Iklan

Thanks Followers!

Sabtu, 22 Januari 2011

Dulu aku pelat "R"


Mesti ramai kan yang sebenarnya gagal nak sebut huruf "R". Ha ce sebut ce sebut...  Kenapa ye tak boleh nak sebut huruf R ni, susah sangat le. Tak boleh nak sebut perkataan yang ada huruf R, sebenarnya bukan sebab yang semula jadi tak boleh sebut. Ada yang cakap bila dah besar tak boleh nak ubah, sampai bila-bila pun tak boleh sebut huruf R sebab lidah dah keras. Betul ke?

Sebenarnya aku juga mengalami masalah yang sama iaitu tak boleh nak sebut perkataan yang ada huruf R sejak dari kecik. Malu sangat bila ada orang kutuk kita yang tak boleh nak sebut dengan jayanya. Rasa macam nak nangis je, nak marah pon tak boleh, orang tetap nak kutuk jugak. Orang yang mengutuk tu seronok je gelakkan orang yang pelat R ni. Kadang-kadang mereka yang suka kutuk ni saja nak suruh kita sebut R, nak dengar sebutan R yang fail tu macam mana. "ce kamu sebut Ferero Rosher". Hadoi memang fail la rasanya bila nak sebut perkataan tu yang ada banyak huruf R. Bila sebut jugak lepas tu mereka akan gelak... HAHAHHAHA dan mengajuk balik cara sebutan kita yang salah tu... Dalam hati rasa nak mencarut je, .. Bengangnye... Tujuannya nak malukan orang.

Dari kecik lagi aku memang tak boleh sebut  huruf R, dah banyak kali cuba dan praktis tapi tak boleh jugak, sampai aku fikir dah macam ni redho jela sampai bila-bila.

Tapi akhirnya.....pada tahun 2009... lidah ni dah boleh sebut R ;)
Kisahnya macam ni, dulu aku ni suke rekod suara kat phone, cakap la , nyanyi la, pastu dengar baik, lepas dengar  gelak soang2 & delete balik..hehe... Aku selalu cuba sebut huruf  R dan rekod  dalam phone kemudian dengar balik, sebab nak tahu macam mana bunyi bila aku sebut huruf. Memang kantoi sebutan R. Aku cuba vibrate kan lidah, dan cuba dengar kat phone yang direkod.

Caranya vibrate kan lidah kat lelangit belakang gigi atas dan keluarkan bunyi "ttrrrrrrrrr". 
Ok cube... cube lame2 & banyak kali. Kalau nak tau bunyi "r" tu ok ke tak, cuba record dan dengar balik. Sebab apa yang kita sebut dan apa yang kita dengar lain bunyinye.


Biasanya orang yang pelat "r" ni dia tak sedar bila dia sebut "r" bunyi "argh" (pelat). Itu sebab kalau nak tau cuba record dan dengar balik sebutan anda setelah keluarkan bunyi "tttrrrrrrr..."


Bunyi vibrate trrrrrrrr tu boleh menghasilkan bunyi R, bila dah tau buat bunyi "trrrrrrrrr", cuba tukar bunyi "trrrrrrrrrrrr" kepada bunyi "aarrrrrr". Itu macam ;)



Akhirnya dah tau dah nak sebut huruf R yang selama ini yang tak tahu tu.  Dah bertahun lamanya tak tau rupanya itulah bunyi R. Kalau la aku tahu dari dulu itu bunyi R, dah lama aku reti nak sebut R. Syukur seronok rasanya, macam tak percaya sudah. Sebab benda ni kadang-kadang mengurangkan yakin diri bila nak bercakap dengan orang.

Lepas ni tak de lagi malaun2 & lahabau2 nak kutuk lagi. Mula-mula kekok jugak nak sebut R guna cara macam tu, lama-lama tu ok la, kadang tu ada jugak pelat R  ni, sebab lidah tu dah terbiasa tak reti sebut sejak kecik. hehehe.. Syukur Alhamdulillah... (^_^)

Lisa Surihani pun pelat R kan, tapi dia buat tak reti je bile orang kutuk atau komplain. Mula tak perasan, mula perasan bila tengok cerite Lagenda Budak Setan. ooo rupanya lisa pelat R. Bila dia menjadi pengacara Mari Menari, memang terserah la sangat sangat pelat R nya.. Orang cantik pun leh pelat R. Sebenarnya berterima kasih kepada Lisa kerana membuatkan orang pelat R ni untuk lebih yakin diri. hehe..

Kepada anda yang pelat R, jangan la rasa terlalu rendah diri, sebab lisa Surihani yang cun tu pun pelat R tapi dia relek je kan. petua saya, cuba anda letakkan hujung lidah anda di lelangit yang hampir skit di gigi atas, dan cuba vibrate kan lidah tu, Cuba la.. Insyallah boleh punye. Sebab aku pun dulu pelat R.


-EnD-

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mana vibrate lidah kat lelangit tuh.? hahaha

Unknown berkata...

letak lidah kat belakang gigi atas, lepas tu cuba vibrate trrrrrr..... hehe.. try tgk ;)

MAN berkata...

berapa lama masa ambik nk nmpk kesan boleh cakap r nie?

Unknown berkata...

kalau tau cara getarkan lidah, sekejap je akan tau, cume mule2 kekok bile sebut r tu.. lame2 akan biase..

yang pneting try getarkan lidah dulu sebut "tttrrrrrrrrr..." selalu..

Tanpa Nama berkata...

If still xleh nk getarkn lidah although byk2 kali?

Unknown berkata...

kalau tak nk getarkan lidah.. susah gak tu...
cuba lg dan yakin 'sauatu hari nanti saya akan boleh sebut "r"...'

kalau saya yg pernah pelat r dah bertahun-tahun pun boleh, awak pun mesti boleh...
kena usaha dan yakin lagi...
Insyallah.. :)

Tanpa Nama berkata...

masa praktis getarkan lidah,ada air liur sekali ke mcm mana?

Unknown berkata...

hah air liur? rasenye tak de sampai kua air liur..slowly slowly.. ;)

Karim berkata...

Grats anda sebab berjaya sebut huruf R akhirnya.
Orang yang tak boleh sebut huruf R selalu bagi banyak alasan tak boleh sebut; "dari kecik","lidah tak boleh bentuk" dll.
Tapi untuk sebut R yg penting kena berlatih. Aku pun reti sebut R masa SPM.
Macam mana boleh sebut? sebelum tidur, tiap hari praktis getarkan lidah. Kalau tiap hari berlatih, 2-3 bulan, boleh dapat sikit dah.
Pepe pun, jangan risau kalau tak biasa sebut lagi. Aku dah 10 tahun boleh sebut pun, ada masa terkeluar lagi R pelat. haha

bun berkata...

thanks utk petua tu x sbar nak try sampai jd

Unknown berkata...

:)
semoga berjaya untuk sebut r..

Unknown berkata...

damn..lambat gler aq jmpa post sal bnda ni...nk try!!!!

Mongji berkata...

Thanks for the tip, kalau sekolah international kena speaking so banyak kene ckp 'R'. Kawan semua ingat saya cacat.. Huhu

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...