18 / 08 / 14
Kalau nak di ikutkan temuduga oleh kerajaan yang bukan under SPA pun aku pernah kena panggil, antara nya Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Lembaga Lebuhraya, Lembaga Air Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, LHDN. Temuduga pulak ada yang sampai kena pergi ke Penang dan Putrajaya. Keputusannya adalah senyap dan gagal. Aku rasa macam dah leih 10 kali kalau nak ikutkan jumlah semua aku kena interview dengan kerajaan. Semuanya gagal-gagal belaka.
Tapi dalam hati aku tak pernah putus asa unutk apply dan apply terutamanya jawatan di SPA. Kalau untuk jawatan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain ni aku dah malas nak apply kecuali kalau ada cable untuk ada peluang akan dapat, kalau tak memang payah jugak la, melainkan kita ni betul-betul bagus dan mengikut krateria yang dia orang nak. Tapi kalau nak cuba tak salah.
Fobia interview
Ini memang pernah aku alami sejak aku kena satu temuduga di satu tempat ni di salah satu jabatan kerajaan yang aku ada maklum kat atas. Aku datang jauh-jauh untuk interview ni, siap tumpang rumah saudara kat sana dan saudara aku pun dah susah-susah hantar dan ambil aku pergi temuduga. Tapi bila sampai turn untuk di interview tu, tak tau la kenapa aku jawab carca marba, soalan yang patut senang je aku dah jawab salah dan langsung tak confident bila menjawab dan boleh nampak muka pemenuduga tu dah lain. Nampak sangat aku akan di reject. Lepas keluar dari bilik temuduga tu aku betul-betul kecewa yang teramat sangat, aku dah datang jauh-jauh dan dah susah kan orang, tumpang rumah orang, orang kasi aku makan, hantar ambil aku, tapi aku dah mensia-siakan. Tapi bila orang tanya aku jawab ok je, ada boleh jawab ada tak dapat jawab. Padahal lebih teruk dari itu. Masa tu aku rasa betul-betul macam bodohnya diri ini!
Rasa tak suka pergi interview!
Lepas kejadian aku interview yang lepas tu, aku ada lagi di panggil interview, masa tu aku terlalu risau dan takut teramat sangat nak di temuduga ni, risau tak boleh nak jawab macam interview yang lepas. Memang betul apa yang aku fikir dan ya... aku banyak tak reti nak menjawab soalan, macam banyak benda yang aku tak tahu dalam bidang tu, macam aku tak buat persediaan langsung untuk temuduga jawatan tu. Sekali lagi aku kecewa gila-gila.
Selepas tu aku dah tak suka nak pergi interview. Aku ada lagi di panggil untuk interview tapi ni bukan under SPA tapi kerajaan jugak la, masa tu kat Ipoh je, masa tu aku ambil keputusan tak nak pergi interview tu, aku dah tau aku akan gagal. Aku dah fobia! Mak aku pun bising le, sebab dia suruh pergi jugak, aku cakap aku dah tak yakin langsung. Lagi pulak kekosongan dia 1 je. huh!
Tahun lepas aku ada di panggil untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan). Masa tu rasa berharap sangat dan rasa inilah peluang terakhir (mungkin). Aku kena buat yang terbaik (konon). Buat research macam-macam sebab aku nak pastikan yang aku boleh menjawab dengan baik (konon lagi..) Tapi biasa la masa interview tu, lain yang kita duga akan di tanya dan lain yang di tanya masa temuduga tu. Ada satu soalan tu dia tanya yang telah membuatkan aku fail! (aku rasa la). Tapi masa tu aku masih lagi mengharap aku akan berjaya dan di beri peluang. Bila keluar keputusan nya : "Anda tidak Berjaya". Termenung sekejap, bagai di panah petir nak merima hakikat masa tu. Aku gagal lagi. Aku ingat aku akan berjaya dan dapat la peluang untuk aku berhenti kerja yang aku kerja sekarang. tambahan pulak kerja aku masa tu sangat memberi tekanan macam nak gila kat aku. Masa tu aku fikir kalau la aku dapat jawatan tu kan bagus, dapat la aku lepaskan kerja aku yang stress tu.
Aku redha dan pasrah je, sebab belum rezeki aku. Ya memang aku sedih tapi apa nak buat terpaksa la aku terima dan hadapi jugak. Walau macam mana pun tekanan kerja yang aku hadapi tu ada berkurangan sedikit di sebabkan bila pertengahan tahun lepas (2013) aku di transfer ke Account Department sebagai pembantu akaun. Kerja yang aku buat sekarang ni Alhamdulillah tak terlalu membeban kepada aku sangat. Aku bersyukur, mungkin Allah s.w.t. dah dengar doa aku dan bantu aku.
So sekarang bila aku dah kerja di Account Dept, ini memberi satu kelebihan sedikit untuk temuduga aku yang baru-baru ini, sebab ia bahagian kewangan. Soalan temuduga pulak ada bertanyakan soalan kewangan.
Antara yang di tanya masa itu adalah:-
- Tell me about yourself (in English)
- Apa yang anda faham tentang belanjawan
- Issue semasa tentang kewangan
- Apa penting intergriti dalam sesuatu pekerjaan
- Tentang kerja lebih masa, patut ke di bayar extra? Apa pendapat
dan ada lain jugak la.....
Dan akhir sekali dia tanya ada apa-apa soalan nak ditanya? Atas nasihat sahabat aku sebelum ni ada beri tip, dia suruh tanya je apa saja kalau dia orang suruh tanya jangan cakap tak ada apa soalan nak tanya.
Dan soalan yang aku tanya balik kepada penemuduga itu ialah "apa pendapat encik tentang jawapan temuduga saya ni? kalau ada kekurangan mungkin akan datang saya boleh perbaiki" dan dia akan jawab.
Dan soalan yang aku tanya balik kepada penemuduga itu ialah "apa pendapat encik tentang jawapan temuduga saya ni? kalau ada kekurangan mungkin akan datang saya boleh perbaiki" dan dia akan jawab.
Harap keputusannya
Jadinya keputusannya adalah 18/8/14, aku risau sangat kalau gagal interview ni lagi, macam mana ? Tak tahu macam mana nak menghadapi rasa kecewa tu. Kekecewaan yang sebelum ni pernah aku rasa sampai aku takut dan fobia untuk temuduga. Dasyat betul apa yang aku nak rasa tu. Lagi pulak umur aku sekarang dah 28 tahun, tak kan selamanya aku nak kerja kat kilang tu, aku nak jugak peningkatan kerjaya aku dan juga inginkan masa depan yang baik. Untuk mencari kerja lain dan dapat gaji yang lebih bukan senang.
Walau macam mana pun, apa yang penting sekarang aku dah berusaha lebih daripada sebelum ini, banyak kesilapan lalu yang aku dah belajar. Dan apa yang penting interview kali ni aku lebih dekat dengan Nya. Hari-hari aku berdoa sebelum interview agar di permudahkan ucapan lidah ku dan di terangkan hati aku nak menjawab soalan yang sepatutnya. Sebab doa adalah senjata paling kuat. Insyallah.
Kalau sebelum ni bila dah dapat temuduga baru aku nak capai tikar sembahyang dan berdoa. Astafirullahalazim. Ya Allah banyak dosa aku. Insyallah sampai akhir hayat, aku akan terus bersujud dan sentiasa berdoa. Sesungguhnya Allah akan dengar doa hamba Nya.
Walau apa pun keputusan 18/8/14 ni aku kena redha dan harap aku ada kekuatan untuk menerima sebarang kemungkinan. Kalau gagal jawapannya mungkin akan ada hikmah disebaliknya dan mungkin juga akan datang perkara yang lebih baik lagi Allah nak kasi (Insyallah). Kalau berjaya, Syukur Alhamdulillah Ya Allah! Amin
- end -






Tiada ulasan:
Catat Ulasan