Susahnya nak terima hakikat. Pedihnya
nak telan kebenaran. Tapi itulah hakikat yang aku ni belum lagi
bernasib baik dan ada rezeki. Tak mampu rasanya nak tanggung
kekecewaan atas kegagalan ini. Kegagalan yang terulang lagi. Apa lagi
aku nak harapkan dengan hidup ini, entah kenapa aku rasa hidup ini
tanpa tuju lagi. Apa yang aku inginkan seringkali gagal dan tidak
tercapai. Lemah rasa dada ini nak menerima hakikat hidup ini. Walau
apa pun aku hanya mampu fikir satu perkara ni “Mungkin apa yang
kita suka tak baik untuk kita, dan mungkin apa yang kita tak suka
akan baik untuk kita, hanya Allah sahaja Maha mengetahui”
Mungkin apa yang lebih baik sekarang
dalam hidup ini jangan mengharapkan apa-apa. Apa saja yang akan
berlaku kita berserah saja.
Macam-macam nak fikir negatif dalam
kepala ni, tapi aku cuba nak fikir positif. Mungkin dalam hidup ni
ada silap aku yang menyebabkan aku kena hadapi dan tanggung rasa
kegagalan dalam hidup ni. Aku dah rasa malu dengan masyarakat, tapi
muka ni kena la buat kering dan hadapi jugak apa pun.
Tapi sebenarnya aku semakin lama
semakin letih. Letih nak menanggug hati yang sering kecewa. Aku dah
hampir terbiasa dengan rasa ni, tapi hakikatnya aku berasa letih
dengan rasa ini.
Aku tak sangka aku akan gagal
lagi.Entah apa perlu buat dan fikirkan lagi.
Sekarang aku rasa nak bangun semula
dan melupakan segala kegagalan yang pernah aku alami. Terlalu banyak
benda yang aku inginkan dan impikan tetapi belum lagi menjadi
realiti. Dalam hidup ini memang terlalu sukar untuk mendapatkan apa
yang di impikan. Aku mahu putus asa aja dengan semua ini. Tak mahu
apa-apa lagi pengharapan. Apa yang ada tu adale, kalau dah tak ade
aku redha.
Tak mahu fikirkan lagi semua ini, lebih
baik fikirkan bagaimana nak tenang kan jiwa dan senang kan hati.
Hanya orang yang beriman dapat tenang jiwa dan senangkan hati
sendiri. Lebih baik aku menuju ke arah itu dan melupakan segala
kesedihan jiwa. Mungkin dengan Nya aku akan lebih tenang dan faham
apa kehendaknya dalam kehidupan ini. Kehidupan ini telalu misteri
bagi aku untuk aku fikirkan lebih dalam. Kerana aku sendiri tiada
jawapannya dengan apa soalan hidup yang sering bermain di fikiran aku
tentang hidup ini.
“Inilah hatiku sedang berkata”
Firman Allah SWT:
“Wahai sekalian orang-orang yang
beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat kerana Allah
akan menolong orang-orang yang sabar.” - Surah al-Baqarah (2) :
153.
From:-
My heart


Tiada ulasan:
Catat Ulasan