Bentuk badan yang slim, kurus memang menjadi idaman para wanita mahu pun lelaki. Ramai orang berlumba-lumba untuk menguruskan badan walaupun badannya tak gemuk sangat. Ramai yang mengambil langkah kurang bijak dengan diet secara tak sihat. Teringat kawan masa di Khidmat Negara, badan dia ni cubby skit, tak la terlalu gemuk tapi dia selalu tak nak makan walaupun di Khidmat Negara tu bagi makan 6 kali sehari. Dia lebih rela makan cekedis dan megi sebab nak kurus. Makanan ringan..?? makanan yang tak sihat. Nak nasihat kan pun macam tak masuk aje, jadi biar saja. Di sebabkan orang menganggap kurus itu cantik, jadi semua gigih nak kuruskan badan.
Orang nak kuruskan badan ni sebabnya ialah:
- Senang nak pakai baju apa saiz pun bole, senang nak pilih baju.
- Malu la perut menggelebeh.(kalau malu tutup aurat)
- Susah nak berjalan, peha pun berselisih (yang ini kesian)
- Kalau kurus nampak lebih cantik (ada betul)
- Kurus senang nak berlari, kurang letih.
- Kurus kurang dapat penyakit
Tapi kalau kurus sangat, lawa ke..? tengok macam ni:-
It scary right?
Tak nak la macam ni. Aku belum pernah kategori macam ni lagi. Ohh Titak. Dulu aku ingat aku ni tahap yang kurus sangat, rupenye ade lagi kurus gila-gilaan macam ni.
Tapi aku respect orang yang berjaya turunkan berat badan secara mendadak. Walaupun aku tak tahu bagaimana cara sebenar mereka ini berjaya kuruskan badan, aku sememangnya tak boleh imagine ape amalan pemakanan dia orang sehingga jadi kurus. Biasanya yang aku dengar kalau nak kurus cepat jangan makan nasi. Betoi ke? Dua hari aku tak makan nasi dah lapo nasi dah mengelupor (kate orang perak). Macam mana ye kalau tak makan nasi dalam tempoh berbulan-bulan. Lama-lama aku boleh faham la skit-skit, sebenarnya ia agak menyiksakan dan perlukan tahap kecekalan dan kesabaran yang tinggi. Itu yang gua respect tu, sebab bukan semua orang mampu.
Kita tengok contoh Aizat Amdan (AF), dulu masa di AF bukan main besarnya badan dia, tapi.....
Dulu
Sekarang... ha hambik kurus gilerrr....
Berbeza sangat kan dulu dan sekarang. Dulu gemuk tak sapa nak pandang, biladah kurus saham tinggi ooo.. ;)
Kurus ke gemuk ke yang penting sihat, dan jangan lakukan sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan.
Amalankan cara hidup yang sihat.
-SIHAT-







Tiada ulasan:
Catat Ulasan