Petugas stadium. Ini adalah kerja part time yang aku sedang buat untuk tahun ni. Dari hujung tahun lepas aku dah semangat dan dah nak sangat kerja sebagai petugas ni. Sebabnya hanya satu, aku nak cari duit lebih. Bertugas kat stadium bila masa ada perlawanan bola sepak sahaja. Kerja ni under PAFA (Persatuan bola sepak Perak). PAFA yang bayar gaji ikut hari. Alhamdulillah, aku rasa ni satu rezeki dari tuhan untuk aku tahun ni.
Hakikat nya kerja ni memberikan aku satu pengalaman yang tak pernah aku rasa sebelum ini dan aku rasa seronok. Rasa seronok setiap kali nak ada game kat stadium. Rasa seronok bila dapat tengok perlawanan bola sepak secara live dari mata. Semangat oo... Daripada tak minat dan tak ambil tahu pasal bola sepak perak, sampai la semua pasal bola sepak perak aku nak ambil tahu.
Kalau masa mula -mula tengok Perak main aku tak hairan dan tak kisah kalau Perak kalah atau menang. Yang aku tahu habis kerja aku dapat gaji. Lama-lama baru aku tahu yang Perak kena menang untuk kekalkan dalam Liga Super untuk tahun depan. Kalau Perak jatuh ke tempat 2 tercorot dalam Liga Super tahun ni, Perak akan turun ke Liga Perdana untuk tahun depan. Perak tak pernah lagi turun ke Liga Perdana. Kalau ke Liga Perdana kemungkinan game akan main di waktu siang. Dan aku terfikir, tahun depan susah la aku nak buat kerja sebagai petugas ni lagi. Kena game waktu kerja macam mana...? Haa nampak tak aku sedang dan hanya fikir diri aku sendiri je... Ish ish tak baik... Rezeki kan di tangan Allah s.w.t. Kalau tahun depan aku masih ada peluang aku untuk bekerja sebagai petugas belum tentu ada rezeki aku kat situ lagi. Aku redha jela apa pun. Tapi kalau di beri peluang memang nak lagi. :)
Masa mula-mula di beri taklimat untuk para petugas, masa ni belum tau lagi posisi bertugas aku kat mana, aku tengok kebanyakkan nye semua terdiri daripada lelaki. Dalam 80 orang hanya 4 orang saja perempuan. Aku tak fikir apa yang aku fikir mau cari duit lebih sahaja. Aku harap semuanya akan baik-baik aje.
Lepas tu aku di panggil dan mereka tanya aku nak bertugas dekat mana sebab aku ni perempuan, kerja ni risikonya ada yang kene maki dan marah dengan orang. Ada jualan tiket, koyak tiket, padang, pintu A,B,D,E. dan lain-lain. Mula aku cakap nak jual tiket (mungkin itu yang sesuai la), tapi dia orang cakap jual tiket risiko kalau duit kurang kena tolak gaji. Lepas aku dan sepupu aku tak berani nak ambil risiko kita orang cakap tak kisah la mana pun boleh.
Sudahnya dia orang tempat kan aku bertugas kat pintu scan. Kat bahagian ni mungkin ada senang skit mungkin sebab orang tak ramai sangat, tapi boleh la tahan. Nasib aku dapat bertugas berdua dengan sepupu aku. Kerja ni kene jujur dan berjaga-jaga, tak boleh kasi orang masuk free, kalau ada orang nampak dan mereka complain, boleh kene buang.
Ada jugak orang yang nak masuk free bile lepas game separuh masa pertama, tapi tak boleh le nak kasi masuk. Jenuh la dia orang merayu-rayu, tapi aku tak berani nak kasi masuk sebab takut orang nampak lepas tu orang complain dan lepas tu aku kena buang plak, ini kan salah satu sumber rezeki aku. Minta maaf sangat. Kalau mintak dengan orang lain dan orang tu kasi masuk itu aku tak tau le, mungkin orang tu berani nak kasi.
Ada macam-macam pengalaman dan cerita boleh di kongsi. Buat masa ni, ini sahaja. Nanti kalau rajin update lagi.
Tak lama lagi akan menjelang Piala Malaysia plak. Tak sabo :)
Kat sini ada sedikit gambar untuk di share. Semua ini adalah kenangan :)
-Tamat-














Tiada ulasan:
Catat Ulasan