Iklan

Thanks Followers!

Rabu, 11 April 2012

Jangan di ikut kata hati

 

Kata hati yang sering saja mengeluh dan merungut dengan nasib diri yang menimpa. Ia nya bukan suatu kehandak kita dan bukan mudah bagi penerimaan diri kita. Apakah kita tidak bersyukur di atas apa yang kita ada? adakah semua yang kita ada tidak cukup? Tepuk dada tanya diri. Namun kita jangan lupa akan Allah yang telah menetapkan sesuatu itu yang siring dengan keupayaan hamba Nya.
Hati sering keluh dah resah yang sentiasa lemah mempersoalkan kenapa dan mengapa. Bersujudlah kepada Nya, memohon dan berserah agar jiwa ini lebih tenang kerana setiap persoalan ada jawapan, setiap masalah ada penyelesaian.

Sedang mengalami jiwa yang terasa berat nak memikul, berat nak menerima dan berat nak memahami. Apa yang telah terjadi diri sendiri begitu tidak mengerti. Diri yang sering bertanya apakah ini nasib diri dan ketentuanNya. Sukar untuk diterbukakan hati ini dan perit sekali untuk menerima kelemahan diri yang menjadi musuh utama dalam diri. Cuba untuk berlawan tapi tidak berjaya. Cemburu dan iri hati melihat kelebihan, kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Kita juga manusia ada hati dan perasaan yang menginginkan apa yang orang lain rasa dan ada. Tetapi sebelum itu kita harus berfikir dan bersyukur akan apa yang kita ada sekarang. Lihat lah balik diri sendiri dan bandingkan dengan orang yang lebih kekurangan diri dari kita, dan lihat adakah kita lagi bertuah? Betapa bertuahnya kita dengan apa adanya kita sekarang.

Jangan di ikutkan kata hati, - motivasikan diri -

Tiada ulasan:

add

Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...