Iklan

Thanks Followers!

Ahad, 28 Ogos 2011

Kisah Dongeng Saja....

Suka dengan lagu ni. best kalau dok melayan soang-soang. Suara Stacy pun sesuai sangat bawak lagu ni. Lirik nya jugak aku suka. Boleh ke kisah dongeng ni jadi kenyataan? Kalau boleh jadi kenyataan untung laa. ;)
Jom layan lagu sambil karok ;)


Kisah Dongeng - Stacy (VC & Lirik)





Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
(ulang korus)

Selasa, 23 Ogos 2011

Alhamdulillah... Saya menang Contest ;)


Alhamdulillah rezeki, untuk bulan ni aku ada menang 2 contest. Setelah beberapa contest yang aku join akhirnya ada juga yang mengena untuk menang. Ni yang buat semangat nak join lagi ni... hehe ;)

Untuk yang pertama saya telah di maklumkan oleh penganjur contest ini, ada sesuatu yang menarik menanti saya. Bila bukak page dia tengok2. Saya adalah follower bertuahnya yang ketiga. Tq Cik Qish


Untuk yang kedua saya menjadi yang bertuah jugak, dapat hadiah voucher. Mula-mula untuk para pemenang bertuah tu, dia suruh pilih warna ikut kelopak bunga yang di tunjukkan seperti di bawah.

Saya telah memilih warna ungu, dan hadiah yang saya terima adalah voucher sebanyak 20 %. Boleh la shopping di page Maharani Collection. Tq cik Cahya


Update:-
Saya menang contest, tapi hakikatnya hadiahnya saya tak terima untuk contest:  Cik Qish. 
Dah email 2, 3 kali tapi tak di reply. WTFish....!

Isnin, 22 Ogos 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun (Part 2 - sediakah kita...?)



Dalam bulan puasa ni, 2 kali aku denga berita kematian yang agak mengejutkan halwa telinga aku. Yang pertama adalah seorang kenalan di sekolah menengah dulu. Refer story balik sini. Berita yang pertama ni memang buat aku terdiam dan berfikir seketika tentang hidup ini hanyalah sementara sahaja.


Untuk berita kedua yang aku terima, iaitu suami kepada kawan aku yang baru saja meninggal dunia petang tadi di sebabkan kemalangan. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Meninggal dalam usia yang muda juga. Dalam sekelip mata dalam usia yang muda dia telah meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil. Tak dapat bayangkan anak yang masih kecil yang tak mengerti apa-apa telah kehilangan bapanya. Dugaan yang hebat untuk kawan aku, aku harap dia tabah dan kuat semangat. Ini adalah ujian dari Nya yang maha mengetahui. Pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang mengetahui. Al-Fatihah, semoga ditempatka dengan orang-orang beriman.


Kematian menginsafkan aku.



Sekali lagi ia membuatkan aku berfikir sejenak. Maut tu boleh datang bila-bila dan sampai bila pula kita nak memikirkan hal dunia yang sementara ini Adakah himpunan harta di dunia yang kita miliki akan ikut kita di alam barzakh sana? Hanya amalam sahaja akan di bawa.


Bahawa berapa kali kah malaikat maut menjenguk kita? Ayuh renung sejenak:


Sebuah hadist Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas Radhiallahu anhu, bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
” Bahawa malaikat maut memperhatikan wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari”.

Bersediakah kita untuk mati? Ya Allah... Takutnya...

Semoga kita termasuk golongan orang yg selalu mengingat kematian dan semoga ketika malaikat maut menjenguk kita untuk terakhir kalinya, kita berada dalam keadaan khusnul khatimah(baik di penghabisan). Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Untuk diri aku, aku rasakan betapa aku... hanya tahu mungkiri janji, semoga aku dan juga siapa-siapa yang baca entri sentiasa ingat dan takut akan kematian supaya kita sentiasa terhindar daripada melakukan dosa dan akan  turut ikut perintah Nya.  Aamin Ya Rabbal 'Alamin.

- Tamat -

Ahad, 21 Ogos 2011

20/08/2011 - Berbuka puasa di Syuen

Semalam, 20 Ogos 2011, saya dan beberapa rakan sekerja telah berpakat-pakat untuk pergi berbuka puasa di Hotel Syuen. Pertama kali berbuka puasa  kat Hotel, sebelum tak pernah. Hidangan nya pula adalah secara buffet. Sempana bulan Ramadha ni, memang banyak hotel2 dan restaurant yang buat pakej buffet berbuka puasa. Tiap2 tiap tahun pun mesti ada. 

Dengan harga pakej RM 28.90 satu kepala, tanpa had atau limit, boleh makan apa saja yang terhidang. Dengan harga yang macam tu, sangat berpuas hati sebab makanan nya pelbagai dan sedap. Memang berbaloi. ;)
Insyallah tahun depan mai lagi. ;)

Posing dulu ;)
Time ni orang banyak dah balik
Lauk pauk
Lauk pauk pelbagai pilihan. Rambang mata semua rasa nak ceduk
Dengan kak su, dia yang booking untuk kami
Berbuka puasa, tapi kami bergaya macam nak raya dah ;)
Harus bergambar di setiap sudut ;p
"haa ni la diaa.." ;p
Dah nak balik dah, tiba-tiba baru perasan lif ada cemin, apa lagi cepat- amik gambar ;p
- Kenyang -

Khamis, 18 Ogos 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun ..... (muhasabah diri)



Innalillahiwainnailaihirojiun seorang kenalan saya masa sekolah dulu yang telah pun meninggal dunia  semalam akibat kemalangan. Saya tahu pun daripada kawan-kawan yang maklumkan di facebook. Bila dapat tahu je berita tu agak memeranjatkan, tak sangka, cepat nya dalam usia yang muda dia telah pergi. Membuatkan aku terdiam seketika dan berfikir. Kematian memang menginsafkan. Ia membuatkan aku supaya berfikir dan sedar bila-bila masa sahaja tuhan akan tarik nyawa kita. Tak ada siapa dalam dunia ni tahu bila kita akan mati. Mungkin esok, lusa atau sepuluh tahun lagi. 

Kalau kita tahu bila tarikh kita mati pasti bakal arwah semua berlumba-lumba nak bertaubat dan yang masih rasa umurnya panjang terus melakukan dosa dan larangan Nya, suruhan Nya pula akan terus di abaikan sehingga di rasakan mati itu akan tiba esok.

Anggaplah yang kita akan mati esok, dan berkemungkinan kita akan mati tak lama lagi. Takutnya. terasa diri ni tak layak ke syurga Mu kerana terlalu banyak berdosa.

DOA TAUBAT

إلهى لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم

 Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Ssesungguhnya Engkaulah pengampun
Dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar.

- end -

Isnin, 15 Ogos 2011

Contest Bersama Kawan-kawan - close

Contest Bersama Kawan-kawan

 Nak join Klik sini ---> duniapenuhcoklat

Syarat-syarat:-
  • Nak 1 gambar sahaja dan pastikan gambar itu adalah masa korang dengan kawan-kawan  korang . 
  • Ceritakan tentang gambar itu .
  • Letak banner itu di entri korang and letak tajuk apa pon.
  • Contest start pada 22.7.2011 dan tamat pada 16.08.2011 
  • Tag kepada 2 orang dan pastikan mereka tau tau !
  • Contest akan terbatal kalau tidak melebihi 5 peserta.
  • Tinggalkan link korang.


Jadi, gambar yang dipertaruhkan adalah:-





Gambar ini di ambil masa percutian ke Pulau Pangkor pada bulan lepas. Saya dan rakan sekerja bersepakat untuk bercuti bersama dengan tajaan sendirian berhad (duit sendiri le tu.. hehe..)
Apa yang menarik tentang kami dan percutian ini adalah, tanpa mengira bangsa dan agama kami boleh bersepakat pergi bercuti bersama. 1 Malaysia la katakan. ;) 

Walaupun dah beberapa kali pergi ke Pulau Pangkor ni, tapi percutian kali ni lebih seronok sebab kita orang dapat naik banana boat, round pulau dan tempat penginapan yang superb. Sangat seronok dan berpuas hati.
Cuma masa nak balik, kat tempat jeti Pangkor kene beratur panjang hampir sejam sebab orang terlalu ramai.

tag2:-

- end -  

Ahad, 14 Ogos 2011

Ada contest @ GA tergantung tak bertali...????



Assalamualaikum semua,

Tergerak di hati dan dah lama terbuku di hati nak luahkan perkara ini. Pernah tak korang join contest @ GA di mana-mana blog tapi bila sudah tarikh tutup dan sudah beberapa lama kemudian, pengumuman untuk pemenang tidak diumumkan? Huh... Letih sudah rasa nye saya view dia punye blog sebab nak tengok update blog nya untuk di umumkan pemenang. Walaupun bila kita join sesebuah contest @ GA tapi tak menang, aku sikit pun tak berasa kecil hati, lagi semangat nak join macam-macam contest lagi ade.

Tapi aku kecewa ni, bila ada contest ni buat contest tergantung tak bertali, rasa macam tak ade tanggungjawab aja bila buat contest ni. Hadiahnya boleh tahan lumayan. dia buat contest dan suruh kita ikut syarat-syaratnya, follow sudah buat entry pun sudah. Apakah motif? nak tarik follower je ke semata-mata? Tak pun mungkin ada masalah ye tak boleh update blog. Ok la mungkin itulah jawapannya. Tapi boleh pulak update blog suruh tunggu lagi keputusannya. Ermm.. berapa lama pulak nak suruh tunggu keputusannya? Konon-konon nak bagi suspen yek. Kalau dah sampai sebulan lebih... apa kah...apakah...

Tak payah susah nak tunggu lagi la, lebih baik unfollow dia aje, setakat aku sorang unfollow tak rugi & effect ape-ape pun kan kat dia punye blog. Terima kasih la buat contest macam tu tergantung tak bertali. Lain kali buat lagi ye. Senok je rasa... ;P

Terus terang, cuma ada satu blog ni aje yang buat macam ni, adala tapi tak nak le mention kat sini. Ape pun aku akan terus support GA @ contest yang mana-mana blog lain buat, tapi bukan blog yang itu. Insyallah. Selain bertujuan untuk menang dan suka-suka, boleh juga dapat kenalan dari blog-blog.


 -Kecewa-

Sabtu, 13 Ogos 2011

GA Sapa Nak Shawl Nie? - close

GA Sapa Nak Shawl Nie?





1 x Shawl Lycra Two Tone : Grey+Purple 

1 x Shawl Lycra Ribbon : Black


Nak join klik sini




Syaratnya:
  1. Terbuka kepada semua follower Ini Cerita PUAN KUTU dan Kutu Kemaruk Kontest.
  2. Buat entri tajuk yang sama.
  3. Tepek banner dan linkkan ke entri nie.
  4. Tinggalkan link dekat komen. 
  5. Done!
 Tarikh tutup: Belum di umumkan... (masih terbuka.. cepat..!!)


-end-

GIVEAWAY Special KECHIK ITU COMEL - close

GIVEAWAY Special KECHIK ITU COMEL




Nak Join klik sini ---> giveaway-special-kechik-itu-comel 


Hadiah-hadiah nya adalah:- 

Hadiah pertama


Hadiah kedua


Tarikh tutup : 14 Ogos 2011 jam 11.59 malam


-end-

Rabu, 10 Ogos 2011

Tiada lagi akaun My Space & Friendster

 


Salam,


Sekarang di umumkan bahawasanya, Nazlia Nazeri tiada lagi akun FRIENDSTER & MYSPACE. Ohh sedih nye. (Hehh.. sedey le sangat ko.. ;p) Sebab mengapa kedua-dua akaun ini di padam ini adalah kerana, aku nak kan privasi, banyak gambar-gambar kat akaun sana terdedah tanpa perhatian lagi. Lagi pun dah jarang sangat aktif, buka pun setakat tengok-tengok. No motif. Better buang saja. So sekarang akaun yang aktif adalah FACEBOOK sahaja.


Asalnya aku ada akaun FRIENSDTER, mula terjebak pada tahun 2005, seorang kawan yang perkenalkan. Dah lama jugak ada akaun tu, seronok dan menarik juga pada mulanya, boleh add banyak kawan-kawan sana sini. Yang kenal dan juga baru nak kenal. Tapi makin lama FRIENDSTER agak boring.


MYSPACE pulak,  penangan yang ni kena kat aku memang dasyat, telah diperkenalkan oleh seorang rakan juga pada mulanya. Ni punca aku ketagih internet, selalu aje nak pergi ke Cyber Cafe sebab semata-mata nak online MySpace. Rupanya dekat MySpace lagi meriah dari Friendster, kat MySpace banyak kenalan dan banyak kawan yang nak add, bukan main nak berlumba-lumba kejar komen dan friends. 
Yang buat bertambah ketagih tu bila ramai yang nak berkenalan, yang aku pun bukan main suka lagi.. haha... Pernah juga beberapa kali berjumpa dengan kawan di alam maya ni,... hahaha  (serius ni...). Biasa lokasi perjumpaan shopping Mall. (tempat ramai orang.. selamat skit.. tak gitu..?)
Tapi biasanya jumpa sekali je, sebab apa.. aku pun tak tahu, bila di ajak jumpa lagi aku  tolak. 
Oohh itu le zaman kegemilangan masa gian ber MySpace... sekarang telah di delete and no more. Semenjak ada FB, MySpace semakin bosan dan tak ada apa lagi.

Dan Fb pula sampai bile agaknya ye.....?




- KINI TIADA LAGI -

Kena Gastrik..??? Biar betoi...



Hari ini dah 10 hari kita berpuasa, tahniah di ucapkan kepada yang tak tinggalkan lagi puasa setakat ini. Begitu juga saya.. hehe.. Tapi hari ni tak tahu kenapa perut sakit macam memulas pun ada senak pun ada. pening-pening rasa nak muntah. Entah apa kena tiba-tiba aje, nak buat kerja pun dah tak fokus, asyik menahan sakit perut aja. Tak boleh jadi ni, rasa nak balik, nak rehat kat rumah.Yes! Nekad... Aku nak balik!

Tapi sebelum balik kene pergi klinik dulu, sebab kalau tak dapat MC, gaji ku kena tolak. Dah le gaji berapa sangat je lagi mau tolak kaa...? Harus lah pergi klinik dan dapatkan MC jugak, belanja perubatan pulak boleh claim maaa... heh heh.. 

Aku pilih untuk pergi klinik yang berdekatan, tak nak pergi klinik panel sebab jauh dari rumah, orang nak dekat dengan rumah sebab senang nak balik cepat sikit nak sampai rumah, tak gitu? hehe..

Tapi yang menghairankan  bila dah sampai kat klinik perut dah tak sakit, adoi macam mana ni? Nak cakap sakit macam mana kat doktor. Ermm ingat nak cakap sakit perut cirit birit la, emm tapi dah macam menipu je dah le bulan puasa, kurang pulak pahala puasa ku nanti. aisshh.. Ahhh nekad la aku cakap aje tadi pagi sakit perut senak-senak (haa ni yang beno nye..) Doktor tu tanya macam-macam, itu la ini la. Nasib baik tak menipu kalau tak jawapan aku dah jadi tak logik aje. (boleh kantoi..)


Setelah check dan tanya macam-macam, doktor tu mengesyaki aku kena GASTRIK. Hadoi hambik kau biar betik! Macam mana gaya boleh kena ni? 


Meh aku nak share sikit bagaimana aku boleh dapat GASTRIK ni, Doktor tu cakap sebab perut kosong dan juga sebab tekanan, apabila perut kosong bertambah pula dengan tekanan, badan kita akan mudah mengeluarkan asid, tu yang rasa sakit senak je perut. Selain tu rasa nak muntah dan juga pening.  Doktor pun dah bagi ubat dan nasihat macam-macam, ini tak boleh makan itu tak boleh makan. Haa hambekk kau lagii...


Bila dah balik rumah, aku rasa macam dah tak sakit je perut, mungkin dekat rumah dah tak ada tekanan. Lebih baik berehat dan tidur, tu yang sepatutnya. 


Mungkin sakit ni tak teruk sangat dan bukan selalu aku rasa sakit macam ini. Takut aku ada gastrik ni, sebab takut rasa sakit tu akan berulang dan rasa sakitnya sangat lah tak selesa. 


- MC -

Isnin, 8 Ogos 2011

Ahad, 7 Ogos 2011

Terima Kasih : Saya follower ke 999


Entri ini semata-mata nak ucapkan terima kasih kepada empunya blog suzaDin kerana membuat entri saya sebagai follower bertuahnya yang ke 999. Woow.. hebatnya follower dia dah sampai 1000++ tu. nak di bandingkan dengan blog ku ini sungguh kerdil sekali follower nye.. hehe..
Walaupun pengikut saya berapa kerat aje, tapi saya sangat suke berblog ni. Follower yang dah sampai 1000++ macam blog suzadin tu boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi ;)
Thanks again di ucapkan.



- Senang (^_^) -

Sabtu, 6 Ogos 2011

iKLan Gangster yang lawak le... ;D

Salam...

Siapa pernah tengok dan dah tengok filem KL Gangster arahan Syamsul Yusuf? Sekarang anda patut tonton video ini pula. Filem pendek yang di adaptasikan dari KL Gangster. Tapi ini bukan KL Gangster tpi ini iKLan Gangster (pulak dah..). Orang yang buat filem pendek ini memang kreatif le, lawak sangat rasanya...  Jom tonton & layanzz..


-HILANG STRES SEKEJAP-

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...