Beberapa minggu yang lepas aku terima SMS menjemput menghadiri peperiksaan Penolong akauntan W27, maklumat lanjut sila layari laman web SPA. Wah berita gembira ni, dah lama SPA tak panggil, ingatkan tak nak panggil2 dah. Apa pun bersyukur apabila mendapat peluang lagi. Alhamdulillah.
Exam tu pada tarikh 23 June 2012.
Tempat exam tu dapat di Putrajaya, bangunan PICC. Walaupun jauh tapi tak kisah la kan...
Lagi pun ada rumah sepupu kat sana, nasib baik mereka boleh bagi datang menumpang. Jasa mereka Alllah saja yang akan membalas.
Ppertama kali nya menduduki exam untuk kerja kerajaan. Lepas mendapat surat dari SPA dandalam surat tu ada bagi tahu apa yang perlu di sediakan dan juga bentuk soalan, memang dalam fikiran kosong, blank tak tau apa yang patut di study. Dalam fikiran aku ni hanya tahu nak lulus, nak lulus. Kalau aku gagal maknanya aku dah merugikan peluang yang ada. Oh tidak. Selain tu, ini adalah harapan mak dengan ayah aku ni, mereka nak sangat aku dapat kerja yang tetap dan menjamin. Hari-hari mak tak putus doakan aku. Ya Allah besar nya jasa mereka kat aku, bersalah sangat rasanya kalau aku gagal. Sebenarnya aku takut gagal lagi. Semoga segala hal aku dipermudahkan. Amin.
Sesat cari dewan
Exam bermula pukul 9 pagi, tapi sepatutnya 30minit lebih awal kena ada dekat sana. Tapi aku ni datang agak lewat skit, aku pun tak tahu macam mana bajet ingat sempat la sampai. Sempat sampai dekat PICC tu memang sempat sampai. Tapi bila dah masuk dalam bangunan tu aku hampir sesat mencari dewan 6 & 7. Bila aku masuk kat level tu, aku tengok ada ramai orang. Ada orang ambil gambar la, ada orang jual bunga. Rupa-rupanya ada student konvo kat situ. Lepas tu aku ternampak ada satu kaunter pertanyaan dan aku bertanya " err kat mana ye tempat ni" sambil aku tunjuk surat spa tu. Orang tu cakap "sorry kami tak tahu, kami dari pihak universiti". Adus... Jadinya aku memang tak tahu nak tanya sapa lagi sebab semuanya aku tengok dari pakaian mereka, mereka ni orang nak konvo. Aku jalan sana jalan sini nak cari kat mana dewan tu atau ada apa petunjuk kat mana exam tu. Kemudian aku naik escalator nak tingkat atas, lepas tu aku ade ternampak satu kaunter kecik dan ade orang kat sini, tak tahu la mereka ni orang universiti atau apa, then aku tanye " nak tanya, saya ade exam, kat mana ye tempat exam tu?" Nasib baik dia jawab "oo.. Turun tingkat bawah, belok kanan dan ditepi yang ada cermin tu" Adoii lega dah aku, tapi aku tengok jam lagi 2 minat nak pukul 9, memang kelam kabut le aku cari dewan 6 & 7. Masuk je dalam dewan dah gabra risau tak sempat nak jawab, memang ngam2 aku baru duduk exam tu dah mula. Itu le padahnya lain kali DATANG AWAL... Dah le tempat tu tak pernah pegi, besar plak tu, mau tak sesat. Orang plak ramai.
Aku ingat aku dah kalah sebelum berperang. ;)
Lepas habis menduduki exam, aku rasa lega sangat, Alhamdulillah. Soalannya lebih mudah dari yang aku sangkakan. Tapi macam biasa la ada soalan yang boleh jawab & ada jugak yang tak dapat jawab, tapi tak pe jawapannya ada ABCD (soalan objektif). Apapun tunggu keputusannya bulan depan (Julai)
Jalan-jalan pulak ke Putrajaya
Sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali aku pernah menjejak kaki ke Putrajaya, apa yang boleh aku katakan tentang Putrajaya ialah wow haha... terpegun tengok bangunan yang tinggi-tinggi yang kebanyakkannya adalah bangunan badan2 kerajaan. Suasana dia tak sesak macam kat KL, lebih cool gitu. Best la kan tak ade berserabut dengan kesesakan.
| Permandangan dari atas PICC. Gambar ni di ambil lepas aku dah habis exam. Sementara nak tunggu Mak & Saudara mak datang ambik. Angin masa ni kuat. |
| PICC. Ni permandangan luar PICC. |
| Alamanda |
| Farah AF |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan