Dulu masa zaman sekolah, aku selalu layan cerita animasi Dragon Ballz yang ke udara pada hari sabtu dan ahad jam 9.30 pagi di TV2. Selalu kunci jam sebelum 9.30 sebab takut terlepas sebab bila cuti selalu tidur lewat. Sampai ada sekali tu , dah kunci jam dah bangu dan dah tercongok kat depan televisyen pukul 9.30 sambil terbaring, disebabkan ngantuk lalu aku tertidur, tapi tv pasang. Bila sedar balik tengok cerita dah abis... Adoooi...
Lama jugak aku follow cerita ni dari umur 15 tahun sampai umur 19 tahun baru la cerita dia habis. Tapi sayangnya masa cite tu last episod aku tak tengok. Adooiii..keciwanyaa....
Ni la karun kegemaran dulu masa zaman remaja dulu.. hehe. dari Goku kecik sampai la dia besar dan ada anak. Nak mengingatinya, jom imbas balik watak-watak popular dalam siri dragon ballz:-
Watak-watak utama dalam siri Dragon Ballz
SON GOKOU:Lebih dikenali dengan nama Gokou sahaja,inilah watak utama dalam semua siri Dragon Ball.Dibesarkan oleh datuknya(sebenarnya datuk angkat) iaitu Son Gohan di sebuah hutan yang terpencil.Nama sebenar Gokou ialah Kakaroct,berasal dari planet Vegeta dan berketurunan Saiya.Sebenarnya Goku dihantar ke bumi untuk memusnahkannya.Gokou dianggap sebagai seorang yang lemah dan oleh itu sesuai untuk memusnahkan bumi.Pada mulanya Gokou adalah seorang yang bengis,namun pada suatu hari dia telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada seketul batu.Detik itulah yang mengubah sifat Gokou menjadi seorang budak yang baik dan selalu membantu orang.Gokou pernah mati sekali ketika berlawan dengan Radietz tetapi dihidupkan semula dengan mutiara naga.
SON GOHAN:Inilah anak Gokou yang pertama hasil perkahwinan di antara Gokou dengan anak raja Gyamaou,Cici.Gohan pada mulanya bercita-cita untuk menjadi seorang pendeta,tetapi setelah kematian Gokou(di dalam perlawanan dengan abang Gokou;Radietz),Gohan diajar oleh Piccolo ilmu mempertahankan diri sebagai persiapan menunggu kedatangan dua orang lagi keturunan Gokou;Vegeta dan Nacpa yang akan datang ke bumi untuk memusnahkannya.Piccolo menyedari kekuatan terpendam Gohan dan mengajarnya cara-cara mengawal kekuatan tersebut.Lama-kelamaan Gohan sudah dapat memahirkannya dan bersama-sama membantu Gokou dan perwira-perwira Z(sahabat- sahabat Gokou) menentang kejahatan.
SON GOTEN:Son Goten adalah anak kedua Son Gokou dan adik Gohan.Goten tidak sempat melihat wajah Gokou sejak hari kelahirannya kerana Gokou telah mati dalam pertempuran dengan Cell.Goten dapat melihat wajah Gokou kali pertama ketika Gokou menyertai pertandingan kungfu antarabansa.Gokou telah diberi peluang untuk kembali sehari ke bumi dari alam barzakh.Goten muda setahun dari kawan karibnya,Trunks.Goten dan Trunks sejak kecil lagi hebat berlawan dan apa yang paling memeranjatkan Gokou,Vegeta dan Gohan ialah mereka berdua boleh berubah menjadi Super Saiyan pada umur yang begitu kecil.
VEGETA:Vegeta merupakan putera planet Vegeta.Dia telah datang ke bumi bersama-sama Nacpa untuk memusnahkannya dan membunuh Gokou.Vegeta merupakan seorang yang bengis dan kejam tetapi menjadi baik(tidak sepenuhnya) setelah dikalahkan Gokou.Vegeta juga telah membunuh Nacpa kerana tidak berjaya mengalahkan Gokou.Walaupun Vegeta akhirnya menyertai perwira-perwira Z,namun dendamnya terhadap Gokou tidak pernah terpadam.Dia sentiasa berusaha untuk mengalahkan Gokou dan mengembalikan kegemilangannya sebagai putera orang Saiya.Vegeta telah mengahwini Bulma,seorang yang genius dalam bidang robotik dan mesin.Anak pertamanya ialah Trunks.Vegeta pernah mati sekali ketika berlawan dengan Fliza tetapi dihidupkan kembali dengan mutiara naga.
PICCOLO:Piccolo merupakan anak kepada raja syaitan Piccolo(nama sama) yang ditewaskan oleh Gokou. Piccolo dilahirkan oleh raja syaitan Piccolo untuk membalas dendam kepada Gokou tetapi dia juga ditewaskan oleh Gokou dalam perlawanan kungfu antarabangsa.Piccolo mula menjadi sahabat Gokou ketika berganding bahu untuk mengalahkan Radietz.Pikor berjaya mengalahkan Radietz dengan menggunakan 'Meriam Bunuh Kilat Syaitan' tetapi Gokou juga terbunuh kerana memegang Radietz semasa Radietz ditembak oleh Piccolo.Piccolo kemudiannya mula melatih Gohan seni mempertahankan diri untuk menghadapi Vegeta dan Nacpa yang telah dihubungi oleh Radietz sebelum kematiannya.Piccolo pernah mati dibunuh oleh Nacpa tetapi dihidupkan dengan mutiara naga.Piccolo menjadi sahabat baik Gohan sehinggalah ke akhir hayatnya.
TRUNKS:Trunks merupakan anak pertama Vegeta dan Bulma.Terdapat dua orang Trunks dalam siri Dragon Ball Z; seorang adalah Trunks dari masa hadapan dan seorang lagi adalah Trunks pada masa yang sebenarnya.Trunks masa sebenar pada masa kehadiran Trunks masa hadapan adalah masih kecil lagi.Tujuan kedatangan Trunks masa hadapan adalah untuk memberi amaran kepada Gokou dan perwira-perwira Z tentang apa yang akan berlaku.Trunks masa hadapan juga membawa ubat untuk Gokou kerana Gokou akan diserang sakit jantung ketika berlawan dengan manusia robot.Trunks masa hadapan telah membantu perwira-perwira Z mengalahkan Cell;hasil ciptaan Dr.Gero yang telah berasimilasi dengan manusia robot No.17 dan No.18(kesemua manusia robot juga adalah hasil ciptaan Dr.Gero untuk membunuh Gokou kerana telah memusnahkan Tentera Selendang Merah.).Trunks masa hadapan juga telah membunuh angkatan Fliza dan bapanya yang datang ke bumi untuk membalas dendam kepada Gokou.Trunks di dalam gambar di atas merupakan Trunks masa hadapan.
KURIRIN:Lebih dikenali dengan nama Kurin,inilah sahabat baik Gokou sejak mereka mula berlatih bersama-sama di bawah asuhan Datuk Kamesenin(lebih dikenali sebagai Datuk Kame).Umurnya setahun lebih tua daripada Gokou,pernah dibunuh oleh orang suruhan raja syaitan Piccolo tetapi dihidupkan kembali oleh mutiara naga.Ketika berlawan dengan Fliza juga,Kurin telah dibunuh dengan kejam.Inilah yang menyebabkan kemarahan Gokou meletup dan Gokou berubah menjadi orang Super Saiya lalu mengalahkan Fliza.Kurin dihidupkan kembali dengan mutiara naga planet Nameck(tempat asal Piccolo dan dewa bumi:Bapa raja syaitan Piccolo) kerana mutiara naga bumi tidak dapat menghidupkan orang yang mati kali kedua dan seterusnya.
Berikut pula ialah diskripsi musuh-musuh dalam siri Dragon Ball-Dragon Ball Z-Dragon Ball GT
RADIETZ:Inilah abang Gokou yang datang ke bumi untuk mengajak Gokou membantunya bersama-sama Vegeta dan Nacpa memusnahkan planet-planet. Gokou menolak ajakan tersebut dan ini menyebabkan Radietz marah lalu menculik Gohan sebagai tebusan.Radietz mencabar Gokou untuk berlawan dengannya jika mahu menyelamatkan Gohan.Radietz akhirnya dapat dikalahkan oleh gandingan Gokou dan Piccolo tetapi sempat menyampaikan mesej kepada Vegeta dan Nacpa mengenai hal mutiara naga yang didengarinya.
BROLLY:Brolly adalah orang Super Saiya legenda yang ditakuti oleh Fliza.Brolly mendendami Gokou dan sentiasa mencabarnya.Cabaran pertama Brolly dapat ditewaskan oleh Gokou seorang dan cabaran kedua dikalahkan dengan bantuan Gohan dan Goten(anak kedua Gokou).Brolly terbunuh dalam perlawanan kedua ini.Namun darah Brolly telah diambil oleh saintis yang menjalankan kajian kejuruteraan genetik.Saintis tersebut sebenarnya tidak mengetahui asal-usul darah tersebut kerana ianya diberi oleh seseorang yang melihat pertarungan kali kedua tersebut.Brolly hidup kembali tetapi tidak begitu sempurna kerana masih tidak siap sepenuhnya.Brolly 'klon' ini ditewaskan oleh Goten dan Trunks dengan bantuan Kurin dan No.18(pada masa ini sudah menjadi anggota perwira-perwira Z).
Lain-lain
![]() |
| Freeza |
![]() |
| Cell |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan