Iklan

Thanks Followers!

Isnin, 22 Ogos 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun (Part 2 - sediakah kita...?)



Dalam bulan puasa ni, 2 kali aku denga berita kematian yang agak mengejutkan halwa telinga aku. Yang pertama adalah seorang kenalan di sekolah menengah dulu. Refer story balik sini. Berita yang pertama ni memang buat aku terdiam dan berfikir seketika tentang hidup ini hanyalah sementara sahaja.


Untuk berita kedua yang aku terima, iaitu suami kepada kawan aku yang baru saja meninggal dunia petang tadi di sebabkan kemalangan. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Meninggal dalam usia yang muda juga. Dalam sekelip mata dalam usia yang muda dia telah meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil. Tak dapat bayangkan anak yang masih kecil yang tak mengerti apa-apa telah kehilangan bapanya. Dugaan yang hebat untuk kawan aku, aku harap dia tabah dan kuat semangat. Ini adalah ujian dari Nya yang maha mengetahui. Pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang mengetahui. Al-Fatihah, semoga ditempatka dengan orang-orang beriman.


Kematian menginsafkan aku.



Sekali lagi ia membuatkan aku berfikir sejenak. Maut tu boleh datang bila-bila dan sampai bila pula kita nak memikirkan hal dunia yang sementara ini Adakah himpunan harta di dunia yang kita miliki akan ikut kita di alam barzakh sana? Hanya amalam sahaja akan di bawa.


Bahawa berapa kali kah malaikat maut menjenguk kita? Ayuh renung sejenak:


Sebuah hadist Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas Radhiallahu anhu, bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
” Bahawa malaikat maut memperhatikan wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari”.

Bersediakah kita untuk mati? Ya Allah... Takutnya...

Semoga kita termasuk golongan orang yg selalu mengingat kematian dan semoga ketika malaikat maut menjenguk kita untuk terakhir kalinya, kita berada dalam keadaan khusnul khatimah(baik di penghabisan). Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

Untuk diri aku, aku rasakan betapa aku... hanya tahu mungkiri janji, semoga aku dan juga siapa-siapa yang baca entri sentiasa ingat dan takut akan kematian supaya kita sentiasa terhindar daripada melakukan dosa dan akan  turut ikut perintah Nya.  Aamin Ya Rabbal 'Alamin.

- Tamat -

Tiada ulasan:

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...