Iklan

Thanks Followers!

Memaparkan catatan dengan label My Soul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Soul. Papar semua catatan

Ahad, 28 September 2014

Alhamdulillah rezeki - Surat tawaran perlantikan Pembantu Tadbir (Kewangan)


Salam.
Alhamdulillah, nak berkongsi berita gembira yang aku harapkan selama ini. Pada hari jumaat 5/8/14 aku terima surat tawaran perlantikan jawatan tetap Pembantu Tadbir (Kewangan). Hari jumaat tu aku kerja tapi surat tu diterima di rumah, mak telefon bagitahu berita gembira tu, bila aku dengar  je rasa macam tak percaya je, mungkin mak aku salah tengok kot. Sebab sebelum ni keputusan interview aku ialah simpanan. Boleh rujuk entry ni KEPUTUSAN SIMPANAN. Tengah hari aku balik rumah sebab nak tengok surat tawaran tu. Alhamdulillah syukur memang betul tu surat tawaran dari SPA. Perasaan gembira yang tak tergambar rasanya bila terima surat tawaran tu, rasa macam mimpi menjadi realiti. Hakikatnya dah bertahun aku menunggu mengharapkan akan mendapat peluang seperti itu. Itu sesuatu yang baik untuk aku.


Surat Tawaran

Syukur. Kegagalan yang lalu yang pernah aku lalui,  tak bererti gagal untuk selamanya. Tak sia-sia aku sentiasa berdoa setiap hari memohon daripada Nya.


Walapun dah dapat surat tawaran . Tapi tempat untuk melapor diri belum diberikan lagi. Jadi bermakna aku tak tahu bila dan di mana tempat akan aku berkhidmat. Dapat kat mana-mana pun tak apa la. Kalau boleh dapat yang dekat lagi bagus. Tak apa la tunggu jela surat untuk lapor diri pula nanti.

Di dalam surat tawaran tu dia dah minta suruh buat pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun, surat setuju terima perlantikan. Masa lapor diri nanti kena la bawak surat-surat ni. Semua tu dah settle dan sekarang tunggu surat lapor diri. Bila dah melapor diri, bermula lah aku sebagai penjawat awam yang rasmi. Insyallah.

Selepas mendapat surat tawaran, pada hari isnin 8/9/14, aku dah pun serah kan surat perletakan jawatan aku kat tempat aku bekerja sekarang. Sudah 5 tahun lebih aku bekerja kat situ. Di situla tempat aku mendapat rezeki dan di situlah aku belajar banyak perkara dan mengenal manusia. Pelbagai juga kenangan suka dan duka. Mungkin selepas ini akan banyak lagi perkara yang aku akan tempuhi.
Ada lagi 5 hari aku akan bekerja tempat kerja aku sekarang, aku akan selesaikan apa tugas yang patut dan hari isnin nanti dah ada orang baru masuk untuk menggantikan tempat aku. Setelah 5 tahun dekat situ dan bila mahu meninggalkan tempat itu, perasaan sedih tu ada la jugak. Tapi sebenarnya ada something yang aku akan rasa kehilangan nanti. Jeng jeng jeng.

- end -

Ahad, 11 Ogos 2013

Aku hanya merancang tuhan yang menentukan


Sekarang tahuni (2013) umur aku dah memcecah 27 tahun, bukan le umur yang terlalu muda sangat, tapi umur yang dah matang dan dah boleh fikir mana baik dan buruk. Aku bukan budak-budak lagi, walaupun sebenarnya perjalanan aku masih jauh itu pun kalau umur aku masih panjang dan nafas ku masih ada dan jantung ku masih berdegup.

Banyak benda dalam hidup ni yang belum aku capai, banyak lagi impian yang belum terlaksana. Aku selalu tercari-cari ke mana hala tuju hidup aku, masa depan aku. Sebenarnya aku dah tahap bosan dengan kerja aku sekarang. Kerja yang berlambak yang tak boleh berhenti dan setiap hari dan setiap bulan buat perkara yang sama membuatkan aku teramat lah bosan. Jadi aku tersangat mengharap yang aku akan keluar dari situ suatu hari nanti, maksudnya aku keluar dari situ dan aku dah ada hala tuju, bukan terus berhenti je tanpa hala tuju dan sekarang aku ada terfikirkan sesuatu apa perlu aku buat dengan masa depan aku dan sekali gus akan akan keluar dari situ.

Walau apa pun aku hanya merancang dan aku harap apa yang aku fikirkan ni akan menjadi dan akan berjalan dengan lancar, aku akan tempuh jugak sebab aku fikirkan ini lah jalannya untuk diri aku sendiri, aku tak nak sampai ke tua aku kerja kat situ, sedangkan hati aku tak gembira. 
Cadangnya tahun depan aku nak belajar jahitan dan fesyen, aku nak ambil kursus ni sepenuh masa. Aku dah tengok kursus tu ambil masa setahun lebih nak habiskan dan lepas tu ada elaun RM300. Yuran pengajian dia tak lah mahal sangat, aku rasa ni peluang aku untuk belajar dan ini peluang aku nak ubah kerjaya aku, lagi pun aku memang ada minat menjahit. Aku dah boleh nampak masa depan yang baik kat situ walaupun aku tak tahu masa akan datang apa akan terjadi, sama ada aku akan berjaya atau tidak, walau apa pun aku akan buat yang terbaik, sentiasa berusaha dan berdoa. Ini seperti pertaruhan dalam hidup aku.
Cuma aku ada beberapa yang perlu aku settle sebelum aku pergi kursus tu. Kalau perkara tu tak settle memang masalah la aku. Tak pe Insyallah semua akan di permudahkan.
Buat masa ni, inilah rancangan aku untuk tahun depan setelah habis masak aku fikir. Walau apa pun aku hanya merancang dan hanya tuhan yang menentukan benda ini jadi atau tak untuk masa akan datang, sebab aku tak tahu apa akan terjadi. Mungkin akan lebih baik atau sebaliknya. Yang pasti nya yang baik tu datang dari Dia dan yang buruk tu datang dari aku sendiri.

"Ya Allah semoga semuanya di permudahkan dan hanya Kau lah penentu segalanya. Aku hanya hamba Mu yang mahu mengubah nasib untuk menjadi yang lebih baik. Amin.."



Selasa, 7 Mei 2013

Madah ku bermadah atas lirik Hatiku Milikmu

Gambar hiasan

Lirik Lagu - Hatiku Milikmu

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Madah ku berhelah:-


Si gadis bertanya adakah lelaki itu faham akan perasaannya.
Perasaan terhadap lelaki itu boleh membuatkan dia berasa sedih
Semua tentang lelaki itu membuatkan dia terpaku.

Bila berada disisi lelaki itu si gadisitu hanya mampu terdiam sahaja.
Sedangkan dalam hati bergetar-getar.
Dia susah nak meluahkan perasaannya.
Nafas seakan terhenti bila terpandang ke arah lelaki itu
Jantung akan berdegup dengan laju.
Dia bertanya adakah hati nya akan menjadi milik lelaki itu
Dalam hati dia berbicara dia sayangkan  lelaki itu


Dia menganggap segala perkara bersama lelaki itu adalah suatu kenangan yang indah

Yang tak akan dia lupa sampai bila bila.


Dia menulis semua kenangannya bersama lelaki itu 

Di dalam hati sanubarinya
Supaya menjadi perkara paling indah dalam hidupnya

Perasaan gelora cintanya begitu kuat
bagaikan di landa badai
Dan hatinya mencari jawapan akan cintanya agar terungkap.


*** Gila la.. jiwang gila aku. ;p

Jumaat, 26 Oktober 2012

Hati terpenjara

Dalam hati ada penjara, hati terpenjara.



Bila ada sesuatu dalam hati nak meluahkan tak tahu nak meluahkan kepada siapa. Takut bila nak meluahkan apa yang dirasa seperti mahu mencerita buruk orang, jadi terpaksalah simpan dulu rasa ini. Tapi sangat-sangat berharap ada orang sudi mendengar luahan terpendam ini dan akan memberi respond yang positif dan akan memberi pandangan yang baik. Tapi kalau diluahkan rasa ni, mungkin akan mendapat dosa dan mungkin akan di kritik. Mana tahu.
Apa nak buat, pendamkan saje la rasa ini. Maksudnye kena redha dan terima apa sahaja yang ada, kalau rasa tak suka dan gembira dengan semua itu, mungkin itu adalah yang terbaik daripada yang lain-lain. Maksudnya juga kena terima apa saja sikap dan tindak tanduk orang sekililing  yang berdekatan tanpa rungutan lagi. 
Tapi hakikatnya agak sukar diri nak menahan. Jiwa ini akan rasa sedih sangat sebab terpaksa telan kan saja dan terima saja semua ini. Hakikatnye sekarang hati ini tertekan dan sangat tak gembira, tapi siapa yang akan peduli tentang hati itu. Hati dah terpenjara.



Khamis, 6 September 2012

Bila akan jatuh cinta

Bila akan jatuh cinta lagi?



Jatuh cinta. Kalau mula-mula dulu kenal dengan perasaan ini wow betapa indahnya rasa itu. Seperti rasa macam mandi tak basah, tidur tak lena makan tak kenyang, apa pun tak boleh. Haha. Rasa yang indah, mungkin. Satu perasaan secara semula jadi yang terjadi dalam diri kita. Ia nya datang secara tiba-tiba dan bukan lah sesuatu yang kita minta.

Tapi kalau sekarang bila perasaan tu datang, ia suatu perasaan yang agak menakutkan. Ia bukan lagi perasaan yang seronok, tapi rasa itu adalah satu perasaan yang akan memberi bala kepada hati. Sebab apa begitu? Sebab perasaan kecewa akan datang selepas jatuh cinta.

Hati ini tiada hak, hanya bakal untuk dikecewakan? Tak pasti sekuat mana hati dan setebal mana rupanya yang selama ini terlalu banyak rasa kecewa dalam hidup yang terpaksa dirasai. Bila rasa jatuh cinta dengan seseorang, seakan seperti sudah tahu suatu hari nanti kekecewaan akan berlaku dengan apa sebab sekali pun.

Bila akan jatuh cinta lagi? Emm hati berkata teringin tapi perasaan berasa takut. Takut kecewa akan berulang. Bila akan jatuh cinta dan bahagia?

Ahad, 29 Julai 2012

Musnahlah harapan yang tinggi menggunung

.:: Sembunyi ::.


Keputusan dah keluar jawapannya nya setelah aku semak adalah GAGAL. Yeah... gagal.... Bagaimana aku rasa, rasa bergedebuk kena kat muka, kedebak jatuh kat badan. Apa yang bergedebak gedebuk tu, hakikat yang aku kene terima. Aku gagal lagi setelah peluang di beri.

Oh shit! Tak tahu nak cakap apa lagi yang pastinya harapan mak dengan ayah aku juga punah. Sekarang aku sudah rasa malu nak memberitahu seluruh manusia yang aku gagal. Tapi aku kena berani untuk memberitahu dengan selamber akan kegagalan itu (itu pun kalau ada yang tanye, tak tanye tak kasi tau la). Apa boleh buat kan, nasib belum menyebelahi dan rezeki belum ada. Mungkin ada hikmah de sebalik nya.

Tapi sampai sekarang aku masih bersedih dan kecewa. Jangan risau ini takkan lama biasa nya akau akan cepat ok.Sebab aku ni seorang yang tabah.. hahha...  ;p 

- END -

Selasa, 31 Januari 2012

Cita-cita masa dulu



Masa kecil dulu semua kebanyakan orang ada cita-cita. Apa tu cita-cita? Cita-cita bila dah besar nanti nak jadi apa. Masa kecil dulu tak tahu nak jadi apa cuma yang tahu pasal pekerjaan ialah Doktor, Guru & Jururawat. Antara 3 ni aku selalu pilih nak jadi Doktor tak pun jururawat. Tu jela jawapan untuk cita-cita masa kecik, memang tak ada lain dah. hehe..

Bila dah sekolah menengah, baru tahu ada macam-macam pekerjaan yang boleh dijadikan cita-cita. Disebabkan masa sekolah dulu aku minat pengiraan jadi aku minat nak jadi akauntan, subjek akaun pun minat jugak masa tu. Lepas tu bertukar pulak nak jadi Pegawai bank sebab suka tengok duit & nak kerja dengan duit, lagi pun macam best je kerja dekat bank. Pernah jugak aku punya cita-cita nak jadi ahli perniagaan yang berjaya.



Bercita-cita tu memang best kalau boleh semua akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Dari permulaan cita-cita tu lah kita akan buat pilihan untuk pilih course apa yang kita nak ambik bila nak sambung belajar lepas SPM nanti.
Pesanan kepada adik-adik di luar sana, JANGAN SILAP PILIH KURSUS. Pilih la kursus yang ada value bila dah keluar nanti.

Bila dah mencecah umur dewasa ni, bila di ingat balik ada beberapa perkara yang aku nak ulangi semula dan buat keputasan semula yang mungkin akan mengubah hidup ini. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah takdir dari Nya, aku hanya manusia yang perlu terima segala takdirnya dan bersyukur apa yang ada.

Yang lepas biarlah lepas, tak payah nak pandang belakang lagi. Tak terlewat lagi nak mencapai cita-cita. Boleh je lagi kalau nak ada cita-cita lain.

-sekian-

Rabu, 14 September 2011

Sahabat dulu dan kini


Orang kata berkawan seribu, bercinta biar satu. Kawan dalam seribu pula belum tentu adalah sahabat. Sahabat yang dimaksudkan adalah kawan yang boleh menerima susah senang, menangis, ketawa, suka dan duka bersama. Bukan hanya di sisi kita di saat kita gembira dan senang sahaja, malah apabila kesusahan atau musibah melanda dia sentiasa di sisi beri sokongan.. Sahabat yang baik memang sukar di cari. 

Bersahabat tu memang indah dan juga berharga dalam hidup kita, tanpa teman-teman mungkin sukar kita nak menjalani hidup ini secara normal. Hendak pergi ke kelas harus bersama teman, ke kantin, ke purpustakaan, belajar bersama, keluar jalan-jalan bersama, semua itu sangat indah dan sukar untuk kita melupakan kenangan indah itu bersama teman-teman. Di waktu itu teman adalah segalanya bagi kita, tak mungkin kita boleh hidup tanpa teman. Sahabat atau teman sangat penting dan berharga kepada kita di waktu sekolah, remaja atau pun di waktu kuliah. Kerana di waktu itu saban hari kita akan dikelilingi teman-teman seperjuangan. 


Tetapi semakin lama, semakin waktu menelan usia, sewaktu zaman pembelajaran kian meninggalkan kita. Sewaktu itulah teman dan sahabat semakin jauh dan jauh. Semakin hari kita lihat disekeliling sahabat semakin tiada. Hidup harus diteruskan. Semakin lama makin banyak sahabat meninggalkan zaman bujang dan memiliki kehidupan sendiri, maka bermula lah dari situ sahabat dan teman yang dahulunya selalu bersama di tinggalkan dan terpinggir. Ketika itu keluarga lah yang penting dan utama dalam hidup. Sahabat mungkin yang terakhir.


Walau apa pun, jangan sesekali kita memutuskan persahabatan, walaupun di dalam hati pernah terguris dan tergiris secara sengaja atau tak sengaja dari sahabat. Walaupun ketika ini, sahabat tiada lagi yang ada cuma kawan-kawan sekeliling, tiada lagi istilah sahabat yang kita rasa kan dahulu, sewaktu susah senang bersama. Hidup yang perlu diteruskan tanpa menoleh lagi kebelakang.


Susah sebenarnya nak jumpe sahabat sejati, yang ada hanya berpentingan diri sendiri. Untuk kehidupan ini sikap penting diri sendiri harus ada untuk melawan hidup agar lebih matang mengenal erti hidup dan belajar hidup ini tak semuanya indah.



Sumber: google
Tomodachi... Arigato naa...

- end -

Ahad, 3 Julai 2011

Impian nan Harapan



Besar sungguh harapan mak ayah nak melihat anak-anaknya berjaya. Menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk anak-anak merealisasikan impian mak dan ayah mereka. Hidup ini tak seuntung & seindah yang di sangka, untuk menggapai apa yang di impikan memerlukan doa dan usaha sungguh-sungguh. Mampukah aku merealisasikan semua ini untuk kedua orang tua ku? Itu lah jasa yang perlu aku balas terhadap mereka yang selama ini telah membesarkan aku dengan cara dan daya mereka sendiri. Apa segala kekurangan dan kelemahan mereka aku terima jika nak dibandingkan pengorbanan dan kesusahan mereka membesarkan anak-anak. Aku tak akan berasa malu dengan mereka cuma aku nak suatu hari nanti mereka akan berbangga dengan aku dan aku nak menyenangkan hidup mereka. ITU AJE! Jangan sesekali ada manusia yang cuba menghina ayah dan mak. Aku tidak akan memaafkan itu manusia. 


Ada satu perkara membuatkan aku ralat dan aku nak sangat tebus bende tu. Caranya mungkin agak sukar, terlalu tebal rintangan dan halangan sebab tak semua orang di lahirkan beruntung. Adakala kesungguhan itu perlu untuk kita mencapai apa yang di ingini. Tapi sekuat mana aku untuk melepasi rintangan itu? aku sendiri tak tahu. Tapi suatu hari nanti aku aku cuba buktikan dan berusaha juga sampai berjaya untuk mencapai impian mak dan ayah. IMPIAN mak ayah sebenarnya adalah impian aku.

-EnD-

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...