Masa kecil dulu semua kebanyakan orang ada cita-cita. Apa tu cita-cita? Cita-cita bila dah besar nanti nak jadi apa. Masa kecil dulu tak tahu nak jadi apa cuma yang tahu pasal pekerjaan ialah Doktor, Guru & Jururawat. Antara 3 ni aku selalu pilih nak jadi Doktor tak pun jururawat. Tu jela jawapan untuk cita-cita masa kecik, memang tak ada lain dah. hehe..
Bila dah sekolah menengah, baru tahu ada macam-macam pekerjaan yang boleh dijadikan cita-cita. Disebabkan masa sekolah dulu aku minat pengiraan jadi aku minat nak jadi akauntan, subjek akaun pun minat jugak masa tu. Lepas tu bertukar pulak nak jadi Pegawai bank sebab suka tengok duit & nak kerja dengan duit, lagi pun macam best je kerja dekat bank. Pernah jugak aku punya cita-cita nak jadi ahli perniagaan yang berjaya.
Bercita-cita tu memang best kalau boleh semua akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Dari permulaan cita-cita tu lah kita akan buat pilihan untuk pilih course apa yang kita nak ambik bila nak sambung belajar lepas SPM nanti.
Pesanan kepada adik-adik di luar sana, JANGAN SILAP PILIH KURSUS. Pilih la kursus yang ada value bila dah keluar nanti.
Bila dah mencecah umur dewasa ni, bila di ingat balik ada beberapa perkara yang aku nak ulangi semula dan buat keputasan semula yang mungkin akan mengubah hidup ini. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah takdir dari Nya, aku hanya manusia yang perlu terima segala takdirnya dan bersyukur apa yang ada.
Yang lepas biarlah lepas, tak payah nak pandang belakang lagi. Tak terlewat lagi nak mencapai cita-cita. Boleh je lagi kalau nak ada cita-cita lain.
Sangat comel bila tengok kanak-kanak 2 tahun ni bersembang dengan ibunya menggunakan bahasa isyarat. Nampak sangat clever ini budak walaupun dia ade kekurangan diri. Dah besar mesti cerdik pandai. Jom tengok video ni yang akan membuatkan kita tersenyum bersama. Mungkin juga ada rasa sedikit terharu ;)
- end -
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Happy new Year. Welcome 2012 selamat tinggal kepada tahun 2011. Maju lagi setahun melangkah kehidupan. Semua memori pahit dan manis akan dijadikan kenangan. Apa pencapaian tahun lepas yang belum tercapai boleh kalau nak di capaikan pada tahun ini pula.
Umur pula dah tentu akan bertambah 1 nombor. Maknanya usia kita dah semakin matang (ataupun kata kasar tua.. hehe..), mati pun dah semakin dekat. :)
Azam 2012 Apa azam untuk tahun 2012? macam tahun lepas memang tak ada apa-apa azam sebab bila dah hujung tahun mesti dah lupa apa azam aku sebenarnya... Tapi tahun ni ada azam:-
Tahun ni nak cari duit banyak-banyak
Nak mencuba sesuatu yang baru dan berfaedah, nak mencuba kalau tak pandai nak belajar, dah bosan kerja makan gaji dan buat benda yang sama setiap hari.
Harap juga untuk tahun 2012 akan dibukakan pintu hati untuk benda yang baik. Insyallah.
Nak tingkat amal ibadah yang selama ni dah leka, semoga semua urusan dipermudahkan. Insyallah.
Iklan ni dari Thailand, mengisahkan seorang anak yang mempunyai bapa yang pekak dan bisu. Dia sangat berharap dapat bapa macam bapa orang lain yang boleh bercakap dan faham dia. Dia rasa tertekan sebab selalu kena ejek dengan kawan-kawan disekolah sampai cuba nak bunuh diri, tapi bapa dia yang selamatkan dia. "Saya ada, wang ada rumah, ambillah semua, tapi anak saya tak boleh mati" Terlalu sayang bapa dia kat anaknya...
Makan steamboat dengan kawan sekerja. Firts time makan steamboat, sebelum ni dah lama teringin nak makan, apekejadah cara makan steamboat tu ye... hehe.. Sangat menarik makanannya ada pelbagai pilihan dan makanlah banyak-banyak itu pun kalau larat. Nama restaurant ni ialah Moven Peak yang terletak di Ipoh.
Kalau siapa2 yang datang ke Ipoh dan nak rasa steamboat boleh lah cuba makan kat sini. Harganya boleh tahan dan berpatutan la jugak dengan apa yang dihidangkan. Tempat makannya lebih santai.
Just nak share info yang penting kepada semua. Isu ni dah pernah keluar dalam berita harian tentang produk kesihatan, pelangsingan dan kecantikan yang di katakan mempunyai bahan kimia merbahayakan kesihatan kita.
Bila baca senarai produk yang telah disenarai hitam kan, wah terkejut tengok sebenarnya ada produk yang aku pernah guna sebelum ni rupanya ada bahan kimia yang merbahaya. Oh no... Nasib baik sekarang dah tak gunakan lagi.
Just sharing :-
INFO dari - berita harian
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
·Kintop
·Body Beaus
·BMI-9 Xylimming Capsule
·Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
·Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
·Obexlim
·Slimax Coffee
·Beaute Fit Body Contour
·Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
·357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
·Makjun Taufiq Dua Istimewa
·Majun Dua Istimewa
·Ginseng Jin Fui Wan
·Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
·Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
·Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
·Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
·Makjun Syafiq 3 Istimewa
·Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
·Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Entah kenapa saya ni semakin suka dengar lagu dari Korea. Dulu asalnya suka cerita drama Korea je. Dari drama Korea tu, lagu OST dia kebanyakkannya best-best belaka. Asal best je cari & download masuk phone.Lepas tu bile dengar lagu dari bebrapa penyanyi k-pop, best jugak.
Lagu Honey ni di nyanyikan oleh penyanyi Korea,JYP (Park Jin Young). Lagunye best dan catchy. Dengar banyak kali pun jemu lagi. So layan jela. Sapa yang tak berapa suka lagu dari K-Pop maap la ye...
Saya pun bukan lah peminat k-pop terlampau, asal lagunya best, kita layankan aje... ;)
Honey - JYP
Honey - JYP (Video + Lyric )
Oh,HONEY~
Geudaereul cheo-eum bon geu sungan nan umjigil suga eopseotji
Geudae geu areumdaun moseup nan neokseul ilkoya maratji
Geudae-ui areumdaun geu misoga nareul sarojabatji
Hey geogi geurae jagi wenmanhamyeon naege oji uri yeogieseo
Duri meotjin bameul hamgge haji
Filem Ombak Rindu yang di adaptasi daripada sebuah novel hebat nukilan Fauziah Ashari, diterbitkan oleh Alaf 21. Jalan ceritanya sangat best. Saya ni bukan lah peminat novel, tapi novel ni bila dah start baca, memang tak dapat nak stop, sebab jalan cerita nya yang mantap. Memang best!
Serius tak sabar untuk tengok novel ini akan di adaptasi ke filem pulak. Cerita yang harus tonton. Harap-harap filem ni akan hebat seperti novelnya dan jalan cerita tak di ubah.
Sama-sama kita serang panggung 1 Desember 2011.
Sinopsis Ombak Rindu
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur.
Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah.
Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Filem ini dibintangi oleh:- Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.
Agak segan nak join segmen ni mule2, tapi macam menarik je nak senarai ciri-ciri lelaki idaman ku. Tak pernah lagi sebelum ni ada senarai ciri-ciri lelaki idaman. Agak susah nak definasikan, sebab susah nak dijelaskan kenapa lelaki itu sungguh menjadi lelaki idaman ;)
1. Beriman
Ini yang paling penting. Lelaki yang macam ni boleh mendorong dan membimbing aku ke syurga Nya, Insyallah.
2. Tahu menghormati orang lain.
Tak kira orang tua atau muda, dia mesti tahu cakap dengan baik dan menghormati orang lain dan juga menghormati perasaan orang.
3. Seorang yang cool
Cool bermaksud, dalam apa situasi dia tak mudah melatah, menuduh dan naik marah dengan cepat. Aku paling suka lelaki yang sangat cool.
4. Keluarga yang besar.
Sebab aku tak mempunyai ramai adik-beradik, kalau boleh aku nak tumpang kemeriahan keluarga nya besar.
5.Tinggi
Saya suka yang tinggi, Tinggi budi pekerti, tinggi kesopanan. Kalau boleh yang semua lah tinggi. Disebabkan aku pendek jadi aku suka lelaki tinggi.
6. Kurang bercakap
Tak suka yang banyak cakap, tapi tahu bercakap mana yang perlu sahaja dengan bijak. Tak mau yang pendiam tapi nampak dungu (hehe...)
7. Wajah Chinese look
Alahai comelnya kalau mukanya Chinese look. Mungkin sebab aku suke tengok Korean & Japanese drama, jadi aku dah tertarik dengan lelaki muka yang ala pelakun Korean & Japanese ni ;P
8. Romantik
Aku seorang yang tak romantik, jadi aku nak seorang yang romantik dari dalaman yang tak terlalu menonjol, dia seharusnya tahu macam mana nak cairkan hati aku dengan caranya tersendiri. (ewah...)
9. Pemurah
Tak kedekut, semua ciri kat atas ni tak guna kalau dia kedekut. hehe.. Mestilah murah hati, murah dengan senyuman, murah nak bagi pertolongan, pendek kata dalam semua hal dia tak berkira, Tapi haruslah berjaga-jaga jangan sampai di ambil kesempatan.
10. Berharta
Ini memang idaman ni, bukan sebab mata duitan tapi hakikatnya semua orang nak hidup senang dan terjamin kan. Berharta bukan setakat ada basikal je, sekurang-kurangnya dia pandai nak cari duit dan fikirkan masa depan dan kumpul harta.
*** Complete 10 ciri-ciri lelaki idaman. (Jenuh fikir..hehe)
P/s: Bukan lah terlalu memilih ikut ciri-ciri ni, tapi berangan-rangan tu perlu, nak dapat belum lah tentu, kalau dapat untong la ~~ Kalau tak dapat ikut semua ciri-ciri ini, dapat ikut skit pun jadi la ~ Terima apa adanya.
First time dengar lagu ni memang menarik, best. Lagu ciptaan KRU rupenye, patut la. Bila bila dihayati liriknya, kisahnya pasal apa ye?emm..
Apa maksud liriknya:- "Walaupun melawan arus..."
"Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar..."
"Jika denganmu kabur Ku tak mahu yang jelas..."
Jom layan ...
Berdua Bersatu - Forteen
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Chorus
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Angry Birds ni sekarang banyak popular. Lalu kat kedai cenderahati banyak ada jual patung angry bird ni. Dalam hati kecik ku berkata " oo.. nak try cari le mainan ape Angry Birds ni? best sangat ke?"
Cari punye cari, akhirnya dapat jugak link untuk download game ni. Lepas tu siang malam asyik ngadap menatang ni je, tak puas hati je rasa bila tak dapat abiskan level. Game ni agak menguji minda dan kesabaran sebab ada level yang susah nak terbang bagi kene, dalam hati uisshh geraaammm nyaa....Tapi tetap jugak nak bagi kene.
Nak share dia punye link dekat sini, tapi tak jumpe le bile cari balik, dah lupa kat mana aku dapat. Tapi search kat Google.
Macam ni la rupe gamenye
P/S: Layan game untuk hilangkan bosan, tapi lame-lame jemu le ;p
Resipi dari seorang kawan, dia ajar macam mana nak buat sup cendawan macam kat pizza hut tu. Favorite tuu... Akhirnya tau dah nak buat sendiri, boleh la makan puas-puas dengan banyaknya.. ;p
Cara nak buatnya, senang je... Bahan-bahan:-
Bahan kisar ½ jag air ½ cendawan dalam tin (airnya dibuang) tepung gandum setengah cawan
Bahan-bahan lain ½ jag air ½ cendawan dalam tin di potong kecil ½ tin susu cair 2 kiub ayam 3 ulas bawang kecik (dikisar/ditumbuk) - untuk menumis Sedikit garam Minyak masak
Cara-caranya:-
Kisarkan semua bahan untuk di kisar.
Panaskan kuali, kemudian tumiskan bawang.
Masukkan bahan yang dikisar,
kemudian masukkan ½ jag air, ½ susu cair, cendawan yang dipotong, kiub ayam,
dan akhir sekali letakkan sedikit garam.
Masak hingga mendidih.
Siap!
p/s: Sedap kalau dicicah dengan roti.
*** Sebenarnya saya ni tak pandai masak sangat, mungkin ulasan cara-cara nak buat tu nampak macam kurang pro, maap la ye... ***