Kira normal la berat macam tu. Lepas aku habis sekolah aku masuk khidmat negara, masa tu aku pun tak tahu berat berat aku, tak timbang plak rasanya.  

Baca lagi.....

Sabtu, 6 November 2010

Tribute Lagu P. Ramlee versi Indie

Kat Radio Sinar aku selalu dengar Lagu P. Ramlee yang pernah popular dulu di nyanyikan semula oleh penyanyi baru seperti Sevencollar T-shirt, MonoloQue, Yuna, Hujan, Bittersweet, Couple, Meet Uncle Hussain, Pop Shuvit, Azlan & The Typewriter, Altimet dan They Will Kill Us All, semua dari  penyanyi Indipendent. Pengubah suaian dan nafas baru lagu tu memang aku suke sangat, memang best gile. Depa memang kreatif. Bagi halwa lobang telinga aku, aku memang sesangat boleh terima dan layan lagu P. Ramlee yang di beri nafas baru tu. Segar rasa lobang telinga. Walaupun ade sesetengah lobang telinga tak boleh menerima lagu seperti ini di ubah seubah ubahnya, itu terpulang lah kepada lobang telinga masing2. Projek Satu Indiepretasi Lagu P. Ramlee haruslah di beri pujian kepada mereka yang terlibat. Good Job!




P/S: Tak de ke dia orang buat CD, kalau ade nak aje aku beli.

Ade 18 lagu tribute P. Ramlee dari Penyanyi Indie hebat tanah air seperti:-

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...