Iklan

Thanks Followers!

Rabu, 22 Februari 2012

Berhati-hati beli pendrive 32GB

GAMBAR SEKADAR HIASAN
 
Di ambil dari: forum tranungkite.net. Saya copy di sana dan paste di sini untuk berkongsi maklumat.

Hari ini saya survey dekat www.mudah.com.my .. Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.

Anda kena berhati-hati~!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! . 

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

P/S: Sharing supaya kita berhati-hati.

Selasa, 21 Februari 2012

Pengalaman guna produk kecantikan.

Pengalaman guna produk kecantikan.
Gambar Hiasan.
Semenjak dari tingkatan 1 aku lagi mempunyai masalah jerawat di wajah. Masa tu aku dah pun baligh dah datang bulan. Tapi jerawat yang ada masa tu jerawat yang halus-halus. Masa tu aku tak pernah pakai apa-apa produk pun kat muka termasuklah pencuci muka, sebab aku fikir kalau pakai sama je.
Aku selalu merungut kat mak aku tentang masalah jerawat kat muka ni. Paling banyak & ketara kat bahagian dahi. Last-last mak belikan aku pencuci muka,  pencuci muka pertama yang aku guna ialah BIORE. Bila aku pakai aku rasa muka aku segarnyee~~~  dapat rasa hilang minyak kat muka. Suka nya masa tu.. hehe.. Tapi jerawat tetap tak hilang, tetap ade lagi kat muka.
Lepas pakai pencuci muka, aku dah start nak pakai macam-macam produk. Semua produk yang ada kat pasaran semua aku  nak try sebab terpengaruh dan tercari-cari produk yang sesuai, tapi hasilnya.... tak ade apa-apa, sama je.
Ade satu produk ni, bila aku pakai ketara jerawat aku naik, Temulawak. Aku pakai sekejap je.

Muka mengelupas & bertompok
Masa sekolah tingkatan 5, masa tu nak SPM, masa tu aku tengah pakai  produk Nivea. Dah beberapa bulan jugak la pakai Nivea ni. Tapi  lepas tu tak tahu kenapa muka aku mengelupas teruk dan kering sangat. Lepas cuci muka kulit menjadi tegang semacam lepas tu mengelupas. Tiap-tiap hari jadi macam tu. Masa kat sekolah kawan-kawan tak perasan sangat, bila aku bukak tudung, memang akan nampak muka aku dah jadi bertompok sebab dia mengelupas di tempat-tempat tertentu sahaja. Lepas aku habis SPM, memang aku tak nak keluar rumah sebab malu muka jadi macam tu. Tapi kadang tu kawan ajak keluar jugak sebab nak ajak temankan ke sana kesini la. Yang sedihnya bila ade orang tegur “eh napa muka kamu tu..? kamu pakai ape jadi macam tu..?” erghh.. rasa nak tutup muka dgn kain. Malu oo bila orang tegur. Masa lepas SPM memang aku tak nak kerja sebab inilah, lebih rela aku duduk rumah aje, makan tido.

Mak pula suruh pergi klinik dan farmasi, dia cakap cuba dulu ubat farmasi, dia orang tu tahu pasal ubat. Haa yela sangat tahu.. Orang kat farmasi tu bile tengok muka aku berkerut-kerut dia heran & banyak tanya kenapa boleh jadi macam tu... Lepas tu dia bagi ubat yang tak ade apa kesan langsung! Aku cakap kat mak aku, aku nak jumpa pakar kulit. Aku tak kira.. Lastnya pergi juga hospital gov, pergi klinik harian & kena buat apoiment Dr Pakar kulit. Bila jumpa pakar kulit aku lebih tenang, sebab orang yang tengok muka aku tu dia pakar & tak ade plak buat muka heran. 

Doktor suruh amik ubat hospital dan ikut apa yang disuruh. Aku sapu ubat hospital tu tak sampai 2 minggu muka aku dah OK!. Berbulan-bulan aku menanggung derita & malu, cuba ubat itu cuba ubat ini langsung apah tak bekesan. Sapu ubat hospital 2 minggu je dah hilang. Sampai sekarang aku tak pernah pakai produk Nivea. Aku tak tahu sama ada produk ni puncanya atau sebab lain.Misteri sudah.

Antara produk yang pernah aku pakai:-
Biore
Fair & Lovely
Temulawak
Hazeline Snow
Ponds
Clean n Clear
Nivea
Safi Balqis
Sabun papaya,
Natasya
Erisya
Avon
Shahirah
Vida Beauty
SKII
Olay
Alaisyah
Garnier
Skinz
Neutrogena
Loreal
Elysyle Essential

Muka aku jenis berminyak dan cepat naik jerawat, tambah bila nak datang bulan.
Kebanyakan produk yang aku pakai, kesannya sama je, tak ade kesan apa langsung, macam tu aje. Memang susah nak cari produk yang boleh berkesan yang tiada kesan sampingan.

Dalam banyak-banyak produk kecantikan yang pernah aku pakai yang ada nampak dan aku rasa perubahannya ada 2 produk iaitu:-


Erisya
Try pek percubaan, 1 kotak ada krim malam, krim siang, dan sabun. Lepas 2 minggu pakai rasa muka bersih dan licin , jerawat pun dah kurang skit. Ok la pada mulanya. Pek percubaan cume tahan 1 bulan je. Aku cuma pernah pakai 2 kali je. Lepas tu aku stop dan try produk lain, sebab terpengaruh dengan produk macam-macam. Sampai sekarang aku tak pernah pakai produk ni lagi.


SKII
Waa.. SKII kata ko... product mahal. Nak beli fikir 10 kali. Tapi tak salah mencuba kalau elok. Aku cuma try beli Facial Treatment Essence 75ml. 1 botol 75ml harga RM199.00.
Beli jugak la, mak aku cakap kawan dia dulu muka jerawat teruk gila, lepas pakai SKII hilang jerawatnya, seperti biasa aku terpengaruh dan aku nak cuba walaupun mahal. Kalau ikutkan orang tu rekemen pakai 1 set, tapi aku nak pakai essesnce tu je. 1 minggu pakai mula-mula muka naik jerawat sebab tu memang proses dia macam tu. Lepas tu memang boleh rasa kurang jerawat. Ini pengalaman aku la pakai SKII Facial Treatment Essence, kalau orang lain tak tahu la. Cuma produk ni mahal sangat. Tapi yang mahal ni la berkesan kat muka aku. Kalau orang tanya produk apa yang elok, memang aku akan cakap SKII. Tapi aku dapat pakai 1 botol je, sebab bila aku tengok muka aku dah ok skit, bila nak beli lagi kene fikir lagi 10 kali.
Cet!

Ada satu tahap rasa malas nak pakai apa-apa produk krim kat muka, cuma pencuci muka jela. Sebab pakai & tak pakai sama aje kan.

Tapi sorang kawan suggest pakai Elysyle Essential. Sekarang aku pakai Elysyle Essential, mula-mula ok tapi sekarang ntah ape kena muka aku naik jerawat balik. Kenapa aku pun tak tahu, tension betoi!
Ni yang rasa nak SKII ni haa.... kena kumpul duit dulu la ini macam.. ;(


P/S: Ni cuma pengalaman aku pakai produk kecantikan dari sekolah sampai sekarang. Tak ade niat nak kondem mana-mana produk.





Khamis, 16 Februari 2012

- Luahan perasaan... aku tengah kusut... -


 Orang bagi harapan aku untuk mendapatkan sesuatu yang aku nak sangat. Sampai berhari-hari aku asyik fikirkan benda itu aje, dengan harapan dan angan akan menjadi kenyataan. Bila kenyataan semakin dekat, lagi kuat harapan aku. Tapi bila dah nak dekat, dapat ada plak khabar mengatakan barang untuk orang lain, tapi masih boleh lagi mendapatkannya. Tapi cara inform untuk mendapatkannya terlalu tergantung. Dah sehabis positif aku punye fikiran sebab fikirkan persahabatan. Tapi letih sangat nak fikir yang terlalu positif. Sebenarnya ia sungguh membuat aku berasa tak tenang. Ish runsingnya...
Tak ape lah kalau tak dapat tu bukan rezeki le namanya.. Redho

- Luahan perasaan... aku tengah kusut... -

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...