Iklan

Thanks Followers!

Rabu, 17 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Selamat hari raya korban kepada semua umat yang beragama Islam. Walaupun hari raya korban tak semeriah Hari Raya puasa, tapi raya tetap raya, makan tetap makan. Inilah peluang untuk menaikkan berat badan dengan makan berlebihan...hehehe... Itu plak tujuan aku.. ish2... 


Hari Raya Korban ini adalah bertujuan dan sempena:-

Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim yang mengorbankan puteranya Nabi Ismail ‘Alaihimassalam dengan menyembelihnya, akan tetapi Allah menggantikannya dengan kibasy. 
 Ia juga adalah untuk memupuk sikap keprihatinan terhadap masyarakat dengan memberi dagingnya sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya, meskipun pada asalnya ia bertujuan untuk memberi manfaat kepada penduduk Makkah dan orang yang datang ke sana untuk mengerjakan haji. Melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap nikmat hidup yang telah diberikanNya.

*** Bukakan hati lapangkan minda, inilah sebuah pengorbanan,. Pengorbanan itu besar ertinya. Apakah pengorbanan kita yang boleh kita lakukan? Pengorbanan biarlah kerana Nya. Hijrahkan diri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat aidil adha =p

Unknown berkata...

TQ... ;)

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...