Iklan

Thanks Followers!

Isnin, 7 November 2011

Segmen : Ciri Lelaki Yang Aku Idamkan - CLOSE

Saya pilih doodle ni sebab dia pakai baju kaler purple ;)


Agak segan nak join segmen ni mule2, tapi macam menarik je nak senarai ciri-ciri lelaki idaman ku. Tak pernah lagi sebelum ni ada senarai ciri-ciri lelaki idaman. Agak susah nak definasikan, sebab susah nak dijelaskan kenapa lelaki itu sungguh menjadi lelaki idaman ;)

Saya nekad saya join:-


Nak join klik sini -------> fizgraphic



Ciri-ciri Lelaki Idaman:-


1. Beriman
    Ini yang paling penting. Lelaki yang macam ni boleh mendorong dan membimbing aku ke syurga Nya, Insyallah.

2. Tahu menghormati orang lain.
    Tak kira orang tua atau muda, dia mesti tahu cakap dengan baik dan menghormati orang lain dan juga menghormati perasaan orang.

3. Seorang yang  cool
    Cool bermaksud, dalam apa situasi dia tak mudah melatah, menuduh dan naik marah dengan cepat. Aku paling suka lelaki yang sangat cool.

4. Keluarga yang besar.
    Sebab aku tak mempunyai ramai adik-beradik, kalau boleh aku nak tumpang kemeriahan keluarga nya besar.

5.Tinggi
   Saya suka yang tinggi, Tinggi budi pekerti, tinggi kesopanan. Kalau boleh yang  semua lah tinggi. Disebabkan aku pendek jadi aku suka lelaki tinggi.

6. Kurang bercakap
    Tak suka yang banyak cakap, tapi tahu bercakap mana yang perlu sahaja dengan bijak. Tak mau yang pendiam tapi nampak dungu (hehe...)

7. Wajah Chinese look
    Alahai comelnya kalau mukanya Chinese look. Mungkin sebab aku suke tengok Korean & Japanese drama, jadi aku dah tertarik dengan lelaki muka yang ala pelakun Korean & Japanese ni ;P

8. Romantik
    Aku seorang yang tak romantik, jadi aku nak seorang yang romantik dari dalaman yang tak terlalu menonjol, dia seharusnya tahu macam mana nak cairkan hati aku dengan caranya tersendiri.  (ewah...)

9. Pemurah
    Tak kedekut, semua ciri kat atas ni tak guna kalau dia kedekut. hehe.. Mestilah murah hati, murah dengan senyuman, murah nak bagi pertolongan, pendek kata dalam semua hal dia tak berkira, Tapi haruslah berjaga-jaga jangan sampai di ambil kesempatan.

10. Berharta

      Ini memang idaman ni, bukan sebab mata duitan tapi hakikatnya semua orang nak hidup senang dan terjamin kan. Berharta bukan setakat ada basikal je, sekurang-kurangnya dia pandai nak cari duit dan fikirkan masa depan dan kumpul harta.

*** Complete 10 ciri-ciri lelaki idaman. (Jenuh fikir..hehe)

P/s: Bukan lah terlalu memilih ikut ciri-ciri ni, tapi berangan-rangan tu perlu, nak dapat belum lah tentu, kalau dapat untong la ~~ Kalau tak dapat ikut semua ciri-ciri ini, dapat ikut skit pun jadi la ~ Terima apa adanya.



-done-

4 ulasan:

Hanis Mohamad berkata...

hik hik.. bgozlah ciri2 lelaki idaman Misz Lieya!!

Good luck ye!

Unknown berkata...

tq cik iqani... Kalau dapat untong la kan~
hehe...

Tanpa Nama berkata...

saya dtg dri segmen yg sama..nice to meet you :)

saya sokong sume2 ciri lelaki idaman awk :)

Unknown berkata...

terima kasih sebab menyokong... hehe

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...