Iklan

Thanks Followers!

Rabu, 10 Ogos 2011

Tiada lagi akaun My Space & Friendster

 


Salam,


Sekarang di umumkan bahawasanya, Nazlia Nazeri tiada lagi akun FRIENDSTER & MYSPACE. Ohh sedih nye. (Hehh.. sedey le sangat ko.. ;p) Sebab mengapa kedua-dua akaun ini di padam ini adalah kerana, aku nak kan privasi, banyak gambar-gambar kat akaun sana terdedah tanpa perhatian lagi. Lagi pun dah jarang sangat aktif, buka pun setakat tengok-tengok. No motif. Better buang saja. So sekarang akaun yang aktif adalah FACEBOOK sahaja.


Asalnya aku ada akaun FRIENSDTER, mula terjebak pada tahun 2005, seorang kawan yang perkenalkan. Dah lama jugak ada akaun tu, seronok dan menarik juga pada mulanya, boleh add banyak kawan-kawan sana sini. Yang kenal dan juga baru nak kenal. Tapi makin lama FRIENDSTER agak boring.


MYSPACE pulak,  penangan yang ni kena kat aku memang dasyat, telah diperkenalkan oleh seorang rakan juga pada mulanya. Ni punca aku ketagih internet, selalu aje nak pergi ke Cyber Cafe sebab semata-mata nak online MySpace. Rupanya dekat MySpace lagi meriah dari Friendster, kat MySpace banyak kenalan dan banyak kawan yang nak add, bukan main nak berlumba-lumba kejar komen dan friends. 
Yang buat bertambah ketagih tu bila ramai yang nak berkenalan, yang aku pun bukan main suka lagi.. haha... Pernah juga beberapa kali berjumpa dengan kawan di alam maya ni,... hahaha  (serius ni...). Biasa lokasi perjumpaan shopping Mall. (tempat ramai orang.. selamat skit.. tak gitu..?)
Tapi biasanya jumpa sekali je, sebab apa.. aku pun tak tahu, bila di ajak jumpa lagi aku  tolak. 
Oohh itu le zaman kegemilangan masa gian ber MySpace... sekarang telah di delete and no more. Semenjak ada FB, MySpace semakin bosan dan tak ada apa lagi.

Dan Fb pula sampai bile agaknya ye.....?




- KINI TIADA LAGI -

Tiada ulasan:

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...