
Hari ni terkejut tengok ada satu fan page dekat Facebook, dia copy paste ayat dari blog ni yang bertajuk Dulu aku pelat "R". Aku pun... Haaaa??? Blog tak femes aku ni pun ade boleh ade orang copy paste ambik ayat. Ni ayat yang dia letak:-
PERTAMA
"Mesti ramai kan yang sebenarnya gagal nak sebut huruf "R". Ha ce sebut ce sebut... Kenapa ye tak boleh nak sebut huruf R, susah sangat le. Tak boleh sebut perkataan yang ada huruf R sebenarnya bukan sebab yang semua jadi tak boleh sebut. Ada yang cakap bila dah besar lagi la tak boleh nak ubah, takkan boleh nak sebut huruf R sampai bile-bila sebab lidah dah keras."
![]() |
| sama le |
KEDUA
"Kepada anda yang pelat R, jangan la rasa terlalu rendah diri, sebab lisa Surihani yang cun tu pun pelat R tapi dia relek je kan. petua saya, cuba anda letakkan hujung lidah anda di lelangit yang hampir skit di gigi atas, dan cuba vibrate kan lidah tu, Cuba la.. Insyallah boleh punye. Sebab aku pun dulu pelat R."
![]() |
| Eh sama daa.... |
KETIGA
"lisa Surihani pun pelat R kan, tapi dia buat tak reti je bile orang kutuk atau komplain. Mula tak perasan, aku start perasan bila aku tengok cite lagenda Budak Setan. ooo rupanya lisa pelat R. Bila dia menjadi pengacara Mari Menari, memang terserah la sangat sangat pelat R nya.. Orang cantik pun leh pelat R. Sebenarnya berterima kasih kepada lisa kerana membuatkan orang pelat R ni untuk lebih yakin diri. hehe.."
![]() |
| haa sama.... |
Fan page tu sebenarnya untuk komuniti bagi orang yang pelat R. Bagus jugak page ni boleh sama-sama kongsi macam mana nak sebur huruf R dengan berjayanya. Aku tak marah langsung pun admin page ni copy paste ayat dari blog aku. Sebab aku tau blog aku tak femes pun. Bila terbaca ayat tu aku nak tergelak.. Sungguh... aku rasa cam kelakar... SEBAB BLOG AKU TAK FEMES.
Nota kaki:
Aku pun ade gak copy paste dari blog orang lain dan share kat blog ni. Tapi dari blog tu mesti dia pun copy cerita tu dari orang lain gak kan.. hehe agaknye le... Tapi kite copy sekadar nak share bende yang menarik jadi tak salah kan. Apehal nak marah??
-sudah-



2 ulasan:
cantek..la blog ney...^_^
tQ :)
Catat Ulasan