Iklan

Thanks Followers!

Ahad, 17 Oktober 2010

Watching Korean drama "MY GIRL"

-My Girl-









Korean drama bertajuk My Girl. Mungkin ramai yang dah tengok. Cerite nya memang best, di rekemen oleh seorang kawan untuk tonton drama ini, just tonton secara online aje. Nak beli vcd/dvd mahal.. hehe... Cerite nya ade 16 episod, dalam mase 3 hari aku abis tengok dgn jaya nye... Siang dan malam ngadap itu jele.. buang mase betoi..hehe.. Tapi yang penting cerite dia memang best, ada kelakar, sedih, memang layan. Bila tengok terasa macam dah masuk dalam drama tu, membuatkan diri berangan-anagn kononnya nak jadi macam heroin dalam cerita ni. Hehe ;)


Ju Yoo Rin & Gong Chan

-Al-Kesahnye- 

Ok la nak cite pasal cite ni kan, kisahnye pasal seorang gurl ni name dia Ju Yoo Rin bertemu dengan sorang lelaki bername Gong Chan. Yoo Rin suke & pandai menipu untuk selamatkan diri dia bile ade masalah sebab ayah dia suke berjudi & berhutang. Goon Chan plak nak mencari adik sepupunye yang dah lama hilang, sampai datuknye pon sakit-sakit sebab nak sangat berjumpe dengan cucu perempuannye tu. Goon Chan dapat idea bila lihat sikap Yoo Rin yang pandai berpura-pura, jadi dia terfikir untuk gunekan Yoo Rin  menyamar menjadi sepupu dia yang lama tak jumpe sebab datuknya sangat nazak ketika itu, di fikiran datuknya hanya mahu bertemu dengan cucunya yang dah hilang itu, setelah dapat bertemu dengan cucunya itu, datuknya semakin sihat. Apabila datuknya semakin sihat, Yoo Rin terpaksa teruskan pembohangan menjadi cucu palsu dan dia semakin rapat dengan datuk dan juga family Goon Chan. Yoo Rin pula sukar untuk melepaskan dirinya daripada keluarga Goon Chan. Dalam masa yang sama tanpa Yoo Rin sedari, lame kelamaan  Yoo Rin rasa dia telah jatuh cinta kepada Gong Chan. Gong Chan pula tidak sedar dia pun sebenarnya ada hati pada Yoo Rin, sampai satu masa baru dia sedar dengan perasaan dia terhadap Yoo Rin sebenarnya adalah cinta bukan lah hubungan seperti sepupu..  Dalam bab cinta Yoo Rin tak boleh menipu diri sendiri, begitu juge dgn Gong Chan. Tapi  pada akhirnye identiti Yoo Rin sebagai cucu yang palsu terbongkar, akhirnya datuknya mendapat tahu dan menjadi sangat marah lalu Yoo Rin di halau keluar dari rumah. Datuknya memberi amaran supaya Yoo Rin jangan bertemu lagi dengan Goon Chan dan pergi jauh dari kelaurganya tanpa memberitahu Goon Chan kerana datuknya tahu mereka sedang jatuh cinta. Maka Goon Chan dan Yoo Rin terpaksa berpisah. Masa Yoo Rin kene pergi dari rumah datuknya, Goon Chan ingatkan Yoo Rin pergi sekejap saja, rupa-rupanya dia pergi untuk selamanya, bila dia tahu Yoo rin sebenarnya mahu tinggalkan dia, semuanya dah terlambat, Yoo Rin telah jauh pergi. Time tu sedey sangat... Lepas tu keluar pulak lagu dalam video ni.. mari layan.. Sedey ;(





Kalau nak tau feel betapa best ke tak cerita ni, kene tengok sampai habis. Ceritanya memang best, serius cakap..huhu.. Funny ade, sedey pun ade...Yang tang sedey tak tahan tu, jiwa ku turut parah..haha...
Pelakun dia plak boleh tahan.. sedap mate nak pandang...huhuuooii blur


Buat kek, sebab mereka dh termakan kek aunty dia org, so ganti balik n buat2 tak tau.. diam




Dalam kisah mcm ni mesti le kene ade org ketiga,, ha tengok tuu...
Yang tu kekasih la Gong Shan, tp Gong Shan tak de hati pun kat dia..


Oo0o0o.. so sweet..haha...


Mase ni kenape erk aku pun dh lupe... huhuu..



Ni lagu tema dia bes jugak, rentak hiphop lg... ok layan jugak...





-End-

Tiada ulasan:

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...