Dah seminggu umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadat puasa. Tapi aku hari ni baru nak mula berpuasa. Agak frust sebab hari pertama puasa dah tak puasa. Apa boleh buat. Hari baik dan bulan baik rugi sangat rasa kalau tak puasa.
Bulan Ramadhan tahun ni aku satu family dah mula berjimat cermat terutama ketika membeli juadah berbuka puasa. Jangan membazir kalau di Bazar Ramadhan, jangan semua pun rasa macam nak beli dan fikir akan makan malam nanti. Kau pasti kau boleh habis ke..? haha... Tak habis kan dah membazir. Membazir tu kan saudara syaitan.
Mungkin gambar kat bawah ni boleh di jadikan iktibar dan renungan kita bersama
Sedang kita menikmati makanan yang lazat dan sedang, ada insan di sana yang kekurangan makanan dan terpaksa berlapar tak kira siang dan malam. Renungkan......
Renungan bersama:-
Mufti Saudi menangis semasa bersiaran secara langsung di dalam pro gram TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:
"ADAKAH PUASA SAYA AKAN DITERIMA JIKA SAYA TIDAK BERSAHUR DAN BERBUKA PUASA...?"
Mereka langsung tiada makanan untuk makan sedangkan kita mewah semewahnya...
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang..
Sedarlah bahawasanya masih ada orang yang tidak dapat menikmati kehidupan seperti kita di bulan yang mulia ini...
Renungkanlah firman ALLAH SWT...
“Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan
syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” -
Surah Al-Israk, ayat 27
Jadi janganlah membazir ! Bulan Ramadhan ini dah la syaitan kena ikat...tak akan kita nak ambil jawatan syaitan pula kan...
Renungkanlah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan