Kenali panadol @ paracetamol
Panadol atau paracetamol ialah sejenis dadah kumpulan analgesik (penahan sakit) yang sangat popular digunakan di seluruh dunia untuk meredakan sakit kepala,demam,sakit-sakit ringan dan sengal-sengal badan. Ia digunakan hampir 80 buah negara di dunia. Ia amat selamat jika digunakan dalam dos yang betul. Malah Panadol yang digunakan di Malaysia telah pun disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Panadol adalah dari jenis bukan NSAID. Dalam dos normal, Panadol tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.
Adakah anda di luar sana mengamal makan panadol untuk menahan sakit? Ya saya pun mengamalkan nya apabila tak boleh tahan sakit. Sebab tak boleh nak fikir cara lain yang boleh menahan sakit. Panadol lah ubatnya. Saya kerap sakit kaki sejak kecil lagi, sakit yang melenguhkan kaki. Sakit ni betul2 akan menggangu aktiviti harian saya dan sakit ini saya memang tak boleh menahannya, jadi saya terpaksa mengambil panadol, telan 1 biji pun dah mujarab sangat. Selagi tak makan selagi tu sakit tu takkan hilang. Itulah masalah. Pergi mana-mana mesti nak kene ada panadol sebab sakit ni tak tentu bila dia nak datang.

Tapi tahukah kamu akan bahayanya. Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Panadol juga kabarnya boleh merosakkan ginjal dan hati. dari sumber yang saya peroleh mangatakan bahawa panadol yang ditelan akan tinggal di dalam tubuh badan kita sekurang-kurangnya 5 tahun. Bayangkan kalau tiap2 hari kita makan panadol, mesti dah bersepuk panadol di dalam perut kita belum dihapuskan.
![]() |
| Gambar sekadar hiasan |
Walaupun kita banyak mendengar keburukan tentang penggunaan Panadol dalam jangka masa yang panjang namun ia masih belum disahkan secara klinikal. Malah tiada kajian-kajian khusus tentang keburukan Panadol. Kalaulah ia berbahaya tentulah kementerian terlibat sudah mengharamkannya.Tapi dos yang berlebihan boleh bertukar jadi racun. Jadinya kalau sakit sangat tak perlulah makan ubat berlebihan.

Info kat bawah ni saya dapat tenang alternatif lain :
Caranya dengan menbeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campukan dengan air minuman kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
(Tak pernah cuba, nanti nak try sebab selalu jugak sakit kepala)
P/S: Ape pon same-same lah kita menghargai hidup dan cuba cegah dari penyakit di kemudian hari yang nanti mungkin akan menyusahkan orang disekeliling kita.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan