buat entry bertajuk "GiveAway by anis athia"copy banner di atas dan link kan ke blog anis athiahantar link entry anda di ruangan comment entry ini sahaja
Thanks Followers!
Ahad, 2 Oktober 2011
GiveAway by anis athia - close
Sabtu, 1 Oktober 2011
Jumaat, 30 September 2011
Wonder Baby: Budak yang menari ala Wonder Girl (Cute)
Wonder Baby bertemu dengan Wonder dalam satu rancangan TV Korea, Star King. Wonder Baby yang comel ni bernama Kim Ye Eun. Ketika di dalam video ini dia berumur 4 tahun. Mungkin dia nak jadi macam Wonder Girl sebab dia menari sama tarian Wonder Girl, nampak sangat cute.
Part yang cute :-
- end -
Part yang cute :-
- end -
Rabu, 28 September 2011
Kata-kata semangat dari Ustazah Siti Nor Bahyah
Kata-kata semangat daripada Ustazah Siti Nor Bahyah di laman muka bukunya (Facebook). Terima kasih ustazah, saya jadi semangat bila terbaca di wall ustazah untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal. Insyallah.....
- end -
Hati ni dah terbakar....
Tak boleh tahan la di suruh-suruh, melampau la, naik kepala la. Tak sanggup lagi aku ni nak bertahan. Macam dah kena buli. Disuruh buat tu buat ni yang bukan kerja aku. Macam aku ni tau aje nak buat semua. Ini yang paling aku tak tahan, rasa nak lari je. Nak marah kang, aku punye marah lain macam. Bila aku bersuara kang dengan nada yang marah confirm orang tak suka aku nanti.Tapi rasanya sekarang mungkin aku akan bersuara jugak lepas ni, gua dah tak boleh diam lagi.
Kenapa la kan keja aku semakin banyak, tapi apa yang aku dapat? Orang lain tu melepap je boleh dapat elaun itu ini. Aku ni habuk tarak. Orang tak nampak pun aku buat kerja lebih, kerja berat. Orang tak peduli pun. Tak adil, kasi la gua gaji lebih baru gua diam. (macam dialog KL gengster da...)
Nak angkat barang, orang yang lebih gagah perkasa pun tak nak angkat barang sebab di rasakan tak layak mereka nak buat kerja tu. Tapi barang tu dia orang yang punya. Kerja nak dok melepap je..
Di sebabkan aku yang buka DO untuk hantar barang, mereka just inform aje, tapi seterusnya aku yang buat... aarggh!
Aku bukan department yang hantar barang la aku department lain, aku cuma hantar barang untuk barang yang aku order saja. Kenapa orang yang dah kerja lama tu kadang lagi bodoh! tak tau ape.
Ada jugak le orang yang kerja lama pun tak tahu jugak buat kerja, kalau tak tahu buat kerja lantak dia la aku pun tak kisah, yang gua kisahnye bila dia suruh aku hantar kerja yang sepatutnya dia buat & hantar ke department yang sepatutnya dia pergi hantar, alasannya sebab barang tu aku yang order. Memang le aku yang order barang tu, tapi kerja ko le yang menghantar mende tu le bebal! Adoi kerja dah lama kenapa la rope itu? Dalam hati aku masa tu panas je. Lepas tu aku pass bende tu kat boss dia suruh settle sebab tu bukan kerja aku, sudahnya ko jugak kene buat, meme arr dah kerja ko.
Dalam apapun situasi mula-mula cuba bersabar dulu, bersabar untuk kali pertama sebab kalau bersabar untuk kali ke 10 confirm kepala aku dah terbenam kena pijak.
Tunggu la limit kesabaran aku dah habis...
- end -
Ahad, 25 September 2011
Cantiknya koleksi kasut tumit tinggi, tapi......
Orang perempuan memang kebanyakkannya suka bergaya dan kelihatan cantik, pantang pulak tengok kasut yang cantik-cantik, kasut tumit tinggi pulak melambangkan elegantnya si pemakai. Memakai kasut tumit tinggi membuatkan perjalanan kaki seseorang itu tersusun dan terjaga, tak de la jalan berterabur je. Sebenarnya aku pun suka sangat tengok orang pakai kasut tumit tinggi. Bila tengok orang pakai rasa cantik sangat. Membuatkan aku nak memiliki nye juge.. ;)
Tapi bila pakai dan bila mula berjalan, uish susahnya nak mengawal gerak kaki ni, kena jaga ni, silap-silap boleh terpele'ot dan tergolek ni. Lama-lama bila pakai emm tak seronok pun, tak bebas, pergerakan terbatas. Itu pasal aku kurang koleksi kasut tumit tinggi, ada tu ada, tapi jarang sangat nak pakai sebab nya tak selesa. Tapi sebanarnya pakai kasut tumit tinggi ini adalah untuk bergaya walaupun sakit dan tak selesa, hakikat ni. "Untuk cantik kena lah sakit"
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris, kasut tumit tinggi ini akan menyebabkan:-
- Masalah kesihatan kerana dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya
- Kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
- Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan
- Jika dipakai bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
- Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki. - Tekanan terhadap saraf dan tisu kaki yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
- Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
- Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.
Jom lihat koleksi kasut tinggi yang cantik lagi extreme :-
![]() |
| Merahnya makngah |
![]() |
| Cantik dan tertarik. teringin sudah... |
![]() |
| Macam ni pun adaa... Kasut mengarut-ngarut |
![]() |
| Kasut ni sesuai untuk orang yang nak nampak tinggi dari biasa |
![]() |
| Confirm tak stabil bila pakai |
![]() |
| Cantiknya, boleh buat kasut kawen |
![]() |
| Pergh.. macam ni pun ada... gile gayat |
![]() |
| Ni mainan ke kasut..? |
![]() |
| Kasut platform ni aku suka, stabil skit |
![]() |
| Hui.. berapa inchi ni...? |
![]() |
| Tapak yang berkaca |
- end -
Apash Sweet Treats: FIRST GIVEAWAY
Apash Sweet Treats: FIRST GIVEAWAY
Camne nak join??
- Dialu-alukan menjadi follower blog Apash Sweet Treats. Tiada paksaan. ^___^
- Letak Giveaway Banner di side bar blog anda berserta link
- Buat 1 entry tentang giveaway ini.
- Tinggalkan comment di sini berserta dengan link entry anda.
- Tarikh tutup penyertaan 10 October 2011 jam 8.00 pagi.
- end -
Sabtu, 17 September 2011
Oh Korean Drama...
![]() |
| Korean Drama |
Dari zaman sekolah lagi dah tengok Korean drama, dulu ada disiarkan di TV, waktu tu drama yang tengah popular adalah Winter Sonata & Autumn in my heart. Ceritanya memang best & memang layan.
Sebab apa Korean Drama best?
- Korean drama sangat romantic dan menyentuh kalbu.
- Jalan cerita yang menarik
- Pelakonnya cantik, kacak dan cute miut ;)
- Bila tonton drama korea ni entah macam mana terasa diri pun dah termasuk dan terbuai bersama jalan cerita tu. (berangan konon2 heroin.. ;p)
- Permandangan yang cantik, rumah yang cantik, ada salji. Teringin nak duduk kat Korea.
Itu antara sebab yang aku suka, orang lain tak tau le. Mungkin sebab pun lebih kurang je kot erk..
Sebenarnya tak banyak drama korea yang aku dah tengok sebab nya "no time". Kalau nak tengok pun banyak tengok secara online.
Kat internet boleh watch online. Antaranya:-
http://www.mysoju.com/
http://www.dramacrazy.net/
http://www.maaduu.com/
http://www.watch-drama-online.com/
Tapi nak tunggu loading memang makan masa dan lambat nak tunggu dia running habis. Rasa nak sangat tengok macam-macam cerita yang best tapi bila dia running video tu lama sangat, ala leceh sudah...
Sekarang ni memang mood tengah meluap-luap nak tonton korean drama yang best2x. Dekat FB ada orang jual DVD drama Korean secara online. Tunggu la nanti nak cari cerita yang best boleh beli ;p
Ni antara Korean Drama yang memang best yang aku dah tengok:-
![]() | |
| Winter Sonata |
First drama Korean yang tengok
![]() |
| Autumn in my heart |
Cerita yang paling sedih, banyak nangis. Ini drama menagih air mata oo...
![]() |
| Boy Over Flower |
Cerita ni memang best, ade versi Japan & Taiwan.
Versi Korea yang paling best dan menyentuh kelabu (kalbu)
Versi Korea yang paling best dan menyentuh kelabu (kalbu)
![]() |
| Full House |
Ni pun best, funny dan sedih
![]() |
| My Girl |
Fav. Rasanya ni drama paling aku suka. Best2x
![]() |
| Secret Garden |
Drama ni sangat best & funny
- end -
Redha dengan segala ketentuan Allah
Berdoalah, katakan lah.... Redha dengan segala ketentuan Mu Ya Allah
✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,
✔ Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•
- end -
Adakah ini ada hubung kait dengan kesusahan kita sekarang?
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
* Wallahualam*
Rabu, 14 September 2011
Sahabat dulu dan kini
Orang kata berkawan seribu, bercinta biar satu. Kawan dalam seribu pula belum tentu adalah sahabat. Sahabat yang dimaksudkan adalah kawan yang boleh menerima susah senang, menangis, ketawa, suka dan duka bersama. Bukan hanya di sisi kita di saat kita gembira dan senang sahaja, malah apabila kesusahan atau musibah melanda dia sentiasa di sisi beri sokongan.. Sahabat yang baik memang sukar di cari.
Bersahabat tu memang indah dan juga berharga dalam hidup kita, tanpa teman-teman mungkin sukar kita nak menjalani hidup ini secara normal. Hendak pergi ke kelas harus bersama teman, ke kantin, ke purpustakaan, belajar bersama, keluar jalan-jalan bersama, semua itu sangat indah dan sukar untuk kita melupakan kenangan indah itu bersama teman-teman. Di waktu itu teman adalah segalanya bagi kita, tak mungkin kita boleh hidup tanpa teman. Sahabat atau teman sangat penting dan berharga kepada kita di waktu sekolah, remaja atau pun di waktu kuliah. Kerana di waktu itu saban hari kita akan dikelilingi teman-teman seperjuangan.
Tetapi semakin lama, semakin waktu menelan usia, sewaktu zaman pembelajaran kian meninggalkan kita. Sewaktu itulah teman dan sahabat semakin jauh dan jauh. Semakin hari kita lihat disekeliling sahabat semakin tiada. Hidup harus diteruskan. Semakin lama makin banyak sahabat meninggalkan zaman bujang dan memiliki kehidupan sendiri, maka bermula lah dari situ sahabat dan teman yang dahulunya selalu bersama di tinggalkan dan terpinggir. Ketika itu keluarga lah yang penting dan utama dalam hidup. Sahabat mungkin yang terakhir.
Walau apa pun, jangan sesekali kita memutuskan persahabatan, walaupun di dalam hati pernah terguris dan tergiris secara sengaja atau tak sengaja dari sahabat. Walaupun ketika ini, sahabat tiada lagi yang ada cuma kawan-kawan sekeliling, tiada lagi istilah sahabat yang kita rasa kan dahulu, sewaktu susah senang bersama. Hidup yang perlu diteruskan tanpa menoleh lagi kebelakang.
Susah sebenarnya nak jumpe sahabat sejati, yang ada hanya berpentingan diri sendiri. Untuk kehidupan ini sikap penting diri sendiri harus ada untuk melawan hidup agar lebih matang mengenal erti hidup dan belajar hidup ini tak semuanya indah.
![]() |
| Sumber: google |
Tomodachi... Arigato naa...
- end -
Rabu, 7 September 2011
Apsal nak ambik kesempatan? Geram le....
Nak marah tau sebenarnya, geram pun ada, mentang-mentang le bapak aku tu tak tahu membaca, tak tahu menggunakan henfon (hanya tau jawab je), orang ada cuba nak ambik kesempatan? Pantang dalam fon ayah ade kredit, mereka akan guna habis-habisan. Sampai baki jadi kosong... Tak ade kerja betoi le. Macam mana nak ajar ayah call orang, bila ade kredit orang lain yang batai. Ape hal... Sekarang ni ayah cume tau jawab call & dengar lagu MP3 aje. Ingat nak ajar ayah call, senang nanti kalau ada apa-apa hal dia nak call sapa-sapa, tapi kalau dah macam ni, macam mana gaya? Tak pikir ke bebudak ni yang syok sangat main-main fon bapak aku ni... Ish geram le pulak rasanya... Ayah aku ni apa pun dia tak tahu apa berlaku kat fon dia.
Baru tadi aku check fon ayah aku tengok ada banyak mesej pelik masuk, mesej service langganan. WTH??? Sapa yang melanggan SMS ni? Mesti le ada orang yang gatal tangan yang melanggan SMS bodoh ni, tak kan sendiri terlanggan. Perghh betul2 bikin naik angin. Pandai-pandai aje tapi tak pandai. Aku pun cepat-cepat stop kan semua langganan. Melampau le! Patut kredit habis.
Isnin, 5 September 2011
Lagu Raya pilihan tahun ini (2011)
![]() |
| HUJAN |
![]() |
| RAIHAN |
Agak terlambat skit kat blog ni nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua muslimin dan musliman. Bila menjelang hari raya pasti pelbagai lagu raya akan berkumandang di stesen-stesen radio bagi kita semua ada mood skit nak raya tu. Memang bila dengar tu semangat berkobar-kobar le nak raya. Lagu-lagu raya sememangnya tak lapuk dek hujan tak lekang dek zaman. Tapi kebanyakan lagu baru raya kurang menyengat berbanding lagu dulu-dulu, kalau lagu dulu-dulu kalau dengar perghhh kalau dengar memang semangat tu lain macam dah. huhu...
Tapi ada satu lagu raya ni memang best jugak didengar oleh halwa telinga ku (telinga orang lain tak tau le pulak). Rasanya baru tahun ni dengar lagu ni. Lagu itu adalah lagu daripada kumpulan Hujan ft Raihan, tajuknya Salam Aidilfitri Ayah & Bonda. Gabungan yang superb! Lagu yang agak lain dari yang lain, Liriknya sangat bermakna jika dihayati.
Jom layan jom!! Video klip nye juga best. Pasti tersentuh.
Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda
By Hujan ft Raihan
;)
Ahad, 28 Ogos 2011
Kisah Dongeng Saja....
Suka dengan lagu ni. best kalau dok melayan soang-soang. Suara Stacy pun sesuai sangat bawak lagu ni. Lirik nya jugak aku suka. Boleh ke kisah dongeng ni jadi kenyataan? Kalau boleh jadi kenyataan untung laa. ;)
Jom layan lagu sambil karok ;)
Kisah Dongeng - Stacy (VC & Lirik)
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
(ulang korus)
Selasa, 23 Ogos 2011
Alhamdulillah... Saya menang Contest ;)
Alhamdulillah rezeki, untuk bulan ni aku ada menang 2 contest. Setelah beberapa contest yang aku join akhirnya ada juga yang mengena untuk menang. Ni yang buat semangat nak join lagi ni... hehe ;)
Untuk yang pertama saya telah di maklumkan oleh penganjur contest ini, ada sesuatu yang menarik menanti saya. Bila bukak page dia tengok2. Saya adalah follower bertuahnya yang ketiga. Tq Cik Qish
Untuk yang kedua saya menjadi yang bertuah jugak, dapat hadiah voucher. Mula-mula untuk para pemenang bertuah tu, dia suruh pilih warna ikut kelopak bunga yang di tunjukkan seperti di bawah.
Saya telah memilih warna ungu, dan hadiah yang saya terima adalah voucher sebanyak 20 %. Boleh la shopping di page Maharani Collection. Tq cik Cahya
Update:-
Saya menang contest, tapi hakikatnya hadiahnya saya tak terima untuk contest: Cik Qish.
Dah email 2, 3 kali tapi tak di reply. WTFish....!
Isnin, 22 Ogos 2011
Innalillahiwainnailaihirojiun (Part 2 - sediakah kita...?)
Dalam bulan puasa ni, 2 kali aku denga berita kematian yang agak mengejutkan halwa telinga aku. Yang pertama adalah seorang kenalan di sekolah menengah dulu. Refer story balik sini. Berita yang pertama ni memang buat aku terdiam dan berfikir seketika tentang hidup ini hanyalah sementara sahaja.
Untuk berita kedua yang aku terima, iaitu suami kepada kawan aku yang baru saja meninggal dunia petang tadi di sebabkan kemalangan. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Meninggal dalam usia yang muda juga. Dalam sekelip mata dalam usia yang muda dia telah meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil. Tak dapat bayangkan anak yang masih kecil yang tak mengerti apa-apa telah kehilangan bapanya. Dugaan yang hebat untuk kawan aku, aku harap dia tabah dan kuat semangat. Ini adalah ujian dari Nya yang maha mengetahui. Pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang mengetahui. Al-Fatihah, semoga ditempatka dengan orang-orang beriman.
Kematian menginsafkan aku.
Sekali lagi ia membuatkan aku berfikir sejenak. Maut tu boleh datang bila-bila dan sampai bila pula kita nak memikirkan hal dunia yang sementara ini Adakah himpunan harta di dunia yang kita miliki akan ikut kita di alam barzakh sana? Hanya amalam sahaja akan di bawa.
Bahawa berapa kali kah malaikat maut menjenguk kita? Ayuh renung sejenak:
Sebuah hadist Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas Radhiallahu anhu, bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
” Bahawa malaikat maut memperhatikan wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari”.
Bersediakah kita untuk mati? Ya Allah... Takutnya...
Semoga kita termasuk golongan orang yg selalu mengingat kematian dan semoga ketika malaikat maut menjenguk kita untuk terakhir kalinya, kita berada dalam keadaan khusnul khatimah(baik di penghabisan). Aamiin ya Rabbal ‘alamin.
Untuk diri aku, aku rasakan betapa aku... hanya tahu mungkiri janji, semoga aku dan juga siapa-siapa yang baca entri sentiasa ingat dan takut akan kematian supaya kita sentiasa terhindar daripada melakukan dosa dan akan turut ikut perintah Nya. Aamin Ya Rabbal 'Alamin.
- Tamat -
Ahad, 21 Ogos 2011
20/08/2011 - Berbuka puasa di Syuen
Semalam, 20 Ogos 2011, saya dan beberapa rakan sekerja telah berpakat-pakat untuk pergi berbuka puasa di Hotel Syuen. Pertama kali berbuka puasa kat Hotel, sebelum tak pernah. Hidangan nya pula adalah secara buffet. Sempana bulan Ramadha ni, memang banyak hotel2 dan restaurant yang buat pakej buffet berbuka puasa. Tiap2 tiap tahun pun mesti ada.
Dengan harga pakej RM 28.90 satu kepala, tanpa had atau limit, boleh makan apa saja yang terhidang. Dengan harga yang macam tu, sangat berpuas hati sebab makanan nya pelbagai dan sedap. Memang berbaloi. ;)
Insyallah tahun depan mai lagi. ;)
![]() |
| Posing dulu ;) |
![]() |
| Time ni orang banyak dah balik |
![]() |
| Lauk pauk |
![]() |
| Lauk pauk pelbagai pilihan. Rambang mata semua rasa nak ceduk |
![]() |
| Dengan kak su, dia yang booking untuk kami |
![]() |
| Berbuka puasa, tapi kami bergaya macam nak raya dah ;) |
![]() |
| Harus bergambar di setiap sudut ;p |
![]() |
| "haa ni la diaa.." ;p |
![]() |
| Dah nak balik dah, tiba-tiba baru perasan lif ada cemin, apa lagi cepat- amik gambar ;p |
- Kenyang -
Khamis, 18 Ogos 2011
Innalillahiwainnailaihirojiun ..... (muhasabah diri)
Innalillahiwainnailaihirojiun seorang kenalan saya masa sekolah dulu yang telah pun meninggal dunia semalam akibat kemalangan. Saya tahu pun daripada kawan-kawan yang maklumkan di facebook. Bila dapat tahu je berita tu agak memeranjatkan, tak sangka, cepat nya dalam usia yang muda dia telah pergi. Membuatkan aku terdiam seketika dan berfikir. Kematian memang menginsafkan. Ia membuatkan aku supaya berfikir dan sedar bila-bila masa sahaja tuhan akan tarik nyawa kita. Tak ada siapa dalam dunia ni tahu bila kita akan mati. Mungkin esok, lusa atau sepuluh tahun lagi.
Kalau kita tahu bila tarikh kita mati pasti bakal arwah semua berlumba-lumba nak bertaubat dan yang masih rasa umurnya panjang terus melakukan dosa dan larangan Nya, suruhan Nya pula akan terus di abaikan sehingga di rasakan mati itu akan tiba esok.
Anggaplah yang kita akan mati esok, dan berkemungkinan kita akan mati tak lama lagi. Takutnya. terasa diri ni tak layak ke syurga Mu kerana terlalu banyak berdosa.
DOA TAUBAT
إلهى لست للفردوس أهلا
ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي
فإنك غافر الذنب العظيم
Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Ssesungguhnya Engkaulah pengampun
Dosa-dosa besar........
Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar.
Tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Ssesungguhnya Engkaulah pengampun
Dosa-dosa besar........
Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar.
- end -
Isnin, 15 Ogos 2011
Contest Bersama Kawan-kawan - close
Follow Duniapenuhcoklat's bloggie ini and like Duniapenuhcoklat's fanpage .
Nak 1 gambar sahaja dan pastikan gambar itu adalah masa korang dengan kawan-kawan korang .
Ceritakan tentang gambar itu .
Letak banner itu di entri korang and letak tajuk apa pon.
Contest start pada 22.7.2011 dan tamat pada 16.08.2011
Tag kepada 2 orang dan pastikan mereka tau tau !
Contest akan terbatal kalau tidak melebihi 5 peserta.
Tinggalkan link korang.
![]() |
Langgan:
Catatan (Atom)















































