![]() |
| ...model... time muke clean n clear sebab sinaran cahaya lampu minyak tanah ;p |
Nak share petua untuk hilangkan jerawat kat muka. Sebab jerawat sering bertempek di wajah ku. Sakit hati dan tekanan je bila tengok jerawat ni merosakkan penampilan ku. haiisshhh!! Nak beli produk mahal macam SKII dah tak mampu. Jadi aku saja search petua nak hilangkan parut jerawat.
Jadi jom layan:-
Petua 1
Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu. (tapi muka agak pedih)
Petua 3
Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4
Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6
Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7
Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
Petua 8
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka dan biarkan kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih.
Petua 9
Ambil beberapa ketul asam jawa. Bancuh dengan air, kalau boleh biar pekat likat dan jangan terlalu cair. Selepas itu sapukan kepada muka macam masker.
Sumber: Dari internet
-Selamat mencuba dan semoga selamat-

1 ulasan:
nice tips!!! jom la join sini
http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/07/promot-blog-secara-percuma.html
Catat Ulasan