Salam satu Malaysia.
Hari isnin hari malas sedunia, haha...
Sebab dah cuti dua tiga hari jadi hari isnin mood memang dah lari.
Hari ni nak story, nak habaq mai kat blog ini yang aku sekarang sangat sedang STRESSS bekerja. Sampai ke tahap ni aku rasa tak suka dengan kerja aku sekarang. Dah bosan dengan kerja tu. Tapi inilah yang aku rasa sekarang.
Bertambah-tambah runsing kepala hotak bile berkerja dengan orang yang bermuka-muka. Depan boss lain, depan kita lain. Kerja pulak dah semakin bertambah sebab orang yang dah behenti kerja tak ada pengganti dan pekerja yang ada la kena makan kerja tu. Kerja pulak di tolak-tolak. Bila mintak tolong dengan kita, tanya itu ini, jadi baik je ropenye, bila kita bertanya pulak, anggap kita ni macam tak tahu buat kerja je sebab asyik bertanya. Cara orang atasan pulak suka kasi tekanan dan semua benda nak cepat dan berulang kali bertanya, nak dekat sepuluh kali cakapnya dalam satu hari. Gaya aje nak melangsi. Macam nak stress dengan orang-orang sekeliling.
Sabarlah wahai diri ku Lia, biar orang buat apa yang dia orang nak buat tapi tunggu la kesabaran aku habis limit.
Beberapa bulan ni, kerja aku memang dah tak boleh berhenti, nak kata sales company naik & banyak order tak jugak, biasa-biasa aje. Sekarang apa yang aku rasa, hari-hari aku berdoa supaya aku akan keluar dari tempat itu dan mendapat tempat yang lebih baik.
Silap jugak dulu aku dah dapat peluang lain, aku tolak sebab company offer aku gaji naik, so aku yang mata duitan ni menerima sebab nak gaji banyak. Tapi masa kata nak gaji naik dan offer aku ke jawatan lain tu, janji nye lain, dan sekarang jadinye lain. Maksudnya aku akan di tawarkan buat kerja yang lain dan kerja yang aku buat sekarang akan ada orang baru yang akan handle. Tapi sampai sekarang tak ada orang baru, alasan nya mereka tak mahu ambil orang. Mungkin inilah akibatnya aku tamak masa tu, aku tengok offer yang lebih banyak. Patutnya aku dah tahu style mereka tu macam mana. Memang dari dulu mereka tak pernah pegang janji, hanya cakap saja itu ini.
Aku dah kerja kat situ hampir 4 tahun, inilah tahap stress yang rasa teruk sekali. Stress + menyampah + bosan + runsing = nak lariiiiiii!!!
Memang hati dah tak ada.
p/s: Tolong!!! nak cari kerja lain.
